* senggang yang panjang *

agak lama tak mencoret disini ...
sy cuba mencari senggang waktu yang bersisa sebenarnya,,,
tapi hakikatnya ia masih tidak mampu utk saya miliki 
kerana kepadatan jadual seminggu dua ni ...

saya selalu merenung diri 
sibuk sangatkah saya?
rasanya saya bukan sesiapa pun 
hanya penjawat awam biasa 
tapi kerapkali saya kekurangan masa 
untuk keluarga & rakan2 yg sentiasa mengingati saya...

untuk family & teman2 maafkan saya ...
kesibukan ini bukan satu pilihan ...
tp ianya tanggungjawab yg harus dipikul dan harus sy galas ...

kalau diberi pilihan 
saya mahu kembali ke jabatan lama, kerjaya yang lama 
rileks ...
tak banyak tekanan ...
apakan daya ...bila sekali saya memilih untuk melangkah ke hadapan 
sudah pasti saya tak akan menoleh ke belakang lagi ...

minggu lepas ...
bermula 3 mac (ahad)
saya bertugas untuk 2 kerja serentak dalam satu masa 
bermula ahad saya menghadiri mesy agung qaryah waktu pg
usai mesy agung saya terus bergegas ke kompleks tabung haji bayan lepas 
utk sesi taklimat sebagai LO 
bagi majlis hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan...
selesai taklimat saya & rakan2 terus memulakan tugas ...
sehinggalah 9 mac...
diantara tarikh 4-9 tu ...
2 hari saya terpaksa runshing balik untuk siapkan tugas2 di pejabat
dan persiapan kursus pra-perkahwinan di USM transkrian (9 & 10 mac)
bayangkan siang hari saya bertugas di pejabat 
dan malam harinya saya stay sehingga jam 11 malam sehingga majlis selesai
usai bertugas di komp tabung haji pada 9 mac lepas saya terus bergegas balik 
untuk kursus praperkahwinan di USM 
sehinggalah semuanya selesai pada 10 mac 

serabutkan???
apa yang mampu saya ungkapkan 
teramat la letih ...
namun saya tak punya pilihan ...


di celah2 kesibukan majlis hafazan tersebut
saya dikejutkan pulak dengan jadual kerja minggu depan 
asalnya 19-21 mac saya terlibat dengan prog gerak remaja peringkat negeri 
di pantai kerachut...
dalam masa yang sama ...
sampai pulak surat dari ILIM...
untuk tawaran kursus kaunseling syarie pada tarikh yg sama 
confius kan???
selepas mengambil kira condition diri yang amat kepenatan minggu lepas
saya lepaskan aktiviti lasak di pantai kerachut 
dan insyaAllah akan ke ILIM, bangi minggu depan ...
ya Allah mohon kekuatan untukku pikul segala amanah ini ...

minggu ni ...
disebabkan overloaded dgn kerja2 minggu lepas 
saya collapes
demam kot kelmarin sampai terpaksa mc...
asalnya malas nak melayan sakit2 di badan ni 
tp bila terhoyong hayang je di pejabat kelmarin 
saya surrender 
pergi je klinik doc terkejut 
suhu dah nak menjangkau 39' c kot 
"awak demam ye ...saya bg mc & jangan lupa berehat ..."
symp doc 
esok dan lusa saya ambil cuti ...
konon2 je ya ...sebab malas nak masuk ofis on time ...hik3 
nama je cuti tp ada je keje yg menunggu atas meja di pejabat tu 

ada kala saya rasa saya hilang kehidupan 
tapi saya syukur 
saya masih punya keluarga & teman2 yang memahami ...
terima kasih semua ...
terima kasih kerana terus menyokong & menyayangi saya 
walaupun adakala diri ini terpaksa memungkiri janji dgn kalian 

maafkan saya ...

regards 
~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::