Pesan Buat Diri dan “Yang Bertanya”

Hidup tak selalu indah kerana disitulah keindahan hidup.
Warna-warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dijangka dan dipinta.
Namun ketabahan jualah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya.

Dunia ini sementara begitulah jua dengan ujiannya.
Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana.
Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak.

Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman.
Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu dia sentiasa mengujinya.

Fahami takdir dan susunlah tadbir.
Dikala tidak berdaya, ketika itulah pertolongan sudah semakin hampir.

Menulislah dengan airmata dan keringat.
Ketika dingin dan hangat.
Kita hanya hamba.

Berdamailah dengan takdir.
Disitu ada ketenangan
Itulah janjiNya Tuhan tidak pernah mungkir!

Tinta,
Hamba yang berdosa. 

*PMJ*

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::