* cerita zaman kanak-kanak & tribute to KRU *

malam ni tiba2 je rajin nak menulis...hi3
sebenarnya dah terlintas nk buat entry khas utk KRU ni sejak kelmarin lg...
tapi bila kelam kabut dengan kehadiran surat chenta tu...
terlupa kejap niat asal untuk tribute ni...hi3

bila sebut nama KRU...saya dapat bayangkan zaman kanak2 ribena dulu...
i am a big fan of KRU...
hi3 teringat nina, nija, comel,salmi dan beberapa teman merapu zaman kecik2 dulu...
waktu darjah 4 - 6 sebelum training netball ...
geng2 player kami akan berkumpul dkt tmn permainan seawal jam 4 ptg...
b'hampiran dwn serbaguna sg bakap,
sekarang taman permainan tu dah takde rasanya hi3...
berkumpul je awal gamenya pukul 5 keatas sebab coach kami lelaki ...
so dia akan datang lps dia sembahyang asar ...
dipendekkan cerita waktu2 terluang mcmtu la kami bergosip ttg KRU ni...
dan paling tak lupa...saya dan kawan2 pernah ada koleksi gambar2 encik2 abang KRU ni...
masa tu gilalah sangat! hi3...
rasanya banyak juga buku sekolah yang kami jahanamkan utk projek potong & tampal ni...
dalam ramai2 saya pilih yusry waktu tu...* sbb dlm ramai2 dia paling hensem kan...hi3
waktu2 tu zaman kanak2... enjoy ...happening...mmg tersangat nakallah! hi3

waktu dulu zaman lagu popular KRU
awas, salah siapa, negatif, oh lala, apa saja, jangan lafazkan, girlfriend, & banyak lagi la...
kalau nk sebut rasanya terlalu banyak hasil karya 3 beradik yg kreatif ni...
dr genre rap bertukar menjadi pop rock,
kemudian berkembang juga kepada rock, balada, lagu inggeris ...
dan kini KRU muncul dengan banyak lagu2 yang berunsurkan ketuhanan...
bermula kolaborasi KRU bersama rabbani...saya kira ia ujikaji yang sangat menjadi..
irama nasyid rabbani yang cathchy diterima baik oleh semua golongan peminat ...
tidak kira peringkat umur mahupun jantina...

baru2 ini ...
KRU melebarkan sayap kerjasamanya bersama pihak astro oasis ...
untuk menggilap bakat nyanyian imam-imam muda kita...
kolaborasi yg menarik dan saya sangat menyukainya...
terasa seperti KRU melahirkan karya seiring dengan kematangan saya dalam menempuh
hidup yang sementara ini...

saya akui saya dan muzik tak dapat dipisahkan...
title ustazah bukanlah satu penghalang untuk saya terus berhibur ...
kerana hiburan yg tak melalaikan dibenarkan oleh Islam ...
dan ia salah satu cara untuk kita menenangkan fikiran

karya Edry untuk imam-imam muda siri 1 telah mula ada dalam pasaran ...
seriously...i luv it!...very meaningful...nice music...nice lyrics...
walaupun vokal yang dilontarkan tidak 100% menepati piawaian ...
sy kira ia cukup baik bagi imam2 muda yg tidak memiliki ilmu asas dlm bidang muzik...
let me introduce the song Ujian Hidup by imam muda asyraf, aran,azhar, abe & imam muda nuri

lirik Ujian Hidup by Edry Abd Halim

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memuji
Namamu selalu ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu
Memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar

Biarpun hidup digoda
Ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memuji
Namamu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

lagu Ujian Hidup by Imam muda 1 ...
hayati & selami maksud yg tersurat dan tersirat disebaliknya




congrats edry dan tak lupa juga buat norman & yusry...
walaupun perjuangan mereka bukan 100% dalam dunia nasyid & keagamaan ...
i think they try to complete their journey in our music industry ...
keep it up bro...bangga dengan kejayaan anak2 bangsa kita ^^,*

dah melalut la pulak...
sekali baca dan mcm VO untuk promote KRU pulak...
hi3...
enjoy the music

p/s: lagu catchy sebelah ni pun ditulis oleh edry...
song by mawi & akhil hayy feat
imam muda asyraf, aran,azhar, abe & imam muda nuri
nice rite....^^,*

regards
~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...