Saturday, November 29, 2008

::USM LiFe::

Selepas 4 hari berkampung dalam kampus....akhirnya hari ni baru sempat jengah blog..ini pun sambil2 siapkan ass Dr George..huhu esok dah kena submit..hari ni baru nak buat...again...and again...maria suka sangat buat keje last minute...tak larat nak marah diri sendiri dah..hehe...pagi ni walaupun hari sabtu...still ada kelas..bussiness ethics...kelas Pn Ommei...huhu...kelas paling best di abad ini..tq Pn Ommei....igt pesanan dia...yang selalu remind...kamu adalah produk universiti APEX...wuahaha.....amat gerun bunyinya tapi ....insyaAllah dengan ada pengiktirafan dr APEX...harap2 kami produk2 pjj ni lebih bersemangat lagi utk belajar..apsal post arini mcm ayat skema jerk...!! maybe sebb tgh wat ass kot...tak nak merapu lagilah....hehe cau cin cau...

adeqya82824::H-9DesasiswaBaktiPermai::USM

Friday, November 21, 2008

::Mana Satu Pilihan Hati ::

www.iLuvislam. com
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . "
Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
Redha
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
*Dah lama rasanya tak dengar nasihat dari seorang emak,lebih drpd 10 tahun.. tiba2 bila terbaca artikel ni....rasa macam emak sendiri yang menuturkan pesanan...its about love&life...alangkah baiknya kalau pesanan ni benar2 dari emak...terdetik dalam hati..pastinya pesanan ni ditujukan khas buat puteri2 kesayangan di seluruh dunia...tak ada emak dlm dunia ni yang mendoakan keburukan untuk anak2nya...buat puteri2 permata bonda...renung2kanlah....
~The most difficult phase of life is not when no one understand you ..It is when you don't understand Yourself!!!~

Wednesday, November 19, 2008

...........

Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right. Forget about the one's who don't. Believe everything happens for a reason. If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it.

Monday, November 17, 2008

::Maafkan Kepergianku::

Maafkan Kepergianku
Tak ada lagi kata yang terucap
Jangan ada lagi titis air mata
Di saat kepergianku
Untuk Selamanya
Maafkan caraku ini
Yang 'tak ingin kau terluka
Karena diriku terlalu mencintaimu
Maafkan kepergianku
Yang inginkan kau bahagia
Tanpa diriku untuk selamanya
Tak ada lagi kata yang terucap
Jangan ada lagi titis air mata
Di saat kepergianku
Untuk Selamanya
Maafkan caraku ini
Yang 'tak ingin kau terluka
Karena diriku terlalu mencintaimu
Maafkan kepergianku
Yang inginkan kau bahagia
Tanpa diriku untuk selamanyaOo....
Maafkan caraku ini
Yang 'tak ingin kau terluka
Karena diriku terlalu mencintaimu
Maafkan kepergianku
Yang inginkan kau bahagia
Tanpa diriku untuk selamanya
Nice song from Ruth Sahanaya...1st time dgr masa AF3 aritu...waktu ekin nyanyikan masa konsert ke7 (kalau tak salah)..nice lyrics...hari ni layan lagu2 jiwang hehe..mood nak keje pun mcm tak berapa nak ada...rasa mcm nk cuti jer!!!!....nanti lagi la boring...so buat2 la apa yang patut...next week mula la perubahan jadual hidup..i really hope ..everything will be fine in this intensive course...
adeqya8284::

::My Sis Birthday::

17112008::Kakakku dah tua...hehe..angah hepi birthday...yang ke...29...kejap je masa berjalan..masing2 dah mendaki tangga umur masing2...nasib baik jarak kami jauh..5 tahun tu..hehe..makcik takde le tua sgt..^_^..moga terus success...dlm mendidik anak2..juga dalam mencapai apa yang diimpikan.....wish u have a great birthday

Sunday, November 16, 2008

::Warna-warni Kehidupan::

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

::Hidup mesti ada perubahan, dan perlu terima perubahan::
Tanpa kita sedar, esok akan jadi hari ni, hari ini akan jadi kelmarin dan seterusnya.....

::renung2kan::
::adeqya8284::




Tuesday, November 11, 2008

::Hilang????::

Guess what??? Kelmarin tiba2 je..k.ati hilang handbag .. kejadian berlaku dalam pejabat dia....masa mula2 g jumpa k.ati dia steady jer...setitik air mata pun tak tumpah..tp as a women kita tahu...mesti dekat dalam tu dah meraung2 nangis...lps tanya itu ini, konon2 nak cuba tenangkan dia la ...last2 ... kami sama2 hujan...huhu...bayangkan kunci kereta, kunci rumah, handphone....semua dlm tu...yang tu satu hal...masalah dgn org sekeliling pun sama...org dlm pejabat msg2 buat tak tau...n tak mau tolong dia..gerammnyerrrrrr........ada yang senyum sumbing mcm mengejek, tu takpe lagi..yang amat geram sgt bila ada yang gelak bila tahu pasal kehilangan beg k.ati ni....its that funny???? mana perginya rasa timbang rasa manusia sekarang?...Ya Allah cepat2 la keluarkan kami dari "alam sekeliling" yang mcmni....
Masa balik rumah aku lak yg sedih lebih2 terkenangkan peristiwa yang jd siang td ...Nasib baik mama ada, dia la jd pendengar cerita aku semalam...ade gak kawan yang nk share
Guys, nasib kita ni mcm roda...terkadang di atas , terkadang di bawah....
yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita buang jauh2 ..n kalau boleh sentiasa mintak dijauhkan segala sifat2 mazmumah tu dari kita...
::sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran::
with luv::adeqya8284

Monday, November 10, 2008

::Rehlah @ Lata Tebing Tinggi::

:: budak ni dah semakin berat!::
nice view::budak berdua ni jd model lak ^_^
::candid!::
2 hero kecik::shahazim:shahib

Ahad,09112008 memang tak rancang....tapi kalau ngan budak2 hantu air ni ape pun diaorang redah...cari punya cari akhirnya jumpa la satu air terjun dekat Selama ni...Lata Tebing Tinggi....not bad...nice view n org pun tak de la ramai sgt...yang tak bestnya...budak2 ni je yang ada persalinan mandi...walaupun tak dapat join tapi ok la jugak sebab boleh rakamkan action2 terlampau diaorg hehe..selalunya yang escott diaorg g berkelah adik (paksu budak2 ni) tp kali ni paksu diaorg tgh exam so makcik la yang kena gantikan...ape pun happy sebab budak2 ni dah terlebih enjoy...^_^
::adeqya8284::

Saturday, November 8, 2008

::WaNiTa::

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,
Lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
Dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

Wednesday, November 5, 2008

:::?????:::




kenapa ya, kadang2 kita happy tapi ...ada org dsekeliling kita yang tak happy,

seboleh mungkin dalam hidup ni, kita nak gembirakan semua orang......

kadang2 jugak....

kita tak sanggup untuk berkongsi kesedihan atau masalah dengan orang lain....
tapi dalam tak sedar kesedihan dan masalah tu lah yang eratkan hubungan kita....

my wish....
i want all my L.O.V.E (family & ALL my friends) happy........
Ya Allah bahagiakan hidup kami...kerana bahagia itu akan melahirkan syukur di hati....

with L.U.V::adeqya8284::

::Air Mata Rasulullah::

... Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah , "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. "Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku"
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii,ummatii, ummatiii? " - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

*Penceritaan tentang detik sakaratul maut Rasulullah juga ada diceritakan di dalam sebuah lagu in-team yang bertajuk "PemergianMu"....sbg umat Muhammad yang sentiasa dikasihiNya sama-sama kita renungi dan selami betapa kasihnya baginda kepada kita...
Dia kekasih Allah ..mengalir airmata menanggung kesakitan tika sakaratul maut datang mengundang...Apakah keadaan sakaratul maut kita nanti?sama-sama kita fikirkan...
"Bekerjalah kamu seperti ingin hidup seribu tahun lagi dan Beribadahlah kamu seperti kamu akan mati esok hari" Renung-renungkan......

regards::adeqya8284::

Tuesday, November 4, 2008

::Finally....^_^::

video

Alhamdulillah...akhirnya boleh jugak upload video ni...belajar lagi satu benda baru......

dah 5 kali try baru boleh...chaiyok2....

Tanpa usaha mimpi takkan jadi kenyataan ..^_^

::adeqya8284::

::Gift From Japan::

Hari yang happy ^_^...tq k.ati & abg zu..hehe..dah lama x layan hello kitty..tiba2 terimbau kenangan masa sekolah.. dulu-dulu rajin la cari barang2 hello kitty...sekarang dah beralih arah semua barang ade gambar si bear pooh tu...hehe...ape pun thanks atas ingatan...minggu ni..semua jadual dah back to normal...dah normal tido lak la jadi masalah..dah terbiasa kurang tido...dah jadi susah nak tido....sampaikan baca buku teks omputih pun cerah bijik mata..huhu..pesanan penaja ..jangan la biasakan diri kurang tido nanti susah kemudian hari....hehehe...ape pun kita mesti enjoy (dengan gaya macam citer puteri tu) hehe.....




regards::adeqya8284::