Saturday, November 28, 2009

::Episod akhir drama bersiri Nur Kasih::


Berakhir sudah drama bersiri Nur Kasih,
ini bermakna berakhir juga penantian sy ...
tentang teka-teki siapa sebenar jodoh Nur dan Adam

(haha...ade masa lak nak fikir jodoh org)

benarlah janji tuhan...
Jodoh, Ajal dan Maut itu di tangan Tuhan...
Walaupun drama ini hanya satu naskah tulisan manusia biasa,
bagi sy ianya amat bererti jika dihayati dgn mata hati anugerahNya...

Segala yang digambarkan dalam drama ni
ibarat perjalanan hidup sebenar
kita sebagai hambaNya yang lemah harus terima dgn redha...
ada 2 perkara yang menarik perhatian sy pd naskah Nur Kasih ni...

1) Segala ketentuan itu ditangan Allah...
walau sehebat mana cinta Sarah pada Aidil,
walau Nur punya peluang utk bersama dgn Aidil,
jodoh masih berpihak pada yang hak...
Aidil dan Aliya bersatu atas ketentuanNya
Adam dan Nur jg bertemu dan bersatu krn takdirNya

2)Ibarat kata pepatah Melayu "Air dicincang tak akan putus"
walaupun Aidil dan Adam berbeza sifat dan sikap,
masing2 punya kelebihan dan kekurangan...
dan tanpa disedari...
diantara mereka melengkapi antara satu sama lain...
Ikatan persaudaraan tak akan putus walau pelbagai badai yang datang melanda

saya tertarik dgn scene akhir drama ini
bilamana Adam turun ke tanah..
dan memencil diri dr tetamu yg dtg ke rumah
Aidil tercari2 kemana perginya Adam,
dan bila mereka bertemu...
Aidil menyatakan andai dirinya diberi kesempatan
ingin dirinya berkongsi kesengsaraan yg dilalui Adam,
dan ayat yang dilafazkan oleh Adam...
"Tuhan tak akan menduga kita, lebih daripada apa yg mampu kita tanggung"
benar itu janji Allah pada hamba2Nya

renung2kan ...
naskah2 sebegini dihasilkan atas pemerhatian penulis...
sebagai manusia kita perlu merenung, dan muhasabah diri...
dimana letaknya nilai kasih sayang kita sebagai hamba...
terhadap Dia pencipta yang Maha Esa...

p/s:sy berhutang banyak entry, i.Allah akan dilangsaikan bila ada kelapangan kelak..


::regards::

6 comments:

ASYIQ said...

Cu pun tengok juga siri akhir ni wpun dah tahu endingnya macam mana.....dah baca sinopsis kt internet.


Jodoh pertemuan di tangan
Allah, kita rancang macam mana pun itulah ketentuan. Cerita ni terlalu dekat dgn kehidupan kita org Melayu.....mungkin di situ tarikannya.

Mlm tu lps tonton Nur Kasih, sambung pula kisah Taubat Nasuha. Mak pada Nur tu berubah watak jadi perempuan 'murahan' la pulak.....nama lagi pelakon. Cerita ni pun mampu merembeskan air mata Cu....part anak2 dia semua mati dibunuh perompak.

adeqya84 said...

Betul3...Ya pun tengok crite taubat nasuha tu...sedey...hehe..cerita2 sekarang dah mula ada moral valuenya...bagus jg timbulkan kesedaran pada kita semua..nak suggest Cu tgk filem Papadom...Ya tgk sorang2 huhu merembes2 air mata

ASYIQ said...

Ya---> Cu dh tengok cerita papadom....pak cu ko tengok tak berganjak. Selalunya dia cpt boring tgk filem mcm tu...

Payah nk cari ayah mcm tu dah skrg. Yg ada smua past tjwb pd maknya....huhu.

adeqya84 said...

hehe...betul3 sy setuju...mungkin ada tp 1 dalam seribu...nice story kan cu =)

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

adeqya84 said...

Terima kasih....sekadar perkongsian perjalanan hidup...suka dan duka yang dilalui....=)