* kalut *

monday fever comes again! 
saya sangat tak suka dengan isnin ...
naknye isnin yang bersambung dengan hari2 cuti umum...

hari ni bos saya cuti...
pembantu kanan saya cuti...
pembantu tadbir saya cuti...
sorang pegawai kaunseling saya mc, 
sorang lagi pegawai kaunseling saya keluar masuk hospital sebab husbandnya sakit...

tinggallah saya terkontang kanting
dengan beberapa orang staff lain dari bah. pentadbiran & undang2...
adoooooyaiiiiii....
macam2 cerita yang jadi...macam2 kes yang timbul...

awal2 pagi lagi dah kena handle kes kaunseling ...
biasa dah ...habis je musim perayaan sure kes naik dgn mendadak...
dah mangli!

pagi ni kes salah faham ada, 
kes rebut anak ada,
kes bini-bini perkasa pun ada...

kes bini-bini perkasa ni betul2 buat saya pening ...
tak pasal2 kena masuk balai polis lagi ...
boleh pulak madu-madu seorang lelaki ni bergaduh di balai polis 
menyerang ibu kepada madu yang sorang lagi ...
pendek cerita, isteri pertama & isteri kedua bergabung ...
serang ibu isteri ketiga ...
nak meletup kepala ni rasanya ...
dah mengalahkan gangster lagak madu2 tu ...
rasa macam nak terbalik dunia masa di balai tadi ...
Allah je yang tahu tahap sabar saya hari ni ...

kadang-kadang saya sedar ...
dalam mengharungi payah mengendalikan isu sosial masyarakat hari ni 
saya kerapkali mengeluh
dan melepaskan rasa ketidakpuasan hati saya pada org lain 
atau medium-medium lain *contohnya blog ni la kan....

maafkan saya!

saya hanya insan biasa yang tak mampu untuk menanggung semua masalah2 anda...
saya mencoret di sini hanya sekadar ingin meluahkan 
tanpa mendedahkan identiti sebenar pelaku...
jika difikirkan dengan akal yang waras ...
mampukan otak saya ni menampung 200++ kes kaunseling untuk setahun, 
beratus-ratus kes perkahwinan dan 
kes-kes lain yang melibatkan saudara baru dsb lagi...

ya Allah kuatkan imanku...
tetapkan hati ini dalam menempuh ruangan & jalan yang berliku ...
amin...

giler kentang menempuh isnin minggu ni!!!...

tak suke tak suke tak suke!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...