Sunday, August 21, 2011

* menyusuri sepuluh malam terakhir *

cepatkan masa berlalu ...pejam celik pejam celik harini hari ke-21 kita berpuasa ...
sekejap sangat rasanya persinggahan ramadhan thn ni...
alhamdulillah seperti yang direncanakan ...
saya dah mula bertugas 19hb ogos yang lepas ...
syukur ...dapat kembali menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan ...

segalanya mungkin telah tertulis secara kebetulan ...
sy dimaklumkan ..
projek pembangunan / penyelenggaraan pejabat akan dimulakan selepas hari raya aidilfitri...
alhamdulillah hari jumaat yg lepas ...
kebetulan hari pertama sy masuk kerja selepas berehat panjang ...
saya telah didatangi pihak kontraktor dan juruteknik ...
yang bertanggungjawab keatas kerja2 penyelenggaraan tersebut...
insyaAllah ...
projek pembangunan tersebut akan dimulakan lebih awal drpada tarikh yg ditetapkan
syukur rasanya
sebab saya dapat bertemu dgn kontraktor yg bakal menyelenggara baik pulih tersebut ...
kalau kerja dah dimulakan ..mesti agak susah untuk berkomunikasi kan =)
terima kasih kak ros ...harap kita dapat bekerjasama dgn baik ...
1st time jumpa kontraktor wanita yg berwibawa ^^,* ...

hari ni hari ahad...saya dah mula belajar2 memandu semula...
mula2 pegang stereng tadi ada jugak rasa gemuruh yg menerpa...
alhamdulillah pelan2 perasaan takut tu dah berjaya dibuang...
sejak minggu lepas saya dah minta izin dr encik abah untuk memandu...
mula2 encik abah tak izinkan juga...
tp bila saya dah mula terima surat2 arahan untuk mesyuarat2 dan bengkel2 ...
abah tak ada pilihan...cuma saya diminta untuk pakai pakai bandage waktu memandu ...
baik encik abah! saya akan menurut perintah ...hi3...
saya akui lepas memandu td ada sedikit komplikasi...
harap2 itu komplikasi biasa lepas beberapa lama kaki tak lakukan aktiviti2 lasak...

tinggal seminggu je lagi kita akan berada dalam bulan ramadhan ni kan...
saya belum buat apa2 persiapan...
belum ada baju raya, kasut raya, handbag raya...hi3 ...
thn ni tak terasa sangat kemeriahan ...entahlah...mungkin sebab thn ni belum ada arah tuju
untuk hari raya nanti agaknya...
nak balik kpg...opah2 dah tak ada...
hanya akan balik ziarah pusara2 insan2 tersayang saja...
thn ni jg saya tak ambil cuti tambahan ...
insyaAllah akan tetap bertugas pada hari isnin & jumaat minggu raya nanti ...
hope aidilfitri kali ni akan tetap meriah walaupun dgn persiapan yg ala kadar sahaja =)

selamat menempuh 10 malam terakhir...
semoga kita bertemu dengan penghulu segala malam ...lailatul qadar ^^,*

~adeqya8284~



Monday, August 15, 2011

* nisfu ramadhan *

Alhamdulillah ...
hari ni ...genap 15 hari seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa ...
alhamdulillah saya kira ramai yg dah berjaya menempuh sebahagian fasa bulan rahmat ini ...
syukur ke hadrat Ilahi dengan peluang yang diberikan kali ini ...
peluang yang lebih baik...Ramadhan yang lebih baik ...
jika dahulu saya sering khuatir dengan serangan gastrik yang tak menentu ...
tahun ini alhamdulillah keadaan saya dah pulih sepenuhnya ...

untuk 15 hari pertama bulan Ramadhan kali ini...
alhamdulillah saya tenang melalui fasa kehidupan....
walaupun adakalanya saya dikejutkan dengan beberapa perkara yg tak diduga...
setakat ini syukur...saya masih diberi kudrat untuk menempuhnya ...
insyaAllah andai diizinkan Allah jika tidak ada sebarang komplikasi pada tulang & kaki ...
saya akan kembali bertugas 19hb ogos ini...
segalanya bergantung pada keputusan medical checkup 18hb ogos ini ...
seandainya positif alhamdulillah ...seandainya doktor masih mahu saya berehat ...
saya turutkan...sebab saya tahu kaki saya masih belum pulih 100%
doakan segalanya berjalan lancar 18hb ogos ini ...
saya jg nervous utk dengar keputusan doktor kali ni ...

dalam entry2 saya sebelum ni saya sering ceritakan tentang kehebatan KCB kan ...
kali ni saya tampilkan barisan teraju utama KCB ...



ganteng2 kan ^^,* hi3
dari kiri ...
abdullah khaerul azam, anna althafunnisa, ayatul husna & furqan *feveret saya nih ^^,*
itu nama2 mereka dalam watak KCB bukan nama sebenar mereka ...
terpikat dengan gambar di dalam laman sosial Andi Arsyil Rahman Putra (nama sebenar fuqan)
saya creditkan gambar itu di dalam blog ni...
selepas follow fb mereka baru saya tahu ...
rupa2nya si anna (oki) dan furqan (arsyil) adalah penulis buku motivasi di indonesia ...^^,*
bagus kan ...
mereka menjadi artis yang ada banyak kelebihan untuk dimanfaatkan kpd masyarakat ...

bukan sahaja berpewatakkan bersih ...
malah mereka mampu menyumbang sesuatu kepada pembangunan sosial masyarakat ..

good job oki & arsyil...moga kalian terus sukses dalam apa jua bidang yg diceburi...
ha3 ...tetiba dah keluar slanga indon....
ok lah nk stop dulu ...

selamat meneruskan ibadat puasa ...dan semoga terus diberkatiNya ^^,*

regards
~adeqya8284~

Sunday, August 7, 2011

* fitnah wanita *

dah agak lama saya tak membebel di sini kan :) ...
jadual bulan ramadhan yang agak padat ...hi3 ...padat dengan aktiviti2 menonton sinetron ...
entah la ...semenjak dua menjak ni ...saya tak akan lepaskan peluang untuk menonton
sinetron (drama bersiri) ketika cinta bertasbih ...
ia kesinambungan filem ketika cinta bertasbih 1 & 2...
sambungan dan adaptasi novel yang sangat menarik dan islamik...
banyak yang saya pelajari tentang cara hidup islam dalam sinetron ini...
sekali sekala terfikir ...mahu saja saya langgan pakej indo pack ini...
tp nanti bila dah masuk kerja semula sempatkah saya untuk menonton sebegini? hu3...

dah tersasar jauh dr tajuk entry ...hi3 melalut pula ...
pagi ni ... usai mengisi perut selepas sesi bersahur ...
terlintas nk menulis tentang beberapa perkara berkaitan 'fitnah wanita'
satu tajuk yang pernah saya bincangkan dengan beberapa mahasiswi dr timur tengah
sewaktu kami sama2 meninggalkan komen pd status salah seorang imam muda musim ke2...
timbul isu ini bila ramai yg menolak & cuba membuat bantahan
untuk program ustazah pilihan yg bakal ditayangkan di astro oasis, oktober ini..
selaku salah seorang 'ustazah' di malaysia ini sy kira rancangan itu tiada salahnya ...
jika konsepnya menyerupai @ lebih kurang sama dgn program imam muda...
saya pasti ianya akan memberi manfaat dan pengalaman yg cukup berharga buat peserta2nya ...

buat masa ini...
program itu belum ditayangkan lagi dan konsep penuh juga belum dihebahkan

jadi tak perlu kita meletakkan bantahan atau melatah pada sesuatu ...
yang kita belum tahu hujung pangkalnya kan
antara perkara yang disentuh dlm perbincangan di laman sosial tersebut ...
adalah perkara yg berkait tentang 'fitnah wanita' ...

topik utama yg diketengahkan adalah berkaitan aurat wanita
dimana berkemungkinan besar program ustazah pilihan itu bakal mendedahkan kaum hawa

kepada kaum2 adam di luar sana...


bila disebut tentang aurat wanita sememangnya umum maklum tentang batasannya...
tetapi dalam dunia hari ini...peranan wanita di dalam organisasi
sama penting dengan peranan lelaki dalam menggerakkan pentadbiran & pengurusan pejabat...
perkara ini jelas ...apabila banyak jawatan2 penting hari ini dipegang oleh kaum hawa
bila berbicara tentang konsep ustazah pilihan...saya kira
pastinya program realiti itu nanti bakal mencungkil bakat wanita2 di luar sana
untuk menjadi seorang pendakwah yang disegani ...
ilmu dan kebolehan seseorang pendakwah itu perlu dicungkil dan diasah
bagi melahirkan ustazah yang berilmu dan berkualiti ...

pada pandangan saya ...ustzah2 hari ini juga perlukan ilmu2 setanding ustaz2 diluar sana
walaupun kami punya keterbatasan dalam melakukan beberapa perkara...
namun ruang lingkup dalam menuntut ilmu tak pernah ada batasannya dalam syariat islam....

saya sendiri yang bertugas dalam satu daerah yang kecil ...
dan baru sahaja bertugas dalam tempoh setahun lebih ...
telah melalui pelbagai pengalaman getir ketika menjalankan tugas
....
dalam memikul tanggungjawab sebagai daie kecil kpd masyarakat...
banyak perkara yang perlu dipelajari & diteliti ...
supaya kita dapat memberi manfaat kepada masyarakat...


saya sendiri mengaku yg saya naif
dalam beberapa perkara ...
pengalaman banyak mengajar saya erti sabar dalam menyelesaikan sesuatu masalah...
pengalaman itu guru terbaik kepada kita ...

sepertimana yang kita lihat dalam task2 di dalam rancangan imam muda...
itulah juga yang kami lalui diluarnya secara realiti...
tak mudah untuk menjadi seorang pejuang agama ...
biarpun kami hanyalah kaum wanita yang lemah ...
sekurang2nya berilah peluang utk kami jg menabur bakti ...
dalam memartabatkan agama Islam di mata dunia...

Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda:
Berhati-hatilah dengan godaan dunia dan waspadailah rayuan wanita,
sebab fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita.

(Hadis Riwayat Muslim)
dalam konteks ini bukan sahaja ustazah yang perlu menjaga adab2 dalam kehidupan...
malah ustaz2 di luar sana kini pun perlu pandai memilih jalan yg sepatutnya
dalam memperjuangkan agama...
saya akui ...ujian & dugaan dalam memperjuangkan agama ini bukan sesuatu yg mudah...
moga kita semua terpelihara daripada fitnah duniawi...
agar ...kesucian agama Islam itu dapat dikekalkan ...sekaligus ia mampu meletakkan kita
sebagai sebahagian daripada mujahid dan mujahidah islam ...
selamat berjuang untuk team imam muda siri kedua ...^^,*
terima kasih atas perkongsian ilmu dan semoga terus success dalam menjadi pelapis
ulama-ulama islam negara ...
bitaufiq ...wannajah :)

regards
~adeqya 8284~