Friday, November 8, 2013

#Finale episod LYMA....

Gonna miss u encik arrogant!!!
Ha3... dah jadi mcm wabak pulak kan drama LYMA ni...
sebelum ni musim Cinta Jannah...
habis je Cinta Jannah terjebak pulak dengan LYMA...
lepas ni ape pulak??? 
adoyai...
saya akui jam 7-8 pm tu bukanlah waktu yang sesuai untuk dijadikan tayangan prima 
ditambah pulak dengan waktu solat maghrib yang singkat
tapi kita kan yang mengurus waktu kita sendiri :)
solat didahulukan drama sambung kemudian ...betul tak?
lagipun maghrib awal kan sekarang :)

selesai sudah episod cinta zara amirah & zafriel irham kelmarin...
phewww....
best!!! saya suka scene akhir kelmarin...
very beautiful ...and i admire it! ha3 melampau hokey....
sebenarnya saya dah khatam pun novel tu awal2 lagi...
(means saya tahu kesudahan cerita kelmarin awal-awal lagi)
tapi still menunggu juga babak akhir dgn penuh suspen ...hi3
apa2 pun itu sekadar hiburan...
tak lebih dr tu pun  



 pic ni diambil masa saya dalam train 
satu arah perjalanan ke melaka membolehkan saya khatam sebuah novel ini...hi3


congrats azlee khairi @ zafriel irham & zara zya @ zara amirah 
good job! pastinya ramai yang akan merindui LYMA lps ni

dah lama kan saya tak update blog ni...
kekangan masa + line broadband yang ntah apa2 ...
sangat membosankan...
finally saya decide untuk terminatekan aje broadband tu...
hi3 hati tak sakit duit pun tak membazir...
nak menghapdate blog ni dari ofis mmg sah2 la tak sempat...
kerja pun tak dan nak siap inikan pulak nak berbelog...ha3
harini curi2 masa time rehat ...
kunun2 nak siapkan laporan statistik...tapi apa yang jadi??? hehehe
teruk la maria ni...
ok la...
belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat tahun baru hijrah 
1435H ...yang masuk hari kelima hari ni ...
moga2 kita terus berhijrah menjadi seorang yang lebih baik  pada masa akan datang...
azam tahun baru??? 
insyaAllah nak ceritakan yang best2 je kat blog ni ...
walaupun dalam hati ...Allah je yang tahu kan ....
ujian & kehidupan ...perkara yang tak boleh dipisahkan 
moga tahun-tahun mendatang menjadikan kita khalifah Allah yang lebih baik 
dan moga tahun-tahun mendatang juga mematangkan kita dalam menjalani 
rencah kehidupan yang semakin mencabar ...

tadi masa blogwalking terjumpa blog penulis LYMA ni 
sesapa yang rajin boleh la ziarah ye...
http://tintaalieshakirana.blogspot.com
ok la nak sambung kijo...
last but not least...
full version zafriel irham & zara amirah...



 gonna miss both of u.... >_<*

regards 
~adeqya8284~

Tuesday, September 24, 2013

#stress???

hmmm...
dah lama kan tak menulis tentang kehidupan disini...
terpanggil nak berbelog minggu ni walaupun saya hanya ada 3 hari masa di pejabat...
masa yang pack bukan alasan untuk berkongsi sesuatu yang penting dgn insan2 lain...

STRESS???

"Life is too short to stress yourself,
with people who don't even deserve to be an issue in your life"

I like that quote 
terpanggil nak menulis tentang stress selepas satu kejadian yang berlaku kelmarin...
awal minggu kelmarin berlaku lambakan kes...
4 orang PKN terpaksa bertungkus lumus menyelesaikan masalah2 client 
macam2 ragam ada 
saya juga tak terlepas untuk sesi kelmarin sebab semua PKN ada temujanji 
dan semua bilik rundingcara penuh...
so saya ambil keputusan untuk ambil satu kes dr client yang baru datang 

awal sesi keadaan tenang...
walaupun client bercerita tentang masalah keluarganya dengan linangan airmata ...
client saya hilang kekuatan diri apabila suami & anak2 tidak lagi mempercayainya...
pelbagai fitnah terpaksa ditempuhi sendirian tanpa insan2 tersayang

saya cuba untuk beri kekuatan padanya...
ibarat kekuatan dr seorang anak kepada seorang emak ...
Alhamdulillah selepas hampir satu jam meluahkan isi hatinya beliau kembali tenang...
dan tatkala saya hulurkan senaskah al-mathurat untuknya sebelum selesai sesi
sekali lagi airmata beliau berlinang 
pesan saya hanya satu...
tatkala Allah hilangkan insan2 yang kita sayang daripada kita
ingatlah Allah tak pernah pinggirkan kita...
tangisan terakhir client saya agak panjang ...
beliau minta untuk pinjam bahu saya dan akhirnya beliau rebah di sisi saya...

PANIK???

ini kali pertama kejadian client saya pengsan akibat stress terlampau 
Alhamdulillah nasib baik teman pejabat yang juga pengamal perubatan Islam ada di pejabat
ustaz maklumkan client saya tak pengsan cuma beliau berada di bawah pengaruh sihir





Allahuakbar ...
pesan saya pada teman2 ...
jangan pernah musnahkan diri hanya kerana disebabkan kita hilang kasih sayang seorang manusia...
jangan musnahkan hidup kerana suami tidak lagi menyayangi 
jangan pernah untuk sakitkan diri kerana isteri tak lagi mentaati atau curang pada anda
bangunlah...
Allah sentiasa ada untuk kita...
Allah sentiasa menyayangi kita selagi kita mengingati dan mentaatinya...

*Bisikkan pada Dia rasa kasihmu...
Dia tak pernah dan tak akan menolak kasihmu sama sekali....

regards 
~adeqya8284~

Thursday, September 5, 2013

#MerdekaRaya!!!

wahhhhh...
berzaman kot tak menulis entry di sini...
ampun...
kesibukan melanda since masuk bulan puasa ...
membawa ke raya ...
melarat la sampai merdeka...

Ramadhan lepas saya sibuk audit dalam
sayalah  auditor... saya jugalah auditi...
saya bagi 3 NCR pada daerah lain 
saya terima balik 3 NCR untuk pejabat saya...
saya bagi 3 OFI kat daerah &  ibu pejabat 
saya terima balik 16 OFI untuk pejabat saya...
wuaaaa... amekkaw
hilang kaki & dan tangan den jadinyo...

selesai kes audit dalam ...
kena buat audit susulan lak
selesai audit susulan...
kena buat preparation sambutan merdeka pulak...
dan dari kelmarin sampai esok...
hadap la SIRIM lak datang buat audit pemantauan untuk tahun 2013

badan masih letih...
tapi still dalam mood beraya...
hoyeehhh




  
 pic sambutan hari kemerdekaan kali ke 56 
kami kontinjen JHEAIPP dengan baju yang dipilih oleh Dato' pengarah

     
tq en. hidzir for coming
en hidzir ni dah naik pangkat ke Bah. Perumahan 
tp disebabkan rasa tanggungjawab yg masih menebal
beliau hadir sama dalam perarakan tempohari...
tq bos... :)

 

owhh ya last but not least thanks nisah...
adik praktikal merangkap adik junior smkant sy
jasamu dikenang ...
2 bulan berpraktikal di sini ...
nisah banyak membantu kami semua... 
kalau umur panjang kita jumpa lagi... insyaAllah 

xoxo
~adeqya8284~

Friday, June 21, 2013

~xoxo~

no words to say ...
Alhamdulillah 
segalanya berjalan lancar ...
dari karnival masjid ...
membawa ke kursus pemahaman & pemantapan audit dalam ISO di hydro hotel
dan paling latest ihtifal sanawi peringkat negeri pulau pinang 
yang telah diadakan di sek men addiniah, sungai rambai sps...

ingatkan lepas ihtifal boleh rehat sat...

rupanya tidak!!!!!!
next week jadual kerja saya legi mencabar jiwa dan minda 
27-28 jun saya akan ke MAIWP...
Rumah Perlindungan Dar Saadah atas tiket lawatan kerja 
bersama dua orang penolong pengarah dari JHEAIPP

based on keputusan encik abah 
asalnya abah minta saya stay terus di KL 
sebab sy akan duduki peperiksaan pada 1-4 julai di UPM 
gap masa diantara lawatan kerja & exam hanya 2 hari
yang tak bestnya kalau terus stay di KL sampai 4 julai 
saya tak akan ada dalam majlis pertunangan BFF sy sabtu tu
lps difikir2kan balik saya buat keputusan 
28 jun tu lps lawatan kerja terus balik ke penang 
29 jun tu sama2 raikan majlis miss liena kita 
then 30 jun tu i will heading back to serdang for seating my kpsl paper @ UPM 

awesome???

untuk tempoh 2 minggu pi balik pi balik KL tu dengan bahagianya 
ha3 will see 
moga Allah permudahkan urusan kami nanti 

insyaAllah :)





#kami team audit dalam bersama audit syariah JHEAIPP
pic 'beku' masa di hydro...serius sejuk sampai tahap tak boleh tido!!!


Thursday, May 23, 2013

#Karnival Cintai Masjid 2013


No words to say...
sehari dua ni kakitangan bergerak non stop mcm robot...
kena struggle untuk acara tahunan nan satu ni ...
okies...
jom jemput ramai-ramai untuk sama-sama memeriahkan Karnival Cintai Masjid 2013
bermula 24 - 26 mei 2013
pelbagai acara kami sediakan untuk pengunjung-pengunjung karnival masjid kali ni...
tak lupa cabutan bertuah menanti pengunjung2 
pada hari kedua dan pada mlm penutup karnival 
jumpa di sana ya ...InsyaAllah :)











Saturday, May 18, 2013

# M.I.S.T.I.K???!!!

hmmmm...
nak cerita ke tidak...
tapi perkara ni membelenggu minda dan hati sy sejak awal minggu lps lagi...

sebelum kemalangan terjadi mlm jumaat lps...
saya ada lalui satu perkara aneh masa balik dari airport selasa lepas...
hari selasa tu saya dgn kak zah ke airport untuk urusan tiket flight ust don...
peel saya mmg begitu...
kalau bab2 tiket flight ni saya tak suka beli online lebih suka beli di kaunter & chek in terus...
alhamdulillah haritu walaupun sy tak sempat check price tiket terlebih dulu
saya dapat beli tiket ust dengan harga yg agak rendah untuk 2 hala...
save dekat RM300 jugak haritu drpd bajet sebenar...

ok berbalik kepada perkara aneh yg jadi pd sy & kak zah...
selesai urusan di kaunter kami terus gerak balik ke pejabat..
masa dlm kereta saya dan kak zah biasa la kan...
dok melawak gelak sana sini...hi3 coverline sbb diri letih kan kesana sini
dalam saya dgn kak zah dok gelak2 melawak dalam kereta tu...
tiba2 ada satu suara perempuan sambung gelak mengilai dari seat belakang saya...
????!!!!????
saya panik tp disebabkan siang rasa takut tu tak la kronik sangat kan...
saya tanya pd kak zah kak zah dengar tak apa yg saya dengar...
dan kak zah jawab dia pun dengar suara perempuan mengilai tu...
tetiba terkeluar satu ayat spontan dr mulut saya...
"kak zah cuba tgk belakang seat saya ...ada org ka?"
ha3 dah sah2 la kena tampar dengan kak zah kan sebab mulut "capoi" tu...
masa kami dgr suara hilaian tu radio kereta saya 'mute'
maknanya bunyi2 tu yg kedengaran dlm kereta tu hanya suara kami saja...
saya cuba check hp jg...
kot2 ada tertekan button bunyi sound ke kan...
hp saya pun screenlock... unactive...
hmmmm.... pelik kan....

alhamdulillah saya tak dapat apa2 sakit pun lepas dengar hilaian tawa tu...
tp lain pulak dengan kak zah...
badan dia jadi gatal2 dan dia sakit2 satu badan...
*gatal2 @ sakit2 badan tu selalunya sign yg kami akan rasa kalau ada gangguan sihir drpd client
jenuh jugak kak zah mandi air penawar mlm tu..
nak dijadikan cerita sehari lepas kak zah sihat...
saya pulak ditimpa musibah...
ermmmmm....
mungkin kebetulan...
mungkin petanda ...
mungkin juga ????
Waallahualam...

minta dijauhkan daripada kesusahan 
minta dijauhkan daripada gangguan jin&syaitan yang direjam...

#saya sedikit trauma dengan kejadian ni...
mohon dijauhkan daripada kesusahan & keburukan...

ameeennn..

~regards~
adeqya8284 

#ujianNya... Allahuakbar!


kisah malam jumaat yang lepas
berlaku satu musibah yang tak disangka ...
Allahuakbar ...
sekelip mata kereta saya dirempuh oleh sebuah motorsikal
kejadian beraku tak jauh dari rumah saya...
hanya beberapa km saja dr rumah...
itu la namanya takdir kan...
dan keadaan kereta saya...

#saya masih lagi trauma

Alhamdulillah dah selesai urusan dengan polis dan pihak insurans
terasa mudah menguruskannya kemarin
tq encik abah atas segala pertolongan...
saya susah hati sekejap bila 'patah kaki' kali ni...
minggu depan saya perlu siapkan kerja-kerja karnival
dan masuk saja bulan jun..sy perlu siapkan kerja2 ihtifal sanawi & audit dalam
ya Allah permudahkan segala urusanku

rasa takut masih menyapa...
Allahuakbar....

~adeqya8284~

Saturday, May 11, 2013

* TQ cintasayang!!! *

Alhamdulillah done 3 days course @ cintasayang resort sungai petani...
tq cintasayang for the nice place... 
serius tempatnya cantik & sangat nyaman ...
dikelilingi padang golf yang indah ... 
hari2 indah yang menyegarkan

terima kasih juga pada CSQ Training & Consultancy...
tq for the great team building course...
bayangkan satu kursus team building yang dihadiri oleh warga2 veteran...
hi3 very nice walaupun semua slot melibatkan aktiviti fizikal 
aktivitinya masih berlandaskan syariat dan tak terlalu extreme

bak kata ayahanda2 saya 
sebelum2 ni kita pi kursus baca kitab ja...
kali ni kursusnya lain sikit...
ada outdoor game, indoor game...
alhamdulillah semua ayahanda2 sangat sporting

habis kursus ptg kelmarin saya singgah pejabat sat...
selesaikan kebenaran2 kahwin yang masuk sehari dua ni...
then terus balik rumah ...
seriously very tired!
nak sambung rehat dihujung minggu...
hik3 ...enjoy our moment there...


#aktiviti pagi kami ...
senaman di tepi swimming pool!! yeayyy


#game pagi kedua ... 7up!
saya pemenang ketiga untuk game ni tau ...hik3 saya suka!


# aktiviti malam ke-2...
muka nakal saya sedang mengendap bos saya yang tgh seronok main game F1!


#pic penutup 
bersama pengarah JHEAIPP & Ketua Pendaftar Negeri 
Dato' Hj Sazali Bin Hj Hussain & Ust Yusoff Bin Abu Bakar 


6 Pendaftar PPROI wanita Negeri Pulau Pinang 
#6 iron ladies... mewakili 6 daerah di Pulau Pinang

done!!!
masa untuk siapkan diri...mental & fizikal untuk 
Karnival Cintai Masjid & Ihtifal Sanawi Peringkat Negeri P.Pinang
tabah!

regards 
~adeqya8284~

Tuesday, May 7, 2013

*phew...

Alhamdulillah 
selesai segalanya dengan aman...

sana sini riuh tentang PRU yang ke 13...
sometimes orang yang duduk bercakap di kedai kopi tu
lebih lantang suaranya dari penganalisis politik Malaysia ...
apa2 pun keputusan dah pun dibuat...
Malaysia telah pun memilih...
sebagai anak jati kelahiran pulau pinang ada sedikit rasa sedih yang menyapa di hati 
no words to say ...
kasihan pada anak cucu saya nanti takut dah takde tanah nak tumpang berteduh ...

close it!...

biarkan penganalisa politik terus bangun perjuangkan politik malaysia 
dan biarkan mereka yang telah diberi amanah untuk jalankan tanggungjawab mereka...

kita sebagai penjawat awam...
jalankan tugas secara neutral atas tiket untuk kepentingan bersama :)

owh tak boleh nak meronggeng lama2 di sini 
hari ni je saya masuk pejabat untuk minggu ni...
esok sampai jumaat saya akan berkursus di Cinta Sayang Resort & Carnival Sungai Petani
chill ya!!! ...kena kursus dengan ayahanda2 penolong pendaftar...
tinggal kami 5-6 orang je la pendaftar perempuan yang akan join nanti ...hik3

okies berhenti melalut ...
balik dari Cinta Sayang nanti 
saya akan update tetang Karnival Cintai Masjid Daerah SPS 
nak atur jadual ustaz don di sps dulu ...
then baru boleh release pada semua ...

regards 
~adeqya8284~

Wednesday, April 24, 2013

*rindu itu masih bertamu ...

April 2013 hampir melabuhkan tirainya...
3 tahun yang lalu...
detik2 ini amat berharga dalam perjalanan hidup saya...

3 tahun lalu...
waktu2 begini saya sedang bergelut 
menghadapi final exam semester akhir di USM
ia adalah antara momen yang saya tak akan lupakan sepanjang hayat
dalam tempoh masa yang sama...
sy ditakdirkan juga untuk berhijrah ke sebuah organisasi baru
selepas hampir 5 tahun saya bersama keluarga BTPN & PKG Pulau Pinang

Alhamdulillah...
ia rencana yang amat indah dalam hidup saya...
dalam masa yang sama...
perasaan sedih & sayu itu tetap menyapa 
apabila saya terpaksa tinggalkan teman2 seperjuangan di organisasi lama...

dan selepas 3 tahun...
saya akui...
rindu itu masih bertamu di kalbu ini...
teman...
kalian sentiasa ada di hati ini...
terima kasih atas kenangan...
terima kasih atas persahabatan...
terima kasih atas kasih sayang...

hati ni makin meronta-ronta teringatkan teman-teman lama 
bila saya hadiri kursus audit ISO sejak kelmarin...
teringat kisah lama...
jerit perih belajar tentang pengurusan kualiti...
dengan kursus yang bersiri-siri 
banyak ilmu yg saya pelajari ketika di BTPNPP dulu
alhamdulillah ianya sangat berharga 
dan ianya sangat membantu saya dalam menguruskan organisasi sekarang 

to all my dear friends ...
biar jasad terpisah jauh...
insyaallah ...
ukhwah ini akan sentiasa terpahat di hati 
biar jasad di mamah bumi...

~selalu rindukan kalian~








   

regards 
adeqya8284

Tuesday, April 9, 2013

* kenduri vs holiday *

Alhamdulillah segalanya selesai dengan lancarnya 
hujung minggu yang pack dengan aktiviti family...
Alhamdulillah sedikit sebanyak terbayar jg masa saya untuk mereka :)
Selamat pengantin baru my lil cousin 
Fatin Musyrifah & Megat Iskandar Zulkarnain 
selamat bercinta hingga ke syurga sis ...
they are very young ...
fatin 18 thn & zul 23 tahun ...
jodoh diaorang awal kan ...
alhamdulillah ...


 
mini gathering
adik beradik abah merangkap bapa-bapa saudara pengantin
*fitri wakil arwah paklong* 
ayahnyah (abah saya), paklang, pakcik ani, acik nam, & acu man (bapa pengantin)
satu2nya ladies di situ kakak sepupu saya 
kak baiyah membesar dengan arwah opah & atuk 
so dia anggap semua anak2 opah & atuk mcm abang2nya juga...


pic pengantin dengan mak2 saudara 
semua ada 
*maklong, maknyah (mama saya),maklang,acik pidah,acik munah&maksu(emak pengantin)
happening kan???

lepas kenduri saya dan family teruskan perjalanan ke cameron highland 
tak jauh dah dr rumah paksu ...
alhamdulillah 
semuanya berjalan lancar di sana 
walaupun cuaca tak berapa nak mengizinkan + jammed yg agak teruk
but alhamdulillah 
happening dengan tentera2 kenit saya ...

layan je la pic yang ada ye...
segan dah nak cerita ceritit panjang2 :)

    
layan pokok2 bunga with abah, mama & shahib


bunga yang canthek!!! so nice


plucking strawbery???
aktiviti wajib kalau dtg ke cameron kan...
opah with syura and shahazim...


ni plucking strawbery versi wan....
lebih serius dan lebih kepada aktiviti pembelajaran ... hi3


hi3 ...
ni pic pengantin lama yg seronok mengimbau kenangan berdating kat cameron

Alhamdulillah 
thanks Allah for the great time!!!

regards 
~adeqya8284~



Tuesday, April 2, 2013

* maaf dari mulut seorang ayah...

berakhir sudah kisah Rindu Bertamu di Abu Dhabi...
rasa macam sekejap je drama ni di TV...
saya yakin...
episod akhir harini banyak mengundang airmata penonton...

dalam episod harini ...
ada scene yang benar2 meruntun hati saya...
babak haji ilham memohon maaf pada firdaus ...
sangat2 menyentuh hati ...
mendengar lafaz maaf dari seorang ayah kepada seorang anak...
mengingatkan saya pada satu kisah silam...

terkenang kisah 13 tahun yang lalu ...
bilamana saya dengan abah sedang berkonflik 
ketika abah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi ... 
saya dengan ego seorang anak...
abah dengan ego seorang bapa 
yang mahu menegakkan haknya untuk mencari mencari pengganti arwah mak...

dalam kekalutan Allah izinkan jua abah & mama bersatu 
darah muda kan masa tu....suka sgt nak memberontak...
waktu itu saya lebih suka habiskan masa di asrama ...
lakukan aktiviti ko-kurikulum di sekolah untuk lupakan kekalutan di rumah...
konon2nya bawa hati yg duka lara la kan
waktu tu saya buntu ....
hati saya tak mampu untuk terima mama seadanya sebagai pengganti emak

sememangnya ...
emak tiada pengganti...
tapi mama bukanlah seorang ibu tiri yg teruk seperti yg dibayangkan...
mama seorang yang baik...
tak pernah marah kami, tak pernah keluarkan kata2 yg kurang enak pd kami

masih terpahat dalam ingatan saya...
majlis pohon restu pelajar2 SPM SMKANT tahun 2001...
detik yang akan saya pahat dalam minda hingga akhir hayat...
untuk kali pertamanya ...
abah melafazkan maaf pada saya...
kerana mengheret kami anak2 ke dalam satu konflik 
ketika abah memilih mama sebagai teman hidup...  
tidak cukup dengan satu lafaz...
abah kirimkan satu kad khas untuk saya...
dalam kad tersebut abah tulis harapan abah untuk lihat kejayaan saya ...
dan sekali lagi abah mencoret perkataan maaf untuk saya 
atas segala kesilapan2 lalu yang telah dilakukan....

saat saya membaca kad yang diberikan...
wujud rasa bersalah dalam diri...
dan rasa bersalah itu masih menebal dalam diri...
dari saat itu, detik itu 
saya berjanji pada diri saya sendiri 
untuk tidak mahu mendengar lagi lafaz maaf dari seorang ayah buat seorang anak...
siapa saya tanpa abah... 

episod akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi hari ni
mengingatkan saya pada kenangan dulu...
insyaAllah saya masih berpegang pada janji itu...
saya tak mahu lagi mendengar lafaz maaf dari mulut abah...
kerana abah hero di hati saya 

ya sayang abah ....

#30 April ni birthday abah yang ke 64...
moga abah dianugerahkan kesihatan yang baik 
dan umur yang barakah ...amin....

~regards~
adeqya8284

Saturday, March 30, 2013

* biar waktu berbicara *

phewwww...

Alhamdulillah 
finally selesai juga Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon III semalam
dalam kepayahan & keperitan ...
finally we did it!
secara peribadi 
saya berpuas hati dengan komitmen seluruh ahli keluarga PADSPS
thanks a lot guys...
from A to Z ...saya bangga dengan komitmen kerja kalian ...

selesai prog penutup bulan mac...
alhamdulillah ...alhamdulillah... alhamdulillah
next week andai tak ada aral
saya & kakak ada merancang satu percutian singkat utk family...
harap segalanya berjalan lancar ...

apa yang dah berlaku 
biarkan berlaku...
ambil pengajaran dari segala kesilapan yang terjadi ...
dan...
maafkan insan2 sekeliling kita...
Ya Allah anugerahkan ketenangan & kebahagiaan itu 
buat insan2 yang Engkau uji tahap kesabaran mereka...

amin...

regards
~adeqya8284~

Sunday, March 24, 2013

# 30 minit yang bermakna ...

oppsss ...
maaf saya tak sempat update condition saya lps sampai di bangi tempohari 

kalau mengikut jadual 
saya & rakan2 perlu berkursus di ILIM selama 3 hari

alhamdulillah...
sesi kursus asas kaunseling syarie untuk hari pertama...
berjaya kami lalui dgn jayanya ...

19hb mac 2013 ...
lbh kurang jam 7.30 mlm 
kami mendapat berita tentang kematian KPP Bah. Pendidikan JHEAIPP
Ustaz Redzuan Bin Abd Wahab ...
dari teman2 yang berada di P.Pinang...
terkesima sekejap...rasanya baru lagi saya bergurau senda dengan arwah...
waktu majlis hafazan peringkat kebangsaan yg lalu...
Al-Fatihah...moga rohnya ditempatkan bersama para solehin...

saya tak pernah bekerja direct dengan arwah ...
sekadar menegur sapa & berbual kosong saja...
arwah seorang yg happy go lucky dan sangat disenangi oleh ramai pihak ...
Allah sayangkan insan2 yang baik ...
saya percaya...
pemergian beliau memberi kesan yang agak besar pada seluruh warga JHEAIPP

berbalik pada keadaan kami di bangi...
ada seorang dua dikalangan kami yang mula tak senang duduk...
masing2 dah bising dan mohon untuk tarik diri dr kursus 
dan mereka ingin balik utk menziarahi arwah ...
saya serba salah ...
selepas berbicang dengan beberapa pihak ...
akhirnya kami peserta kursus dr pulau pinang dibenarkan balik 
untuk menziarahi arwah ....

jam 11 mlm 19 mac kami bertolak dari bangi 
dan alhamdulillah kami tiba di pulau pinang jam 5 pagi 20 mac ...
kami tak tidur sepanjang perjalanan sbb kami terpaksa temankan driver memandu 
so sesampainya saya di rumah ...
alhamdulillah sempat lelapkan mata lbh kurang 2 jam ...
then saya terus ke pejabat dan ke rumah arwah utk penghormatan terakhir ...

20, 21 & 22 mac ...
padat dgn segala macam jadual & kerja ...
nama ja tak pi kursus ...
waktu kerja saya tetap sama ...
saya tetap kena balik lewat sebab ada function mgu ni...
bayangkan dr hari rabu tempohari hinggalah hari sabtu kelmarin...
hanya 30 minit yg saya sempat luangkan masa dengan mama untuk berbual...
kasihan mama & abah ...
mama jarang ganggu saya kalau dia nampak saya letih ...
tp abah saya tak...
letih ke...tak boleh buka mata ke ...
setiap soalan dia perlu ada jawapan dr saya ...
hik3 ...
mcm tulah hidup...
kelmarin walaupun hanya 30 minit saya sempat sembang dengan mama 
sebelum saya pergi bertugas ke hospital ...
saya dapat rasakan...
ianya 30 minit yang amat bermakna dalam hidup...

itulah lumrah manusia kan...
kita jarang bersyukur & hargai dengan apa yang kita ada...
so sementara insan2 yang kita sayang ni masih ada depan mata kita 
hargailah ...sayangilah mereka...
selagi hayat mereka masih ada...
adakala saya rasa bersalah pada abah & mama...
tapi saya tahu abah & mama faham dgn keadaan saya...

syukur ya Allah ...
kasih sayang mereka tak akan saya persiakan...
sayangi mereka ya Allah sepertimana mereka mengasihiku sedari waktu kecilku...

amin...

regards 
adeqya8284

Monday, March 18, 2013

#alhamdulillah safely arrived ...

penat dowh ...
perjalanan ke bangi yg mengambil masa 4 jam 
tetiba bertukar jadi 9 jam hari ni
gara2 ada sesi "shopping" di jlnn TAR ptg td
wua3 ...

ape2 je la kan 
saya tak kisah janji selamat tiba ke destinasi....

Alhamdulillah demam saya dah makin ok 
dan insyaAllah akan berkampung di ILIM, Bangi 
untuk sesi 4 hari 3 malam 
Kursus Kaunseling Syarie bermula hari ni sampai la 21hb insyaAllah 

permudahkan urusan kami Ya Allah :)

tired & nantok ...

tata ^^,*

regards
adeqya8284 

Thursday, March 14, 2013

* senggang yang panjang *

agak lama tak mencoret disini ...
sy cuba mencari senggang waktu yang bersisa sebenarnya,,,
tapi hakikatnya ia masih tidak mampu utk saya miliki 
kerana kepadatan jadual seminggu dua ni ...

saya selalu merenung diri 
sibuk sangatkah saya?
rasanya saya bukan sesiapa pun 
hanya penjawat awam biasa 
tapi kerapkali saya kekurangan masa 
untuk keluarga & rakan2 yg sentiasa mengingati saya...

untuk family & teman2 maafkan saya ...
kesibukan ini bukan satu pilihan ...
tp ianya tanggungjawab yg harus dipikul dan harus sy galas ...

kalau diberi pilihan 
saya mahu kembali ke jabatan lama, kerjaya yang lama 
rileks ...
tak banyak tekanan ...
apakan daya ...bila sekali saya memilih untuk melangkah ke hadapan 
sudah pasti saya tak akan menoleh ke belakang lagi ...

minggu lepas ...
bermula 3 mac (ahad)
saya bertugas untuk 2 kerja serentak dalam satu masa 
bermula ahad saya menghadiri mesy agung qaryah waktu pg
usai mesy agung saya terus bergegas ke kompleks tabung haji bayan lepas 
utk sesi taklimat sebagai LO 
bagi majlis hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan...
selesai taklimat saya & rakan2 terus memulakan tugas ...
sehinggalah 9 mac...
diantara tarikh 4-9 tu ...
2 hari saya terpaksa runshing balik untuk siapkan tugas2 di pejabat
dan persiapan kursus pra-perkahwinan di USM transkrian (9 & 10 mac)
bayangkan siang hari saya bertugas di pejabat 
dan malam harinya saya stay sehingga jam 11 malam sehingga majlis selesai
usai bertugas di komp tabung haji pada 9 mac lepas saya terus bergegas balik 
untuk kursus praperkahwinan di USM 
sehinggalah semuanya selesai pada 10 mac 

serabutkan???
apa yang mampu saya ungkapkan 
teramat la letih ...
namun saya tak punya pilihan ...


di celah2 kesibukan majlis hafazan tersebut
saya dikejutkan pulak dengan jadual kerja minggu depan 
asalnya 19-21 mac saya terlibat dengan prog gerak remaja peringkat negeri 
di pantai kerachut...
dalam masa yang sama ...
sampai pulak surat dari ILIM...
untuk tawaran kursus kaunseling syarie pada tarikh yg sama 
confius kan???
selepas mengambil kira condition diri yang amat kepenatan minggu lepas
saya lepaskan aktiviti lasak di pantai kerachut 
dan insyaAllah akan ke ILIM, bangi minggu depan ...
ya Allah mohon kekuatan untukku pikul segala amanah ini ...

minggu ni ...
disebabkan overloaded dgn kerja2 minggu lepas 
saya collapes
demam kot kelmarin sampai terpaksa mc...
asalnya malas nak melayan sakit2 di badan ni 
tp bila terhoyong hayang je di pejabat kelmarin 
saya surrender 
pergi je klinik doc terkejut 
suhu dah nak menjangkau 39' c kot 
"awak demam ye ...saya bg mc & jangan lupa berehat ..."
symp doc 
esok dan lusa saya ambil cuti ...
konon2 je ya ...sebab malas nak masuk ofis on time ...hik3 
nama je cuti tp ada je keje yg menunggu atas meja di pejabat tu 

ada kala saya rasa saya hilang kehidupan 
tapi saya syukur 
saya masih punya keluarga & teman2 yang memahami ...
terima kasih semua ...
terima kasih kerana terus menyokong & menyayangi saya 
walaupun adakala diri ini terpaksa memungkiri janji dgn kalian 

maafkan saya ...

regards 
~adeqya8284~

Monday, February 25, 2013

#tired

no words to say 
t.i.r.e.d
really t.i.r.e.d...

no holidays for this week

Ya Allah permudahkan segala urusanku minggu ni...

insyaAllah 27 feb ni tilawah Al-Quran peringkat saringan akan berlansung
rabbi yassir wala tuassir...

moga dipermudahkan segala urusan 

amin...

regards
~adeqya8284~

Friday, February 22, 2013

#pity abah...

alahai ...
perasaan bercampur baur mlm ni
insiden 'cemas' berlaku lagi ...

tadi...
untuk kali keduanya urat kaki abah pecah lg ...
2 minggu lepas ...
urat kaki abah injured & bleeding waktu abah tgh solat jumaat...
td ...
penuh darah dekat meja makan sebab 
kaki abah terhantuk pada kayu meja ...
alahai kesian abah ...

saya nak bawa ke hospital abah tak nak ...
penyudahnya 
nasib baik saya ada krim luka antiseptic ...
sapukan krim ubat tu je la...

Alhamdulillah 
cepat juga darah abah kering kali ni ...
bila nampak darah dah tak banyak ...
abah minta plaster dari saya ...

huahuahua...

ampun abah ...
rasa bersalah la pulak ...
mmg ada bekalan plaster dlm emergency beg sy...
malangnya plaster yg ada tu????
tgk sendiri la....


tak pasal2 je abah kena pakai plaster sesame street mlm ni
apakan daya ...
plaster ni je yg ada dlm simpanan saya...
sorry ye abah...
esok ya akan beli plain plaster untuk abah...

#mood #bercampur baur ...
#rasa bersalah ada, 
#kasihan ada, 
#nak senyum pun ada ...

alahai maria!

regards
~adeqya8284~