Saturday, November 28, 2009

::Episod akhir drama bersiri Nur Kasih::


Berakhir sudah drama bersiri Nur Kasih,
ini bermakna berakhir juga penantian sy ...
tentang teka-teki siapa sebenar jodoh Nur dan Adam

(haha...ade masa lak nak fikir jodoh org)

benarlah janji tuhan...
Jodoh, Ajal dan Maut itu di tangan Tuhan...
Walaupun drama ini hanya satu naskah tulisan manusia biasa,
bagi sy ianya amat bererti jika dihayati dgn mata hati anugerahNya...

Segala yang digambarkan dalam drama ni
ibarat perjalanan hidup sebenar
kita sebagai hambaNya yang lemah harus terima dgn redha...
ada 2 perkara yang menarik perhatian sy pd naskah Nur Kasih ni...

1) Segala ketentuan itu ditangan Allah...
walau sehebat mana cinta Sarah pada Aidil,
walau Nur punya peluang utk bersama dgn Aidil,
jodoh masih berpihak pada yang hak...
Aidil dan Aliya bersatu atas ketentuanNya
Adam dan Nur jg bertemu dan bersatu krn takdirNya

2)Ibarat kata pepatah Melayu "Air dicincang tak akan putus"
walaupun Aidil dan Adam berbeza sifat dan sikap,
masing2 punya kelebihan dan kekurangan...
dan tanpa disedari...
diantara mereka melengkapi antara satu sama lain...
Ikatan persaudaraan tak akan putus walau pelbagai badai yang datang melanda

saya tertarik dgn scene akhir drama ini
bilamana Adam turun ke tanah..
dan memencil diri dr tetamu yg dtg ke rumah
Aidil tercari2 kemana perginya Adam,
dan bila mereka bertemu...
Aidil menyatakan andai dirinya diberi kesempatan
ingin dirinya berkongsi kesengsaraan yg dilalui Adam,
dan ayat yang dilafazkan oleh Adam...
"Tuhan tak akan menduga kita, lebih daripada apa yg mampu kita tanggung"
benar itu janji Allah pada hamba2Nya

renung2kan ...
naskah2 sebegini dihasilkan atas pemerhatian penulis...
sebagai manusia kita perlu merenung, dan muhasabah diri...
dimana letaknya nilai kasih sayang kita sebagai hamba...
terhadap Dia pencipta yang Maha Esa...

p/s:sy berhutang banyak entry, i.Allah akan dilangsaikan bila ada kelapangan kelak..


::regards::

Saturday, November 21, 2009

::Happy Birthday Angah::

17 November yang lepas genap umur angah 30 Tahun,
Dah tuo makcik....haha...

sememangnya beza umur saya dan angah amat le jauh...
5 tahun tu...

Untuk Angah,
Selamat Hari Lahir,

Semoga tabah dalam mendidik & melayan kerenah anak-anak...
moga terus dimurahkan rezeki dan bahagia ke akhir hayat...

Kebetulan 17-19hb yang lepas sy berkursus di BTPNPP,
Kursus pemantapan pusat sumber yang amat happening...haha

(sy akan post entry utk kursus ni nanti)
so sempat la saya curi2 masa untuk pergi celebrate dgn angah alhamdulillah...
semua happy....

termasuk si kenit2 yang tak pandai simpan rahsia...huhu

enjoy it!



::2 budak kenit yang noty::

::Angah with her son & daughter::


::Happy Birthday Angah!!!::


::regards::

Sunday, November 15, 2009

::C.I.N.T.A Internet Vs C.U.R.A.N.G Internet::.

Hari ni sy terpanggil untuk bercerita tentang sesuatu...
cerita tentang C.I.N.T.A Internet vs C.U.R.A.N.G Internet....
sy bukan seorang yg arif tentang cinta ...
tp dgn anugerahNya...sy pernah lalui...
waktu manis tika bercinta dan waktu derita tika kehilangan cinta..
hehe...dah keluar ayat skema sy....

hari ni...di kiri kanan sy, sarat dengan cerita-cerita cinta dan curang...
pastinya kalau disebut tentang cinta...segala yang indah akan digambarkan
sebaliknya jika kecurangan yg menjadi subjek...
pasti terlintas difikiran kita, stress, derita atau sengsara
sy akui..timbul sedikit rasa takut untuk mencari cinta...
tapi sy percaya ...adanya cinta sejati dalam dunia....
cinta sejati antara hamba dan penciptanya....
cinta diantara ibu bapa dan anak2nya
cinta diantara 'adam' dan 'hawa' yang bersatu untuk mencari redhaNya...

Dengan adanya kemudahan internet di merata2 tempat skarang,
pastinya ada manusia yang "Gila" mencari keseronokan maya...
tak perlu susah2 ke cyber cafe untuk melepak smbil buang masa ...
sambil makan di KFC atau McD pun kita dah boleh layari internet...
kemudahan broadband tak usah disangkal lagi...semakin murah dipasaran...
lebih canggih lagi...dgn adanya hp atau iphone yang dilengkapi dgn internet...
betullah ..segalanya di hujung jari anda!

tapi betullah hukum alam...
setiap yang baik pasti ada buruknya...
dengan akal fikiran yang waras, kita seharusnya berfikir untuk memilih...
yang terbaik untuk bekalan di hari muka...
kita sebagai manusia yang dikurniakan akal ini harus berfikir ...
untuk meletakkan segala kemudahan ini pada kesesuaian yang sepatutnya....
sy terpanggil untuk berkongsi 2 kisah.....tentang cerita cinta dan curang internet ini...

Kisah Benar 1:;

kisah seorang teman....Pn N 'bukan nama sebenar'
Pn. N ini masih muda, umur awal 20-an...
sudah mendirikan rumahtangga bersama En. R hampir 2 tahun...
pasangan ini tlh dikurniakan seorang zuriat yg amat comel..
En. R,
suami Pn. N terkenal dgn sikap playboynya...
kaki chatting, kaki perempuan dan pernah terlanjur
dan Pn. N sendiri sebelum berkahwin pernah terjebak dgn cinta suami org
dan perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta atau suka sama suka...
sebaliknya perkahwinan mrk hanya utk mengelak dari masalah masing2....
zahirnya di mata umum, En. R dan Pn. N adalah loving couple...
namun bak kata org2 tua kita...
"bangkai gajah, masakah boleh ditutp dgn tudung saji"
selepas hampir setahun mendirikan rumahtangga,
konflik mula timbul dan pasangan ini hampir bercerai

apabila En R kembali kepada sikap playboynya...
namun kuasa tuhan yang Maha Penyayang, Pn N telah mengandung...
segala perancangan untuk bercerai telah bertukar kepada sesuatu yang amat baik...
alhamdulillah...
ramai yg mengharapkan... agar zuriat mereka kelak
akan dpt menjadi penyelamat kpd rumahtangga mereka...
namun...benarlah apa yg direncanakan oleh Islam....
"Segala tiap yang berlaku itu, bermula dari niat"
niat asal mereka untuk 'lari' dr masalah masing2 tak membawa kpd kesudahan yg baik...
sekarang....selepas 8 bulan kelahiran zuriat mereka,
En R telah kembali menjalankan aktiviti sosialnya...
mencari wanita2 di laman2 maya untuk dijadikan mangsa...
dan lebih memeranjatkan.....bila
Pn N juga telah kembali menjalinkan cinta lamanya....
menjalinkan hubungan dgn "kekasih gelap"nya......
hingga sekarang tiada kesudahannya....
prestasi kerja Pn N semakin teruk...
sering menjadi perhatian pegawai atasan....
selain tu...Pn N jg mengalami masalah kewangan bila En R tidak memberi nafkah...

sebagai seorang teman, dan saudara seIslam...sy terfikir.....

Apa kesudahan yg terbaik untuk pasangan ini?
Di mana letaknya kasih sayang untuk zuriat yg tlh diamanahkan pd mereka?
Apa nasib zuriat mereka andai ibu bapanya berpisah kelak?

Kisah Benar 2:;

kisah yg baru diceritakan oleh kakak sy kelmarin...
terjadi pada adik iparnya "En F"....
menurut apa yg dikongsikan oleh kakak sy...
En F telah curang dengan isterinya Pn M yang ditinggalkan di kampung (Penang)...
Encik F bertugas di Johor dan isterinya ditinggalkan di kpg utk menjaga ibu mrk...
Setelah hampir 2 tahun tinggal berjauhan,
Pn M dapat menghidu sesuatu yg kurang baik berlaku di belakangnya...
mula2 ianya hanya keraguan biasa...
namun selepas diselidik..nyata ..En F telah curang...
dan telah menjalinkan hubungan dgn perempuan lain
melalui satu laman sosial yg amat terkenal masakini FB
sejak setahun yg lepas....
kelmarin En F telah jadi seperti org "sasau" dan meracau
dia meraung2 minta maaf pd isterinya Pn M ...
dan ceritakan segala kisahnya bersama teman wanitanya....
sebagai isteri dan mangsa curang Pn M buntu...
tp Pn M ingin selesaikan masalah mrk dgn cr baik...baiknya Pn M
Pn M minta adik beradik En F berkumpul dan minta pandangan
jalan terbaik utk mereka....
selaku kakak ipar, kakak sy hanya mampu menasihati mrk shj...
selebihnya...dia minta pasangan ni berbincang dr hati ke hati untuk
mencari satu jln penyelesaian yg terbaik....
petang kelmarin jg, kakak sy menelefon & minta pandangan dr sy
sy dan kakak mmg selalu berkongsi pandangan,
berkongsi cerita dan gosip-gosip hehe...
bila ditanya pada sy tentang jln terbaik untuk masalah ini,
hanya sekadar pandangan yang mampu sy lemparkan...
maklumlah..takde pengalaman....hehe

pendapat sy.... En F dan Pn M perlu ubah sikap msg2,
En F perlu buang segala sejarah hitam dlm dirinya...
dan kembali ke pangkal jalan ...
semua manusia pernah lakukan kesilapan
dan jgn belenggukan diri dgn sejarah lampau yg "hitam"
kepada Pn M, sy tahu anda sgt baik....
dia telah memaafkan suaminya..
cuma tak tahu utk rancang kehidupan slps kejadian "hitam" ini,
Pn M perlu cr jalan penyelesaian utk lbh dekat dgn suaminya..
sememangnya ibu tak boleh diketepikan...
tp pasti ada cara lain untuk berbakti pd ibu walau berjauhan....

alahai.....dunia...dunia...
macam-macam masalah ada...

perkongsian diatas bukan satu rekaan tp ianya satu realiti...
realiti budaya sosial masyarakat hr ini...
sy tak berniat untuk mengaibkan mana2 pihak...
sekadar untuk berkongsi cerita...
untuk pengajaran dan tauladan kita semua...


matlamat hidup di dunia bukan semata2 untuk mencari kesempurnaan...
sekadar melengkapi diantara satu sama lain...
perkongsian diantara yang kuat dan yang lemah akan melengkapan ..
perjalanan satu KEHIDUPAN....



sy semakin takut untuk mencari....
mencari "adam" yg sy belum temui......


::regards::

Tuesday, November 10, 2009

::Through My Window::



video

Saya pasti ramai yang pernah tgk iklan di atas kan?
Iklan TM Streamyx, "through my window"...nice kan...
*AMAT COMEL*
Lagu tema iklan ni sebenarnya lagu bunkface dan iklan ni ada byk versi ...
ada versi bunkface, ada versi dafi,mila,akim dan shila...
dan paling latest ada versi Melayu, nyanyian Tomok...

Yang tu semua tak penting...
sengaja saja masukkan iklan ni sebagai entry...
bukan ape....nak challenge iklan favourite PT & FT lelaki PKG PP...
diaorg suke la sgt dgn iklan P1 WiMAX yg "potong" tu...haha..karut..
sampai boleh buat tayangan perdana lagi waktu kursus aset aritu...
hr ni sy lak nak buat tayangan perdana...dlm blog kesayangan ni...
bukan ape, saje nak tunjuk...
ade iklan yg lagi best, lagi comel dr iklan feveret diaorg tu...

haha en.shahrin selaku presiden..ade nak komen.....?????heeeee=)

wink..wink da abes...

Monday, November 9, 2009

::...Masih DisayangiNya...::

Wah...ala2.....poyo je tajuk entry ni kan...
tapi ini suatu "keajaiban" yang betul2 berlaku....
kisah ni berlaku minggu lepas...
tp saya rasa belum terlambat untuk dikongsi bersama...

sy hidangkan kalian dgn gambar ini...



ini adalah dinding syiling di tandas wanita pejabat saya...
takde makhluk lain yg masuk tandas tu..kecuali saya...
sebabnya saya seorang je "wanita" dalam pejabat tu...hehehe
tapi kesan retakan ini bukan kerja saya...
alkisah....
percaya tak kalau sy katakan ....
kepingan dinding syiling tu jatuh betul2 selepas sy melangkah keluar dari tandas...
mula2 mcm tak percaya..tapi lepas dengar bunyi benda besar jatuh...
dan menoleh kebelakang...itulah realitinya...
Waktu itu baru sy tahu...sayangnya tuhan pada saya...
Dia masih ingin beri peluang pada sy utk nikmati hidup ini mcm insan2 lain....

*T.H.A.N.K.S G.O.D*

sy sendiri masih dalam keadaan antara nak percaya atau tidak...
dan masih fobia untuk melangkah masuk ke dalam tandas tu...
ngeri..bayangkan kalau serpihan dinding syiling tu jatuh atas kepala saya...
rasanya mau bocor kepala ni..huhu....

*pesanan penaja-jangan lupa baca doa masuk tandas,
i.Allah anda akan dipelihara.....=)


::regards::


Saturday, November 7, 2009

::...OnE WeeK...::

Genap seminggu sy bercuti dr menulis entry....
rindu sangat.....

sebenarnya byk perkara yg nak dikongsikan...
tp masa terlalu padat dgn aktiviti lain...
minggu lepas sy dan team PKGSB adakan 3 bengkel ...
2 bengkel utk setiausaha NILAM dan 1 bengkel utk juruteknik komputer...
kalau dah berbengkel tu faham2 je la...
byk benda nk difikirkan...
persiapan tempat, persiapan makanan, pembayaran LO etc...
pening kejap..balik keje pun pukul 5 keatas...smpai rumah lps maghrib trs pengsan...hehe

dlm masa yg sama ...
sy sedang siapkan beberapa assingment yg perlu dihantar dlm tempoh terdekat
dan sebelum segalanya terus berserabut
Nak buat checklist la....hehehe
*idea ini tercetus bila membaca blog Miss Lina td...hehe...rajin btol cik Lina ...=)
  • Hr Sabtu dan Ahad ni perlu buat 3 ass - at least kena add onn serba sikit
  • (1) Projek Pengurusan(1st Draf) - (DueDate 25 Nov)
  • (2) Industrial Relation (2nd Ass) - (DueDate 2 Dec)
  • (3) Keusahawanan (DueDate 15 Dec)
  • Mgu depan sy perlu touch up ass Falsafah Politik - dah siap 60%
  • Submit rangka tugasan dalam portal -before intensive course
  • Perlu siapkan laporan bulanan (Oktober punye...dah ketinggalan..hehe)
  • Siapkan LO untuk bengkel di SK Seri Tasek - next week
  • Siapkan bahan utk Mesy. Pengurusan PKGSB kali ke-2
  • Siapkan keje2 kewangan.. sebelum cuti panjang ( 30 Nov - 20 Dis )
  • Owh terlupa...ass english Dr. George kena siapkan (DueDate 30 Nov)
  • Kena update kenduri2 kwn2 sekitar bulan Nov & Dis yg x dpt pergi - belikan hadiah
  • Isi borang cuti utk 26 Nov - Ini kes malas nk keje sehari sebelum raya haji...hehe
  • Study & buat notes utk Industrial Relation - exam 2 Dec
  • ****Yg last ni kalau ada masa-Nak tgk movie 2012 - movie ni akn kuar 12/11/09
sempat ke nak buat semua tu?...hehe...i.Allah...
hope everything ok....

Tapi sy terpaksa akui....pengurusan masa sy thn ni out!
kalau dulu sy jd reminder pada kwn2 untuk ass yg perlu disiapkan...
thn ni dah jd terbalik....kwn2 pulak yg jd reminder sy...
Ramai yg terkejut bila sy tak aktif lagi dlm portal....
Dulu sy boleh buat keje 2 in 1 sebab ada internet di pejabat...
sekarang tak lagi..semuanya kena update di rumah...
so fhm2 je la...anyway thanks jugak pd kwn2 yg igt pd sy...
Ada yg call & msg tanyakan khabar....ada yg ckp sy merajuk...haha
mana ada...salah sy..tak boleh manage masa dgn baik...
sy tak merajuk atau berkecil hati dgn mana2 pihak...
Adatla...kita sebagai manusia...
ada masa Up & Down.....sy perlukan masa utk itu semua....
Walau apa jua keadaan yg mendatang hidup perlu diteruskan...
sy perlukan sedikit masa utk pulihkan keadaan.....

dah kembali melalut..hehe...
ok lah nanti kalau ada apa2 yg menarik sy akan update i.Allah......

::regards::