Posts

Showing posts from December, 2014

*Ujian itu tanda kasih Allah*

Image
Alhamdulillah... getting better ... masa untuk serahkan kembali hati ini pada yang hakiki... *tabah* saya pujuk hati,  ujian ini tak akan terjadi tanpa izinNya... Allah letakkan ujian itu setara pada kemampuan hambaNya.. jangan bersedih  *La Tahzan! Wahai pemilik hati.. Engkau yang Maha Mengetahui tiap atas apa jua takdir yang diingini... Anugerahkan hikmah diatas setiap ketetapan yang terjadi... Berikan kebaikan diatas ujian ini... Semoga hati-hati kami bertemu dengan cinta hakiki... Cinta yang mendekatkan kami kepadaMu ya Rabbi... Terima kasih Allah atas ujian ini... Anugerahkan kami kekuatan... Anugerahkan kami ketenangan... Anugerahkan kami kebijaksanaan dalam mengendalikan setiap titipan ujian ini... bingkisan indah... bersama Ustazah Isfadiah ketika Konvensyen Kepimpinan Dakwah 2014 yang lalu *tak siapa tahu hujan di hati tika ini *tak siapa tahu gundah di hati saat ini *Terima kasih Allah ...at

Pesan Buat Diri dan “Yang Bertanya”

Hidup tak selalu indah kerana disitulah keindahan hidup. Warna-warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dijangka dan dipinta. Namun ketabahan jualah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Dunia ini sementara begitulah jua dengan ujiannya. Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu dia sentiasa mengujinya. Fahami takdir dan susunlah tadbir. Dikala tidak berdaya, ketika itulah pertolongan sudah semakin hampir. Menulislah dengan airmata dan keringat. Ketika dingin dan hangat. Kita hanya hamba. Berdamailah dengan takdir. Disitu ada ketenangan Itulah janjiNya Tuhan tidak pernah mungkir! Tinta, Hamba yang berdosa.  *PMJ*

gegar vaganza vs gegak gempita

Image
cuti sekolah datang lagiiiiiii!!!!!!! ok maka dengan itu bermula lah jadual tahunan saya dengan kanak-kanak kenit neh... selagi saya belum ambil... selagi tu juga la diaorang menceceh nak balik umah wan... dah sampai rumah wan... maka macam-macam la ragam & aktiviti yang timbul .. ni aktiviti kanak-kanak kenit malam hujung minggu baru ni  kacau opah yg tgh tgk tv  *nak tarik perhatian opah dengan pakai helmet terbalik...aduyaiiiii adoi la adik... ini ragam dia bila permintaan dia tak ditunaikan kalau serah tv dekat dia ... dah comfirm2 la kami kena mengadap kartun 24 jam... opah dengan wan nk tgk konsert gegar vaganza * makcik pun tumpang sama sebenarnya ...hi3 bila permintaan dia tak dilayan mcm tu la jdinya habis satu rumah kena kencah.. dok pujuk opah sebenarnya tu nak pergi pesta... tapi opah cuba tukar plan ajak pergi tempat lain ... hi3... ape2 je la dik oiii yang penting bahagia... ini lah rutin saya dari diaorang kecik lagi... masuk je