Monday, October 29, 2012

* kalut *

monday fever comes again! 
saya sangat tak suka dengan isnin ...
naknye isnin yang bersambung dengan hari2 cuti umum...

hari ni bos saya cuti...
pembantu kanan saya cuti...
pembantu tadbir saya cuti...
sorang pegawai kaunseling saya mc, 
sorang lagi pegawai kaunseling saya keluar masuk hospital sebab husbandnya sakit...

tinggallah saya terkontang kanting
dengan beberapa orang staff lain dari bah. pentadbiran & undang2...
adoooooyaiiiiii....
macam2 cerita yang jadi...macam2 kes yang timbul...

awal2 pagi lagi dah kena handle kes kaunseling ...
biasa dah ...habis je musim perayaan sure kes naik dgn mendadak...
dah mangli!

pagi ni kes salah faham ada, 
kes rebut anak ada,
kes bini-bini perkasa pun ada...

kes bini-bini perkasa ni betul2 buat saya pening ...
tak pasal2 kena masuk balai polis lagi ...
boleh pulak madu-madu seorang lelaki ni bergaduh di balai polis 
menyerang ibu kepada madu yang sorang lagi ...
pendek cerita, isteri pertama & isteri kedua bergabung ...
serang ibu isteri ketiga ...
nak meletup kepala ni rasanya ...
dah mengalahkan gangster lagak madu2 tu ...
rasa macam nak terbalik dunia masa di balai tadi ...
Allah je yang tahu tahap sabar saya hari ni ...

kadang-kadang saya sedar ...
dalam mengharungi payah mengendalikan isu sosial masyarakat hari ni 
saya kerapkali mengeluh
dan melepaskan rasa ketidakpuasan hati saya pada org lain 
atau medium-medium lain *contohnya blog ni la kan....

maafkan saya!

saya hanya insan biasa yang tak mampu untuk menanggung semua masalah2 anda...
saya mencoret di sini hanya sekadar ingin meluahkan 
tanpa mendedahkan identiti sebenar pelaku...
jika difikirkan dengan akal yang waras ...
mampukan otak saya ni menampung 200++ kes kaunseling untuk setahun, 
beratus-ratus kes perkahwinan dan 
kes-kes lain yang melibatkan saudara baru dsb lagi...

ya Allah kuatkan imanku...
tetapkan hati ini dalam menempuh ruangan & jalan yang berliku ...
amin...

giler kentang menempuh isnin minggu ni!!!...

tak suke tak suke tak suke!!!!!

Wednesday, October 24, 2012

tentang d.i.a

berhajat nak menulis entry ni sejak hari ahad lagi... 
malangnya hajat tu tak kesampaian ...
nak coretkan sedikit cerita tentang d.i.a ...
untuk renungan saya ...supaya ia menjadi ingatan saya ...
dan akan dipahatkan di hati ini sampai bila-bila...

ahad lepas ...
seperti biasa saya bertugas di hospital sungai bakap 
untuk program PPKI & PPS
dulu  masa mula-mula saya dilantik sebagai fasilitator utk prog ini...
saya tak suka ...
bertugas di hari cuti bukanlah satu perkara yang menyeronokkan >_<...

maha suci Allah...
Dia menemukan saya dengan sesuatu yang indah 
pada perkara yang sy tidak suka...
hati mula terpaut...
dan saya lalui satu demi satu detik bermakna ...
untuk saya jadikan pedoman & panduan kehidupan....

kembali kepada cerita tentang d.i.a ...
dia yang saya maksudkan ...
adalah seorang wanita mulia ...yang berusia 57 tahun ...
makcik melah (bukan nama sebenar), berasal dari slimriver perak
telah terlantar di wad hampir sebulan...
kerana kaki kanannya dipotong akibat diabetes...
apabila merujuk rekod perubatan pada jururawat ...
saya mendapat maklumat 
makcik ini juga mempunyai masalah psikiatri...
selalunya masalah ini wujud dari tekanan-tekanan kehidupan 
yang tidak dikawal dengan sempurna ...
terdetik untuk mendekatinya ...
alhamdulillah saya & k.zah 
terima respon yang baik drpd makcik melah ...
awalnya agak susah untuk saya fahami bahasa makcik melah...
senang saya gambarkan ...
ayat makcik melah ini seperti nenek-nenek tua yang telah nyanyuk ...
ayat yang agak tunggang langgang tapi bahasa hatinya sampai pada hati saya...
dia merintih bila mengenangkan nasib diri yang dipinggirkan anak-anak...
setiap kali menyebut nama anak-anak...
air mata ibu tua ini jatuh menyembah bumi  ...
siapa pun makcik melah ketika usia mudanya ...
hakikat yang tertulis dia tetap seorang ibu ...
yang tak terputus hubungannya dengan anak-anak 
walaupun ajal menjemputnya kelak...

melihat keadaan makcik melah ...
ia mengingatkan saya pada encik abah...
*mood swing rindu abah datang lagi huk3....
dulu saya punya opah *emak abah 
yang punya karektor dan keadaan yang sama seperti makcik melah...
bezanya ...
opah saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh anak, menantu serta cucu2nya...
arwah opah hidup dalam keadaan tertekan 
selepas atuk meninggal dunia ...
mungkin disebabkan terlalu sayangkan atuk ...
opah seolah-olah hilang sebahagian daripada kehidupannya ...
dan melalui fasa 'nyanyuk' sehingga tidak mampu untuk menguruskan dirinya ...
saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat sabar 
ketika menempuh fasa kesukaran dalam menjaga opah 
sehingga akhir hayatnya ...
abah walaupun tak menjaga opah sepenuhnya ...
saya kira pengorbanan abah sangat besar di mata saya ...
seorang anak lelaki yang tak pernah lupa makanan kegemaran ibunya ...
seorang anak lelaki yang tak kekok mencuci najis ibunya ...
seorang anak lelaki yang tak pernah menghampakan hajat ibunya 

dan dia adalah lelaki teragung di hati saya ...

cerita makcik melah saya pahatkan di hati ...
untuk pengajaran & pedoman ...

last but not least ...

heroherodihatisaya
* rinduabah *

Friday, October 19, 2012

* after one month *

status terkini : ****************
tak mampu untuk menggambarkannya....
saya kira andai dunia ni ada pilihan 
saya pilih untuk sehari tempohnya lebih dari 24 jam ...

Ya Allah seriously pack ...

lepas abah & mama berlepas ke tanah suci sebulan yang lepas ...
saya akui saya agak kekok untuk uruskan rumah sendirian ...
syukur walaupun terpaksa melalui fasa-fasa yang agak 'tenat' 
saya kira ia satu pengalaman yang sangat indah ...

penghujung september ...

saya terlibat sebagai fasilitator untuk kem gerak remaja siri 1/2012
aktiviti ini kolaborasi bersama Jabatan Pelajaran Negeri P.Pinang ...
bertempat di Anisani Village, sg kecil ilir bandar baharu...
alhamdulillah...
ini kali kedua saya bersama team gerak remaja negeri p.pinang...
25-27 september yang sgt indah untuk dikenang ...
thanks adik2 ...
kalian sangat hebat di mata akak...
adik-adik saya kali ni tergolong drpada 
anak-anak mangsa perceraian ibu bapa...
gugur air mata saya bila mengetahui
ada dikalangan adik2 saya ini terpaksa bekerja 
untuk menyara kehidupan & persekolahan mereka...
adik-adik... akak sentiasa doakan perjalanan hidup adik-adik
dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya...
moga ada ruang untuk akak bertemu lagi dengan adik-adik ya :)


anisanivillage25-27september2012

minggu lepas 12-14 oktober ...

pejabat agama daerah sps 
dengan kerjasama jawatankuasa qaryah sungai chenaam
telah mengadakan satu bengkel keluarga bahagia komuniti ...
untuk semua anak-anak qaryah
3 hari yang padat dengan aktiviti-aktiviti kekeluargaan ...
keluar bertugas seawal jam 8 pagi 
dan balik ke rumah jam 12 tgh malam ke atas ...
*bertugas di hari cuti tu...>_<*


 kampungsungaichenaam12-14oktober2012

selesai bengkel tersebut ...kurang 24 jam ...
saya meneruskan pula perjalanan ke bangi 
untuk berkursus selama 4 hari di ILIM ...
15-18 oktober ....kursus pemantapan pengurusan keluarga ....
*kursus ni sepatutnya utk org2 yang dah berkeluarga tau sbb banyak ilmu 18 sx wua3...
4 hari berkursus yang membahagiakan ...
pantang ada lapang sy buat-buat sesat ke alamanda, 
pantang ada masa senggang...sy  berjalan ke sini sana
dan sebelum balik kelmarin ...
sempat saya menjejak ke seremban 
utk menziarahi salah seorang sahabat lama 
7 jam perjalanan pulang dari seremban ke parit buntar 
*sangat mencabar minda 
disebabkan cuaca yang tak menentu 
saya memandu dalam keadaan yg sangat santai 
walaupun agak penat ...


institutlatihanislammalaysiabangi15-18oktober2012


dan hari ni ...

kembali ke pejabat ... 
amat terkezut dengan surat-surat cinta untuk dating minggu depan ...
minggu raya pun banyak lagi meeting yang diatur ....
pasrah! 

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambaMu ni ....

amin .....