Tuesday, February 28, 2012

* tulun........*

kalau la sy ni jns org yg mudah minta tolong dengan org...
mesti bahagia & banyak masa untuk bersenang lenang kan...
malangnya tak reti nak menyuruh orang ...
lebih mudah kalau tulang empat kerat ni sendiri yang berusaha
siapkan segala kerja yang dah diamanahkan ...

esok pejabat saya anjurkan pertandingan tilawah Al-Quran peringkat saringan
jarak masa 2 hari sebelum majlis diadakan buat saya tak aman & tak lena tidur ...
hari ni last touch untuk buat persiapan majlis ...
adui...naik krem kaki ke hulu ke hilir...
alhamdulillah ...
menjejak ke pukul 5 tadi saya dah boleh tarik nafas lega sbb everything dah clear ...

hope esok majlis akan berjalan lancar dan bos akan puas hati dengan performance kami
j/kuasa dan urusetia majlis kali ni ...
lepas majlis tilawah Al-Quran esok saya terpaksa bergegas ke UITM Permatang Pauh pula
untuk sesi kelas fiqh munakahat anjuran jabatan mufti...
ya Allah harap ada tenaga untuk ke sana sini esok
sebab dua hari ni pun nyaris collapes ...

selesai majlis tilawah Al-Quran peringkat saringan ni ...
saya perlu tumpukan pula kerja2 untuk setup kursus pra-perkahwinan...
di USM kampus kejuruteraan seri ampangan ...
insyaAlla andai tak ada aral ...kursus tersebut akan dilaksanakan pada 10-11 mac ini...
selesai kursus praperkahwinan ...
saya & team perlu buat persiapan untuk tilawah Al-Quran peringkat zon pula...
hu3 pack!...
ini belum masuk agenda karnival masjid & prog jawatankuasa dakwah lagi ...
tabah maria!

~adeqya8284~

Monday, February 27, 2012

* 13 tahun mencari cinta ... ^^,*

kisah benar dari iluvislam.com

Saya yakin ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saja saya mengumumkan bahawa saya akan berkahwin. Hehe. Saya sendiri pun macam tak percaya bahawa saya akan berkahwin pada tahun ini. Dan bila sudah selesai akad nikah, rasa macam tak percaya saya sudah pun berkahwin. Dan yang paling kerap ditanya : Kenapa tiba-tiba nak kahwin dan macam mana bertemu dengan suami? Ish ish ish. Terlalu ramai yang bersemangat inkuiri yang tinggi ni.

Cerita Versi Sarah

Saya dan suami merupakan teman sekelas dari darjah 4 hingga 6. Kami kenal sejak sekolah rendah lagi. Dia pelajar yang baru berpindah masuk ke sekolah itu pada tahun 1995. Kami tidak rapat pada mulanya. Sehinggalah tahun 6, barulah kami bertegur sapa. Itupun kerana kami berdua diletakkan oleh ustazah di bilik guru untuk program gempur UPSR. Kawan-kawan yang lain semuanya belajar di dalam dewan. Seingat saya, sejak itu baru kami ada bertegur sapa dan tolong menolong dalam menyiapkan latih tubi UPSR.

Kali terakhir bertemu dengannya ialah pada hari keputusan UPSR diumumkan di penghujung bulan Disember 1997. Hanya kami berdua yang mendapat 5A di sekolah. Tapi, kami langsung tak sempat bertegur sapa selepas mengambil keputusan masing-masing. Memang sekadar di situ. Kemudian dia ke hilir dan saya ke hulu. Saya menyambung tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan saya sekadar mendengar berita bahawa dia kembali bersekolah di Kuala Lumpur. Sejak itu, kami langsung tidak bertemu lagi.

Saban tahun, saya memang tidak pernah melupakan dia sebagai kawan saya. Pelik juga. Saya ingat terlalu banyak fakta tentang dirinya. Saya ingat tarikh lahirnya, alamat rumahnya, nombor plat kereta ibunya, warna dan jenis kereta ayahnya, nama adik-adiknya juga habitnya ketika tekun menjawab soalan di dalam kelas. Huhu. Kelakar juga bila diingat.

I have no reason why I remember every single fact about him.

Yang saya ingat, ketika bersekolah di Al-Khairiah, setiap kali saya ada mengenali kawan-kawan baru yang kebetulan mempunyai latar belakang pernah bersekolah di Al-Amin Gombak, saya akan jadi tersentak. Dalam hati mesti berkata : 'Thaariq kemungkinan bersekolah di sini lagi agaknya.' Dan bila sudah agak serasi dengan kawan itu, saya akan bertanya kepada mereka berkemungkinan tak mereka mengenali pelajar bernama Ahmad Thaariq. Huhu. Sadis betul mengenang kembali kisah menjejak dirinya suatu ketika dahulu. Sayangnya, memang tetap tidak berjaya untuk mendapatkan berita terkini tentang dirinya.

Sebaik selepas tamat SPM, saya ditawarkan ke Rusia oleh JPA. Selepas seminggu orientasi, saya mula masuk ke kelas untuk mengikuti kelas Bahasa Rusia. Ketika sesi suaikenal, salah seorang pelajar dalam kelas itu ada menyebut dia dulu bersekolah di Al-Amin Gombak sebelum berpindah ke MRSM Pengkalan Chepa. Dalam hati saya terdetik: 'Oh, ni sebaya ni. Ada chance dia kenal Thaariq ni. Hehe.'

Dan apabila bertanya kepada kawan itu, menurutnya, Thaariq telah berpindah sekolah ke Johor selepas tingkatan 2 dan mereka juga sudah tidak berhubung sejak itu. Hati kembali kecewa. Sejujurnya, perasaan saya pada ketika itu ialah kecewa kerana seorang kawan yang baik dengan saya suatu ketika dulu terputus hubungan dengan saya dengan begitu saja. Langsung tidak dapat dikesan di mana dia berada sejak habis UPSR. Saya sungguh terkilan akan hal itu.

Ketika zaman Friendster sedang memuncak pada tahun 2004, saya cuba mencarinya. Tidak jumpa. Pernah meng-google namanya pada tahun 2005 dan 2006. Tidak juga jumpa. Memang tiada rezeki saya agaknya. Pada masa yang sama saya pernah terfikir, agaknya ingatkah dia pada saya, kawan baik yang sama-sama belajar semeja-guru dengannya dulu?

Sehinggalah ketika saya sedang dalam hiatus sebelum final exam menjelma ketika di tahun akhir di Moscow dulu. 4 Jun 2009. Itulah tarikhnya. Saya melihat capaian masuk ke blog saya pada waktu itu. Saya lihat, ada seseorang yang menjumpai blog saya dengan menggunakan kata carian 'Siti Sarah Al-Mukmin'. Langsung, ia membuatkan saya terfikir. Ini semestinya kawan-kawan Al-Mukmin yang meng-google nama saya dan membawanya ke blog saya. Dalam kepala saya ligat memikirkan nama-nama yang berkemungkinan mencari saya semula. Yang pertama saya fikirkan ialah dia, Ahmad Thaariq Bin Mohd Khairudin.

Walaupun ketika itu saya sedang studi untuk final exam yang tinggal beberapa hari saja lagi, saya sempat menekunkan diri saya meng-google namanya pula. PAP! Banyak senarai yang keluar. Aik. Pelik bin ajaib. Dulu bila saya google, tiada satu pun informasi yang ada mengenai dirinya. Tapi pada tahun 2009 itu, berlambak-lambak capaian berkaitan dengan dirinya. Antaranya ialah blog WordPress dan Fotopagesnya. Saya amati Fotopages itu. Pemiliknya seakan-akan Cina. Tapi inikah dia? Agak lain rupanya di dalam gambar di situ. Saya meneliti 1, 2 entri di blognya. Kisah seorang pelajar Master di UTM Skudai. Kursus apa, umur berapa, semuanya tidak saya tahu. Saya was-was itukah dia. Tapi apabila saya lihat ada capaian ke blog adiknya Rafiq yang kini sedang menuntut di Jerman, saya hampir 100% yakin itu adalah dia. Saya cuba mencari emailnya untuk cuba menghubunginya secara personal. Tiada. Jadi saya meninggalkan komen di blognya saja:

Salam Thaariq.

I was googling around to look for an old friend of mine named exactly like you. I have this instinct that you are him but I doubt I was wrong. Is there any possibility that you attended primary school in Temerloh, Pahang? SRA Al-Mukmin to be exact (UPSR'97). Looking forward to hear some good news from you soon.

p/s: I've tried looking for your email to contact you personally but I couldn't find any. Sorry to disturb you in this comment box.

Sehari suntuk saya menunggu komen itu direspon. Kecewa saja. Huhu.

Tapi keesokannya (5 Jun) adiknya membalas komen saya dengan jawapan yang positif dan tidak lama selepas itu, tuan blog itu pula menjawab segala persoalan saya dengan menghantar email peribadi kepada saya. Sah! itu adalah dia, Ahmad Thaariq, kawan yang telah 12 tahun terputus hubungan dengan saya. Sempatlah kami berbalas 2, 3 email. Kemudian saya menyepi semula kerana perlu studi. Keesokannya, saya pergi menjawab final exam dengan lapang dada dan gembira. Dan saya lulus dengan jayanya.

Yang saya tahu tentang dia, dia sedang menyambung Ijazah Sarjananya dalam bidang Remote Sensing di UTM Skudai, meminati bidang fotografi dan seorang computer geek! Tiga perkara ini betul-betul membuatkan saya tersenyum seorang pada waktu itu.

Apabila sudah kembali ke Malaysia, kami hanya kadang-kadang bertegur sapa di Facebook saja. Saya sangat sibuk pada waktu itu. Jadi saya tak berapa layan sangat Facebook. Lagi pula, dia pun bukanlah satu kepentingan pun dalam hidup saya. Sehinggalah seminggu sebelum hari lahir saya pada tahun 2010, ada seseorang datang meminang. Haha. Ini agak lucu.

Ustaz itu betul-betul buat saya berada dalam dilema. Saya tak mahu tapi apa alasan terbaik saya ya? Hehe. Istikharah punya istikharah, sehinggalah malam hari lahir saya itu, saya mendapat mesej daripada Thaariq. Dia mengucapkan selamat dan memberikan sekeping gambar hadiah buat saya. Gambar pemandangan bintang-bintang yang diambilnya ketika di Dubai. Dia buat saya terfikir. Thaariq itu maksudnya 'Yang Datang Di Malam Hari' dan antara lain maksudnya ialah 'Bintang'. Saya tenung gambar bintang-bintang itu lama-lama. Tiba-tiba hati terdetik. "Kenapa dia satu-satunya yang muncul mengucapkan selamat hari lahir di tengah malam sunyi ini? Apa kaitannya dengan istikharah saya?"

Tapi segalanya masih tidak jelas. Memang tiada apa-apa perubahan dalam hidup saya mahupun dia. Sehinggalah sekitar bulan Februari 2010, ada majlis di sekolah rendah saya dulu. Sebagai bekas pelajar, saya diberikan amanat oleh mudir (guru besar) saya untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar yang telah tamat belajar untuk datang ke sekolah untuk menjalankan program bersama-sama murid-murid di sana. Saya mengumpulkan beberapa nama dan menghubungi mereka secara peribadi. Saya turut menghubungi Thaariq untuk mendapatkan kata putus kehadirannya. Tapi sebaik berada di talian dengannya, saya jadi serba tak kena. Berderau darah nak bercakap dengannya. Sudahnya, saya bercakap seperti butir peluru yang laju. Haha.

Lebih kurang sebulan selepas itu, saya post-call pada petang itu, tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripadanya. Cuak saya untuk menjawab panggilan. Serba tak kena rasa. Puas berfikir kenapalah dia tiba-tiba menelefon ni. Rupa-rupanya dia menelefon untuk mendapatkan nasihat berkaitan kawan serumahnya yang patah tulang bahu. Kebetulan saya pada waktu itu berada dalam posting Orthopedic. Itu sebabnya dia menelefon saya. Hahaha. Gelabah tak memasal, kan. Tapi sejurus selepas itu saya lihat dia meng-update status baru di Facebooknya: I just called to say hello =)

And it really means something to me.

Sejak itu, saya lihat dia mula meletakkan status-status berbahasa Rusia di Facebooknya. Pelik juga. Mana dia tahu ayat-ayat ni semua. Ayat-ayat yang dipilihnya manis-manis belaka. Huhu. Kiranya, kalau kamu tidak faham bahasa itu, payahlah untuk kamu tangkap maksudnya. Dalam hati saya terfikir: Aik aik, dia tujukan kepada siapa ni? Cool down, Sarah. Dia main-main je ni. Haha. Waktu itu saya geram juga dengan dia ni. Saja nak memerangkap saya dalam kekeliruan. Sebab setakat yang saya tahu, mana ada siapa dalam rangkaian Facebooknya yang memahami Bahasa Rusia melainkan saya. Aishh. Memang nak kena cepuk dia ni, kan. Hehe.

Saya pula ketika itu kalau meng-update status di Facebook, saya lebih gemar meletakkan sebaris lirik lagu atau nasyid yang terkesan di hati saya. Tapi pendek kata, semuanya lagu atau nasyid lama yang tidak berapa orang ingat dah. Tapi dengan senangnya dia cam dan merespon di status itu dengan menyambung lirik tersebut. Ajaib juga. Mana dia tahu ni? Dia google ke apa? Huhu.

Pada masa yang sama, saya lihat dia acap kali meletakkan status yang berbaur tertekan dan sudah malas dengan program Master-nya. Sedih juga bila melihat seorang kawan yang seperti mengeluh hampir setiap hari tentang hal yang sama. Waktu itu saya tidak berani lagi untuk respon di status-statusnya. Saya kerap 'diserang' oleh kawan-kawan rapatnya. Hehe. Jadi saya menghantar SMS kepadanya supaya bertahan dan bersabar sikit lagi untuk menyudahkan apa yang sudah dia mulakan. Tahu sajalah saya ni macam mana, kan. Pantang orang berundur separuh jalan. Saya katakan padanya, pastinya sudah ramai yang menasihatinya dengan perkara yang sama tapi jawabnya: Nop, only you.

Ohoo~ Sampai ke hari ini saya masih menyimpan mesej tersebut.

Kemudian, kami berhubung seketika di Yahoo Messenger (YM) untuk mengelakkan cakap-cakap pelik daripada kawan-kawan di sekeliling kami. Kami hanya bercakap tentang perkembangan diri masing-masing selepas terpisah dulu, bidang fotografi (dia Canon, saya Nikon) dan juga tarbiah yang kami ikuti. Syukurnya saya. Telahan saya mengenainya memang tidak salah. Saya dapat 'membaca' siapa dan bagaimana orangnya pada waktu itu.

Tapi disebabkan saya ini memang tidak suka ber-YM, maka tidaklah lama dan sekerap mana kami online bersama. Saya sibuk. Sekalipun kami online bersama, tiba-tiba saja saya sudah tertidur di tepi laptop saya. Esoknya cuba untuk menebus kembali kesalahan, tetapi tertidur juga sekali lagi. Bukankah kasihan dirinya ditinggalkan begitu saja? Huhu. Memandangkan di penghujung Mei tahun lepas kakak saya bakal mendirikan rumah tangga, sebagai salah seorang junior kepada Kaklong, Thaariq turut dijemput hadir. 30 Mei 2010. Itulah tarikhnya. Dia menghadiri walimah Kaklong.

And I have no reason to say no to what I have seen.

Saya kekok pada mulanya. Nasib baik ketika saya dipanggil oleh sahabat baik saya, Mahfuuzah, bahawa dia telah sampai, dia sedang berada bersama-sama kelompok kawan-kawan Al-Mukmin yang lain. Saya menghampiri mereka dan di situlah saat kami bertemu semula selepas 13 tahun terpisah tanpa khabar berita. Tangan terasa seram sejuk. Aik aik. Kenapakah? Dia pula berpeluh-peluh. Ok, bawah khemah tu memang panas pun. Huhu. Selepas kami semua ex-Al-Mukmin bergambar beramai-ramai bersama pengantin, kebanyakan daripada mereka beransur pulang. Kebetulan waktu itu tetamu sudah pun berkurangan. Sudah mencecah 4 petang. Saya membawa Thaariq duduk di bawah khemah berhampiran kipas.

Kami berbual-bual berkaitan diri masing-masing dan perkembangan terkini. Sangat jelas, pada waktu itu saya langsung tidak mengangkat muka kerana takut dan malu untuk menatap mukanya. Kalau boleh, rasa nak pakai purdah sorok muka sendiri. Saya tidak tahu apa yang bermain di fikirannya pada waktu itu. Saya memberitahu emak dan ayah akan kehadiran Thaariq ke majlis itu. Emak dan ayah masih cam akan dirinya. Dalam ingatan ayah, dia diingati sebagai 'anak Khairudin'. Hehe.

Melihatkan reaksi emak dan ayah, hilang sedikit kecuakan saya berada dengannya di situ. Hampir jam 4.30 petang, saya menghantarnya menuju ke keretanya yang diletakkan di bawah bukit rumah saya. Sebelum berlalu pergi, dia menyerahkan satu token kepada saya. Keychain daripada Dubai tempat gambar bintang-bintang yang dihadiahkan kepada saya dulu.

Malam itu saya sangat penat. Saya terbayang-bayang kejadian di petang kenduri itu. Saya ingat setiap apa yang kami bualkan. Saya ingat riak wajahnya yang tenang. Saya ingat saat-saat saya menemaninya turun bukit untuk menghantarnya ke kereta. Tiba-tiba, telefon saya berbunyi. Saya melihat tiga orang sepupu lagi yang bermalam di bilik saya. Semua sudah tidur. Barulah saya menjawab panggilan tersebut. Iya. Thaariq yang menelefon. Ucapnya satu.

"Saya nak kita bukan sekadar kawan. Tapi dengan syarat..."

Syaratnya membuatkan saya terdiam seketika. Saya pohonkan masa untuk berfikir. Semuanya bagaikan renjatan elektrik. Terkejut saya dibuatnya. Semuanya sekelip mata. Saya terlalu penat ketika itu. Tidak boleh berfikir dengan rasional. Jadi saya tinggalkannya dengan soalan yang tidak berjawab. Keesokannya saya sibuk di majlis bertandang di rumah Abang Hashim. Keesokannya pula saya sudah mula oncall dan kembali sibuk di hospital. Dalam pada sibuk-sibuk itulah, saya bawa berbincang dengan sepupu terapat saya, Nisa. Kebetulan kami bekerja di wad yang sama pada waktu itu. Syaratnya itu munasabah. Dan jika ikhlas niat, semuanya adalah tidak mustahil. Apa syaratnya? Ehem. Biarlah kami saja yang tahu.

Untuk seketika, kami sering juga berbalas mesej. Sehinggalah pertengahan bulan Julai itu, saya rasa serba tidak kena. Saya rasa ini bukan diri saya. Tambahan pula, dia masih lagi terikat dengan program Master-nya dan saya terikat dengan housemanship saya. Kami pernah berbincang serba ringkas tentang hala tuju masa depan. Yang saya lihat, paling cepat satu kata putus dapat dicapai mengambil masa hampir 2 tahun lagi. Langsung saya menghantar mesej kepadanya. Pinta saya hanya satu : Jangan contact saya kalau rasa belum sampai masa untuk kawin. Kalau dah sedia, baru cari saya semula.

Saya nekad berbuat begitu. Saya tidak mahu berhubung secara sia-sia tanpa arah tuju yang betul-betul nyata. Saya tidak mahu maksiat menjadi penambah rasa. Dia bersetuju. Kami sepakat untuk tidak berhubungan. Dan dalam tempoh itu, betapa hanya Allah yang tahu kuatnya mujahadah yang perlu dilalui. Baik saya mahupun dia. Remuk redam jugalah rasa hati ni. Tapi bertahan. Bertahan. Bertahan. Hehe. Dia juga bergitu. Status-status separa pilu kelihatan di Facebook tapi tiada siapa yang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Saya pula lebih banyak berkias dalam entri-entri saya di sepanjang bulan Julai dan Ogos tahun lalu. Dan dalam tempoh itu jugalah ada 3 lamaran datang dalam hidup. Aduhai. Penambah perisa betullah. Tapi saya sudah nekad. Saya hanya menunggu dia. Dulu 13 tahun saya boleh menunggu, takkanlah sekadar 2 tahun lagi saya sudah tidak sanggup, kan.

Siapa sangka, sebenarnya apa yang saya nekadkan itu menjadi batu loncatan untuk segalanya. Saya masih ingat, hari itu hari Sabtu, minggu pertama di bulan Septembar, minggu terakhir kita berpuasa. Saya oncall di wad kanak-kanak. Ayah datang sekitar jam 10 malam membawa makanan berbuka untuk saya. Iya. Saya masih belum berbuka dengan makanan berat pada waktu itu. Sekadar minum air dan mengunyah gula-gula Mentos sebiji. Ayah datang bukan sekadar membawa makanan. Tetapi juga sebuah bungkasan pos yang baru tiba pagi tadi di rumah. Di alamatkan kepada saya. Sambil makan saya terus membukanya. Dan kandungan bungkusan kecil itu buat saya berdebar-debar apatah lagi pengirimnya ialah dia.

Apabila ayah sudah balik, saya menghubunginya. Saya memaklumkan bahawa saya sudah menerima bungkusan tersebut. Tiba-tiba dia terus menghubungi saya. Dalam teragak-agak, dia memaklumkan bahawa pada Hari Raya ketiga insya Allah dia dan keluarga hendak berziarah ke rumah saya. Saya terdiam di situ. Dalam hati ada dua tanda tanya: Ziarah raya atau ziarah bermakna? Tapi mulut saya tak terluah hendak bertanya. Saya memaklumkan kepada emak dan ayah.

Dipendekkan cerita, pada hari raya ketiga itu, tibalah mereka sekeluarga ke rumah saya. Tahu apa perkara pertama yang diraikan?

Pertemuan semula dua kawan lama; ayah saya dan juga ayahnya. Subhanallah. Bagaikan telah berjanji, tujuan utama ziarah keluarganya yang agak samar bagi pihak saya bertukar kepada perbincangan tentang pernikahan kami berdua pula. Saya yang turut berada di situ terasa panas muka secara tiba-tiba. Memang sangat terkejut. Ditambah pula dengan usulan supaya kami bertunang dalam masa dua bulan saja, menambahkan keseriauan yang saya rasa. Saya mencuri pandang wajahnya pada waktu itu. Tenang saja. Dalam hati saya berkata: Ish, dia ni. Dia tak ajak pun kawin lagi, tak tanya pun kita lagi, tup tup mak ayah masing-masing dah bincang pasal tunang-nikah.

Selepas selesai kata putus dicapai, mereka sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke Batu Pahat. Waktu itu baru saya menghubunginya. Mesej saya berbunyi: Betul ke kita dah nak tunang ni? Tak lama lepas tu terus kawin? Awak tak pernah pun ajak saya kawin? Balasnya: Insya Allah ni yang terbaik untuk kita.

Subuh 1 Oktober 2010, dia melamar saya untuk menjadi isterinya.

Pada mulanya majlis pertunangan dirancang dilaksanakan lebih awal tapi disebabkan dia terpaksa menghadiri konferens di Hanoi, majlis dibawa ke bulan November. Pada 13 November 2010, majlis pertunangan yang sederhana telah berlangsung di rumah saya. Hanya saudara mara rapat saja yang menghadirinya. Tarikh dan majlis perkahwinan turut ditetapkan pada hari itu. Tempohnya 4 bulan saja. Dan apabila sudah bertunang inilah baru kami mula berhubungan semula untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan kami. Jika perlukan perbincangan panjang, kami hanya berhubung melalui email saja. Lebih banyak yang boleh dibincangkan di situ. Dan sejak kami bertemu semula di dunia maya pada 4 Jun 2009 yang lalu sehinggalah kami bernikah pada 12 Mac 2011 yang lalu, kami hanya pernah bertemu muka sebanyak 7 kali, dan semuanya ditemani oleh keluarga atau adik beradik kami.

Cerita Versi Thaariq

Selepas tamat UPSR, dia bersekolah di Al-Amin Gombak. Sejak itu, dia hanya pulang ke Temerloh bila cuti tiba saja. Dia juga mencari-cari saya. Dia tahu di mana letaknya kedai fotostat milik ayah saya dulu. Pernah dia terfikir, hendak pergi mencari saya di sana. Bila dia ke sana, saya tiada pula. Kecewa dia, katanya. Pernah juga dia berangan, ketika berjalan-jalan mencari barang di Pekan Sehari Ahad (lebih dikenali dengan nama Pekan Sari di sini), dia hendak terjumpa dengan saya. Katanya, antara ramai-ramai rakan sekelas dulu, saya yang paling terkesan dalam memorinya. Pernah saja dia terserempak dengan kawan sekelas kami yang lain, tetapi tidak saya.

Ketika zaman Friendster sedang memuncak, rupa-rupanya dia juga pernah mencari saya. Tapi tidak menjumpai apa-apa. Dia juga pernah meng-google nama saya. Tapi tidak jumpa barang satu informasi pun mengenai saya. Kemudian dia pun sudah tidak meneruskan usaha sehinggalah saat saya meninggalkan komen di blognya itu. Saya masih menyimpan email yang dikirimnya. Subhanallah. Tajuknya saja sudah menunjukkan betapa terujanya dia. Hehe. Belum lagi membaca kandungan email-email tersebut.

Sejak berhubung semula di Facebook, dia suka melihat gambar-gambar saya sepanjang di Moscow dulu. Katanya, saya comel. Huhu. Macam kelakar saja bunyinya. Apa yang buat dia tertarik ialah gambar saya berbaju kurung serba biru ketika menghadiri majlis di Al-Mukmin yang tidak dapat dihadirinya dulu. Dan dari situ dia mula menggunakan Bahasa Rusia di Facebooknya yang ditirunya bulat-bulat daripada sebuah lawan web. Huhu. Berusaha keras sungguh dia. Jika saya membalas dengan ayat yang panjang sedikit, mulalah dia tak tahu di mana hendak mencari maksudnya. Comel betul! Yang mendekatkan kami ialah ayatnya: Mnye by khatelos uznat o tebye po bolshe. Ada yang faham maksudnya?

Sewaktu hendak menghadiri walimah Kaklong, rupa-rupanya dia sudah memberitahu uminya bahawa dia hendak melihat saya. Ohoo~ Yang ini saya pun baru sangat tahu. Dan apabila sudah berjumpa sendiri dengan saya, katanya, dia sudah tiada ragu dalam hatinya. Dan apabila melihatkan perbincangan emak ayah dengan umi baba sangat lancar, dia jadi bertambah yakin. Katanya, dia takkan membiarkan 13 tahun menjadi lebih lama.

Dan selepas 13 tahun mencari cinta, di sinilah kami ditemukan semula. Dalam ikatan sebagai suami isteri yang sah, Alhamdulillah.

Cerita Versi Kami

Selepas berkahwin, saya menunjukkan kepadanya sebuah diari lama. Tahun 1997. Sebenarnya bukanlah sebuah diari. Itu buku yang saya kumpul biodata kawan-kawan. Tapi bila sudah tidak digunakan, saya jadikannya untuk mencoret aktiviti harian pula di mukasurat yang masih kosong. Sebenarnya saya pun baru terjumpa semula diari lama ini. Dan saya kongsikan kandungannya dengan suami. Diari itu penuh dengan catatan harian saya bermula daripada 20 November 1997 sehinggalah penghujung Disember 1997. Kisah bagaimana saya takut kehilangan seorang kawan bernama ATMK. Kisah bagaimana saya tercari-cari di mana ATMK.

Dan sejujurnya, selepas tamat SPM, saya ada menulis sebuah buku catatan baru. Dalam buku itu saya ada menyenaraikan 10 wishlists saya untuk masa depan. Tertera dengan jelas di situ, hajat saya yang ke-10 dalam senarai ialah INGIN MENCARI ATMK SEMULA.

Selepas saya bacakan padanya beberapa keratan daripada catatan-catatan yang ada, tiba-tiba muncullah satu kata-kata yang paling tak tahan untuk dibaca, yang telah saya tulis ketika berusia 12 tahun. Tabah adalah akhlak yang mulia.

Selepas membaca coretan-coretan itu, dia berkata: Ada hikmah Allah temukan kita semula selepas terpisah 13 tahun. Sebab bila kita berjumpa semula, kita sudah bersedia untuk bernikah, bukan setakat berkawan saja. Siapa sangka, Abang akan berkahwin dengan kawan baik Abang sendiri.

Ya. Saya juga tidak menyangka 13 tahun saya mencari cinta saya, rupanya dia ialah kawan baik saya sendiri yang terpisah lamanya.

Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini!

  • Nota #1 : Jangan couple sebelum kahwin. Tak best. :)
  • Nota #2 : Dapatkan restu ibu bapa. Insya Allah semuanya dipermudahkan. Dan ingat, yang paling utama ialah mengutamakan Allah dalam segala yang kita rancang. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan.
  • Nota #3 : Bersama kita doakan pasangan ini bahagia hingga ke syurga!

p/s : jodoh itu rahsia Allah ...^^,* pabila tiba masanya ...tak akan dilambat atau dipercepat walau seminit pun ... kadangkala mengasihi & mencintai dalam diam adalah lbh baik...dan mungkin memberi dia merasainya dengan hati... ... Ya Allah bukakan pintu hatiku hanya untuk insan yang telah Engkau takdirkan cintanya untuk menemaniku ke syurgamu... Engkau iringi jua hatinya dengan kebaikan dan kasih sayang dalam kami menggapai redha dan cinta Mu...

Cinta itu hadir tanpa sebab...ada ketika ia tak dapat diluahkan dgn kata2...

Hanya Dia yang tahu ...kenapa cinta itu ada ...dan kenapa cinta itu singgah di hati kita ...

Jangan berhenti berdoa & berharap... Allah Maha Mengetahui ...

segala cerita yang tersirat & tersurat ...buat semua hambanya...


Hanya seminit diperlukan bagi mencari insan istimewa,

Sejam bagi menghargainya,

Sehari bagi mencintainya ,

Tetapi seumur hidup untuk melupakannya ...


boleh ziarah blog asal Dr. Sarah Shukor ~ http://sarahshukor.com/ ~ interesting! ^^,*

Friday, February 24, 2012

* skt oh skt....*

sepatutnya jumaat minggu ni adalah antara jumaat yang paling best utk sy ...
dah la br kelmarin gaji ...
sepatutnya saya boleh bersenang2 hati utk keluar bersuka ria ms waktu lunch panjang harini...

malangnya jangankan kata nk bersuka ria...
nak makan tghari pun saya tak sempat ...hu3

ni semua gara2 skt & hrmis ...

hari ni adalah hari akhir skt perlu dihantar melalui hrmis ...
dah la diuji dengan hrmis yang super slow...sangat2 menguji kesabaran
kalau setakat nk siapkan skt saya je... ok lagi ...
yang jadi haru biru tu sbb melibatkan staff2 lain ...
bila saya buka je skt2 staff yang dihantar untuk semakan td...
aduiii....nak pecah kepala rasanya ...
10 skt yang ada dengan 10 ayat & bahasa yang berbeza...

12.30 membawa ke jam 3.25 selesai semakan skt2 staff...
tak sampai 5 menet... bos pulak panggil ...

"tolong saya siapkan skt hari ni blh x ustazah?"
omaiGod...seriously...
2 jam dlm bilik bos ...dengan kelajuan bos menaip setengah minit untuk satu huruf ...
menambahkan stress sy hari ni ...

penghujungnya jam 5.30 petang ...lps semua selesai baru saya sedar
ada lagu keroncong yang berkumandang dr perut saya...
kali terakhir saya makan pagi td jam 10 pagi ...
membawa la ke ptg td...
kul 7.30 baru mkn pulak
mana la tak kena gastrik kan??? hu3

Ya Allah ada masanya
rasa tak mampu untuk bahu ini pikul segalanya ....
tapi andai ini takdirMu dan ianya terbaik untukku ...
aku redha ....*ayat pasrah lps rasa meloya buat skt bos td...hu3

regards
~adeqya8284~

Thursday, February 23, 2012

* syukur ya Allah ....*

alhamdulillah ...alhamdulillah ...alhamdulillah ...^^,*
saya dah khabarkan perkhabaran gembira ni pada semua adik beradik sy...
tahu tak...
waktu saya balik keje td ...
ada 2 pucuk surat dr lembaga tabung haji atas meja kopi encik abah ...
mula2 saya ignorekan aje ...sbb nampak macam penyata tahunan simpanan je...

lepas selesai solat maghrib ...
saya keluar sembang2 dgn encik abah ...
terdetik pulak nak tengok surat dr tabung haji tu ...
bukan ape baru perasan sebab surat tu tebal...

seriously suprise!!!
alhamdulillah ...
encik abah & puan mama saya diterima untuk menunaikan haji untuk musim kali ni ...
kurang setengah jam berita ni dah sampai ke telinga semua adik beradik saya ...
alhamdulillah semuanya happy dan sangat2 syukur...
sebab dah lama kami nantikan berita ni ^^,*

sejak kelmarin ...
saya rasa tenang ...alhamdulilah
walaupun dua hari berulang ke masjid negeri untuk berbengkel ...
saya kira ia lebh baik dr suasana di pejabat yg non stop terima mcm2 kerenah client...
bengkel hari kedua kelmarin adalah semakan draft pentadbiran qaryah negeri pulau pinang ...
semakan draft yang agak mencabar minda ...
dalam 25 org peserta bengkel ...ada 3 org je perempuan ...
dan saya diletakkan dlm satu kumpulan yng semuanya lelaki ...
but seriously saya enjoy & happy sebab group saya sangat happening ...
semuanya dah pangkat ayahanda2 saya dah ...
kebetulan kump saya diketuai oleh tuan imam besar masjid negeri ....
lagi2 la best sbb ust sangat sporting ...^^,*
hi3 ...penyudahnya jd perbincangan santai walaupun masing2 punya pendapat tersendiri ...
pening juga bila berbicara dengan bahasa enakmen & akta ni ...
seb baik ramai otai ...anakanda surrender ya ...hi3 ...

alhamdulillah ...bukan kelmarin je meriah ...
kelas fiqh munakahat dengan dato' mufti pg td pun tak kurang happeningnya ...
mcm2 la cerita ceritit yang keluar kan ...
sampai dato' pun nmpak happy dengan sesi kuliah hr ni...
banyak sesi perbincangan...banyak perkongsian ...
almaklumlah...bila semua tok-tok kadi seluruh pulau pinang berkumpul...
dah sah2 la meriah dengan mcm2 cerita kan ...he3

syukur ya Allah
Engkau anugerahkan ku hari2 yang bermakna & indah
terima kasih ya Allah ...^^,*

* tetiba terfikir ...kalau encik abah & puan mama saya g haji ....saya tinggal sorang2 la kan???
hmmmmmm >_<

~regards~
adeqya8284

Tuesday, February 21, 2012

* xoxoxo *

minggu yang seriously pack ...
hari ni wahyu turun dr langit ...
keluar surat pg...dan pagi ni juga berlansungnya bengkel yang diarahkan ...
puas bersilat di pejabat td...
siapkan keje2 yang dah dirancang ...
bengkel pukul 9...saya masuk jam 12.30 tgh ...
he3 nasib la kan ...byk appointment lain yg dah diatur

ikutkan hari ni jg saya ada temujanji untuk siasatan perkahwinan luar negara...
terpaksa la cancel...hu3
esok menjejak ke pulau lagi untuk bengkel garis panduan qaryah ...
lusa saya ada kelas fiqh munakahat dengan dato' mufti & mesy dgn pen2 pendaftar...
sabo je la...kaki dah rasa nak tercabut je ni ...

ikutkan minggu depan saya ada 1 lagi kuliah fiqh munakahat di UITM pmtg pauh...
tp kali ni berbeza sikit sebab kuliahnya berkala dan akan berlansung sepanjang thn...
katanya phk jabatan mufti sediakan sijil utk peserta yang dpt beri komitmen sepanjang thn ...
menarik tu ...peluang untuk tambah ilmu terbentang dpn mata kan ...^^,*
malangnya tarikh kuliah pertama tu dh bertindih dgn mjlis tilawah Al-Quran peringkat saringan
so terpaksa la tak pergi kuliah sbb ada majlis ...
thn ni sibuk sikit ...
sebab ..SPS jadi tuan rumah untuk majlis tilawah Al-Quran peringkat zon ...
dan thn ni juga SPS tuan rumah utk majlis ihtifal sanawi ...

Ya Allah kuatkan mental dan fizikal ku ...
untuk hadapi kerja2 ni ...

amin...

regards
~adeqya8284~

Saturday, February 18, 2012

* hmmmm....*

rentetan dr gastrik yang melanda...
encik abah marah teruk pd saya sebab tak jaga makan ...
pot pet sana ...pot pet sini ...
hu3 sabo je lah ...

saya akui sejak patah kaki kali kedua saya cuba untuk control mkn & berat badan ...
ada sebabnya ...bukan saja2 nak diet ok...
since lps patah kaki ...
kaki saya akan membengkak kalau pergerakan banyak atau berat badan sy naik ...
pergerakan banyak saya tak boleh elak ...sebab saya banyak keje luar ...
so nak tak nak saya mesti control makan

tahu je lah kan ...hobi saya since sy buat keje kaunseling dan rundingcara ni...
stress je ...makan ...stress je saya akan makan ...
so saya ubah sikit diet saya dengan ambil sedikit supplement ...
untuk control selera makan waktu2 stress...
tak murah juga la untuk berbelanja ke arah tu ...
sebulan mencecah RM300+++ hanya untuk supplement ...

dua minggu pertama saya rasa ok...
masuk minggu ketiga ...jadual mkn saya di pejabat dah terganggu ...
supplement tu jadikan saya kenyang di awal pg...
so saya akan banyak abaikan minum pg di pejabat ...
pernah satu tahap ...sy mengadap client non stop...then keluar dr bilik terketar2 ...
perut je rasa kenyang ...
hakikatnya energy yang saya ada tak mencukupi utk kerja buat saya ...
kerja yang memerah otak dgn kerja fizikal tak sama ...

dan sejak tu juga saya rasakan gastrik saya mula melanda ...
harap ada jalan keluar dr masalah ini ...
makan susah ...tak makan pun susah ...

hmmm....

regards
~adeqya8284~

Thursday, February 16, 2012

* cuti kecemasan *

tak merancang pun untuk cuti hari ni...
cuti yg agak menyakitkan bila gastrik meyerang lg...
bangun tidur pg td kepala rasa terhoyong hayang ...
perut rasa mcm tak best je...
sempat bersiap utk ke pejabat dan lengkap pakai bj kurung semua ...
tp tak sempat pakai tudung ...saya dah rebah ...

hu3 ...
pening + muntah2 non stop...
makan ubat muntah...
suap semulut nasi ...then muntah ...
minum susu pun muntah ....
lunyai rasanya ...

alhamdulillah
lps mkn mlm td dah rasa makin ok ...
hope esok dpt g keje sbb hari ni 3 temujanji saya cancel ...hu3


Ya Allah permudahkan urusanku
~regards~
adeqya8284

Tuesday, February 14, 2012

* lega *

saya tak tidur semalaman gara2 memikirkan mesy pg td...
satu2nya bunga di taman larangan ...
bayangkan dr 25 org ahli mesyuarat yg terdiri drpd pengerusi2 qaryah daerah...
hanya saya seorang perempuan...

neves!!!!!!!!!!!!!!!

ambil semangat pn D.O hjh rohani ...
yang sangat cool dalam setiap meeting walaupun dikelilingi kumbang yg ramai...

seriously sangat2 lega lps mesy td...
3 jam ...yang saya rasakan mcm 30 jam
adatla kan ...mana ada pengerusi qaryah perempuan ...hu3

next....

berdebar tunggu 16hb ni ...
saya ada satu lagi bengkel dgn bahagian qaryah jheaipp...
hu3 ...pg td dah buat rayuan kat bos...minta gantikan org lain ...
tapi...

>_< .......tak boley...

harap bos boley kawtim esok...

tulunnn.....

regards
~adeqya8284~

Monday, February 13, 2012

*Festival Simfoni Mahabbah*



Seperti yang saya janjikan ...
sementara line internet pejabat ok ni kan ...so ambil kesempatan untuk promote prog jheaipp

Festival Simfoni Mahabbah ini dianjurkan sempena
Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2012 yang bertempat di
Penang International Sport Arena (PISA) pada 25/2/2012

Acara yang diadakan

Jam 9 pg :
Festival nasyid

Jam 2.30 petang:
Bicara Artis : Satu Program Talkshow yang menampilkan

Ustaz Roslan Bin Che Rus (Pejabat Agama Daerah SPS) - Moderator
Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid (KUIS) - Ahli Panel
Akhill Hayy (Artis) - Ahli Panel
Waheeda (Artis) - Ahli Panel

Jam 8.30 mlm :
Konsert Bisikan Hati yang menampilkan :

Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid
Mawi
Hijjaz

dan ramai lagi ...

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ...
bagi memeriahkan majlis & ekspo yang berlansung...

yang penting ...

masuk adalah PERCUMA

*sila klik poster untuk gambaran yang lebih jelas ...
*sedang bantu pihak jheaipp untuk promosi secara besar-besaran ...
hope big project kali ni menjadi ^^,*

regards
~adeqya8284~

Sunday, February 12, 2012

* dan apabila karat-karat itu dicuci ^^,*

alhamdulillah keadaan sedikit tenang ...
hari ni banyak masa mengadap cik lappy...
minggu ni saya tak terlibat dengan pengurusan kursus pra-perkahwinan ...
so hujung minggu yang agak membahagiakan
walaupun kelmarin penat rushing memenuhi jemputan ke dua tempat yang berbeza :)

alhamdulillah hati dah semakin tenang apabila karat-karat di hati & minda dah dicuci ...
tak malu untuk saya katakan ...
walaupun saya seorang peg. rundingcara ...
ada masanya minda saya juga perlu dibersihkan dr anasir2 yang boleh mengundang "karat"
alhamdulillah selepas dua sesi bersama kaunselor peribadi...
saya rasa saya makin kuat ...insyaAllah ...

as a human ...
semua org buat silap kan ...
bezanya ...samada kita mahu betulkan kesilapan itu ...
atau terus biarkan kesilapan itu membelenggu diri ...

tq miss liena ...
sudi spend time lps hi tea kelmarin :)
alhamdulillah ...kata-kata ina banyak bg semangat pada maria ...
mummy qari ...sorry dear belum berkesempatan nk call untuk chit chat lg...
nanti ada kesempatan kita calling2 ya ...

kadang-kadang ...
kita tak nampak cantiknya aturan takdir tuhan ...
kita banyak memaksa keadaan untuk terima kehendak hati kita ...
sedangkan kita tahu ...tiap takdir yang singgah itu semua datangnya dari Dia ...
Ya Allah betulkan hati ini dalam menerima tiap ujian yang Engkau kirimkan ...

syukur alhamdulillah ...
teguran Allah dalam bentuk ujian ini sebenarnya indah ...
sangat2 indah ...cuma ada masanya kita hilang fokus dalam mengurus ujian dengan baik ...

teringat pesanan sahabat baik saya ust don dlm mengurus ujian ini ...
kadang2 kita tak nampak apa yang Allah kirimkan disebalik ujian itu ...
mungkin lebih baik kita tak tahu daripada kita tahu ...
ujian tu tanda Allah sayang ...tanda Allah ingat kita ...

rindu untuk dengar tazkirah dan nasihat dr ust don lg ni...
insyaAllah kalau tak ada aral 25hb ni
saya akan turun padang untuk sama2 support prog jabatan dan prog bersama ust don ...
bagi yang berada di Pulau Pinang ...
anda dijemput beramai2 utk hadir ke Festival Simfoni Mahabbah
sempena Festival Nasyid dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang yang bertempat di PISA
slot ust don bermula seawal jam 2.30 petang dengan talkshow bersama akhill hayy dan waheeda
dan disambung pada sesi malamnya dengan konsert bisikan hati yang menampilkan
ust don, mawi, hijjaz dan ramai lagi ...

saya cuba utk upload poster disini tapi line internet nampak gayanya mcm tak mengizinkan ...
maybe next entry saya boleh selitkan poster festival tersebut ...
alhamdulillah ...
jheaipp makin giat dengan program2 untuk mendekatkan jabatan dgn masyarakat
sbg salah seorang ahli keluarga jheaipp ...sy wajib untuk turun padang ...
support hasil kerja kawan2 satu jabatan ...
good luck untuk team halal ...moga ekspo kali ni memberi manfaat kepada semua pengguna ...
tak lupa juga untuk team festival nasyid...
hope kali ni lebih hebat dr festival thn lepas ...
tak sabar untuk tunggu gimik festival nasyid peringkat negeri thn ni ...
^^,* all the best!

regards
~adeqya8284~

* tuhan tolong lembutkan hati dia...*

sejak dulu ...
since sy pegang amanah sbg ketua aspuri hingga kini ...
saya kira ramai yang senang berkongsi masalah suka duka kehidupan mereka dengan saya ...
alhamdulillah ...
dulu kini & selamanya sahabat2 masih letakkan kepercayaan itu pada saya ...
insyaAllah membantu selagi mampu...sebagai pendengar untuk hilangkan duka...
saya kira itu hanya jariah kecil saya ...

selepas sehari dua sibuk dengan kenduri sepupu di taiping ...
br hari ni saya b'kelapangan untuk baca & reply email2 yg masuk ke dalam inbox ...
saya nk berkongsi salah satu email yang diterima ...
maklumat peribadi pengirim dirahsiakan ...
sekadar utk perkongsian & renungan kita bersama ...

selepas baca email ni ...
terdetik rasa syukur & bertuah dalam diri ni...
walaupun saya hidup dan membesar dengan ibu tiri...
tapi saya tidaklah lalui pengalaman hidup yang pahit sebegini ...

kita sama2 doakan teman saya ini kuat untuk menghadapi liku2 perjalanan kehidupan
dan moga dia terus tabah & sabar dalam menggapai kejayaan masa hadapan ...
doa saya sentiasa ada untuk rakan2 ...insyaAllah ...

kak marie,
Kdg2 x paham jugak kenapa hidup ni mcm ni....

kenapa ada emak kandung yg suka maki hamun anak sdri....
berkira selama aku hidup ni memperabih duit2 dia....
mengeluarkan kata2 yg sakit utk didengari...


Aku rasa, nsb baik ada Allah dlm dunia ni....
hantaq aku masuk skola asrama, hantaq aku blajaq jauh2...
baru kepala hotak aku terbukak cara2 nk cakap elok2 & sopan2 dgn org lain,
cara2 jgn kecikkan hati org len, hidup jgn berkira sgt....

Kalu aku mengeluh hidup ni x adil

sbb aku terpksa taat pada emak aku & slalu kuarkan kata2 yg memedihkan telinga
tp pada masa yg sama aku terpksa menahan kata2 aku
sbb nnt aku jd anak durhaka,
xka aku ni mcm org xdak iman?
Tambahan pulak, kata2 emak slalu dimakbulkan Tuhan,
wpun yg kena maki tu aku.
Kalu aku maki blk emak aku, sure Tuhan x makbulkan kata2 aku pun.

Doakan lah aku mati dlm iman kak marie....
uban pun dah ada kt kepala ni...salah satu tanda ajal nk smpai, kan ? .. .

sedih rasanya bila baca emel ni ...
tak pernah terfikir dalam minda...
seorang ibu yang dianugerahkan Allah dengan naluri yg penuh kelembutan...
sanggup mencaci maki anak... darah dagingnya sendiri...
dengan kata2 kesat ...

"Ya Allah lembutkan hati ibu ini untuk dia terus menyayangi anaknya ...
engkau ciptakan pertalian yang indah untuk seorang ibu dan anak
maka engkau ciptakan jg hikmah terindah ...
utk sahabatku ini... dlm dia merentasi rencana takdirMu

ibu & ayah ...
kadang2 anak2mu tak pernah terlintas untuk menderhaka padamu ...
tp kadang2 ibu & ayah tak sedar ...yang derhaka anak itu
diundang sendiri oleh dirimu atas kealpaan & kerakusanmu...

Ya Allah pelihara hati sahabatku ini
dan engkau pelihara juga hati ibunya untuk mereka bersatu
di bawah lindungan kasih sayangMu

p/s: untuk renungan kita bersama

bg teman2 yang sudah bergelar ayah & ibu...
kasihi anak2mu kerana mereka adalah rahmat & amanah dari Allah buatmu
didikanmu adalah saham yang bakal jd bekalanmu kelak...
jika dambakan anak yang soleh/solehah yang boleh mendoakanmu...
didiklah mereka ...sayangi mereka ...
untuk mereka kembali kasihkan dirimu...


untuk insan yang bergelar anak ...
seburuk @ sejahat manapun kedua ibu bapa kita...
mereka tetap sebahagian drpd diri kita...
kita punya t/jawab keatas mereka dan kita adalah saham mereka di akhirat sana...
sanggupkah kita biarkan insan yang telah bersusah payah membesarkan kita hingga dewasa
terseksa hidup di dunia dan sunyi di sana tanpa doa dari kita anak2 mereka ....
tepuk dada ...tanya iman anda ...

~regards~
adeqya8284

p/s: kebelakangan ini banyak pula permintaan dr client untuk sesi rundingcara secara maya ...
dengan izin dr pihak jabatan ...
saya sedia buka peluang utk client2 brhubung dgn sy melalui emel

mariatulshima@penang.gov.my

Thursday, February 9, 2012

* istiqarah cinta *

kalau bercakap ttg soal "pilihan" ...
dengan mudahnya kita akan mencadangkan ...
buat la istiqarah ..."minta petunjuk" ...
saya tahu ia tak semudah yang disebut ...
dan tak mudah juga untuk kita membuat pilihan ...

kadang2 kita tak jangka untuk sesuatu perkara itu terjadi ...
di luar jangkaan dan diluar kotak minda kita ...
mahu atau tidak ...apabila berhadapan dengan satu situasi...
kita tetap perlu menempuhnya ...
mungkin itu adalah takdir ...ketetapan yang telah direncana...
hanya Dia yang tahu hikmah yang tersembunyi disebaliknya...

pagi tadi di pejabat ...
rasa kacau bilau sedikit minda ini ...
dalam sy sibuk melayan kerenah client sendirian hr ni ...
saya juga dicari oleh kaunselor dr ipd sentul utk satu kes ugutan...
dalam masa yang sama ...
saya jg perlu siapkan laporan baikpulih 3 surau dan sekolah agama yg dah lama tertangguh...
dan esok mahu atau tidak saya perlu ke jheaipp untuk urusan pengesahan jwtan ...
dan perlu menghantar laporan2 yg dah seminggu tertangguh

letih rasanya ...
petang tadi selepas waktu pejabat ...sy menapak jg ke sek agama al-falah ..
untuk urusan pemantauan sebelum saya siapkan laporan utk ke unit pembangunan esok
kalau difikirkan ...tak mampu untuk sy lakukan semuanya ...
apakan daya ...dlm apa jua keadaan pun saya harus siapkan juga...
dah nama pun kerja kan ...

hmmm...runsing ...
entahla ...tiba2 sehari dua ni ...rasa bersalah dengan seseorang ...
sy selalu lalui saat begini waktu sy mula mahu lupakan kenangan lama ...
kenapa tiba2 hati terusik kembali?
kenangan ...tak mampu hati ini untuk membenci rencana tuhan...
sy tak mampu untuk beri hati saya sepenuhnya kepada insan yg sdg mengharap...
dan sy juga tak mampu untuk terus berharap pd insan yg pernah ada tptnya di hati ini...

sekali fikir ...
kejamnya saya ...kasihan pada yang sdg mengharap itu...
sekali fikir ...
sy juga terseksa ...dengan hati yang tak mampu lupakan kenangan lalu...

Ya Allah ...
tunjukkan ku jalan ...
titipkan takdir yang mampu menemukan ...pemilik takhta hati kecil ini

~mood~
t.i.r.e.d

Wednesday, February 8, 2012

* alhamdulillah... its turn to 28 ^^,*

alhamdulillah...
thanks God...
its my day ...sy bertemu kembali dengan tarikh dan hari saya dilahirkan^^,*
yes.. the day is wednesday ...5.37 am ...
cerita arwah emak...sy lahir selepas azan subuh dialunkan^^,*...
mungkin sbb tu juga
waktu study dulu2...and since zaman sekolah rendah lg...
saya sgt suka dgn waktu subuh ^^,*...
sy jarang study & stay up sampai lewat tgh mlm ...
selalunya sy akan tidur dulu then akan bangun seawal jam 3@4 pagi ...
saya suka bau embun pagi ...it fresh! ^^,*

syukur ya Allah...
selepas 28 thn saya masih diberi peluang untuk bernafas di bumiMu ini ...
28 tahun yang penuh dengan cinta & anugerah dariNya ...
tak ada perkataan yang mampu saya ucapkan melainkan syukur & alhamdulillah :)
28 tahun yang penuh rencah dan warna warni kehidupan...
28 tahun yang penuh suka duka tawa tangis ...

pengalaman banyak mengajar saya dlm mencari erti sebuah kehidupan ...
suka duka ...itu anugerahnya...
keluarga & rakan2....mereka cinta hati saya ...
thanks Allah ...its a great gift to me ^^,*

umur bukan hanya sekadar angka...
dah tiba masanya untuk sy jd insan yg lebih matang & dewasa ...
perlu lebih banyak sabar & berfikir sebelum buat apa2 tindakan...
kalau nak dibandingkan diri saya dulu dan kini...
saya rasa sy dah banyak berubah ...

banyak perkara yang mempegaruhi personaliti sy kini...
dulu environment kerja saya tak terbuka ...so i just be myself with my own opinion ...
berbeza dgn persekitaran kerja saya sekarang ...
sangat terbuka dan sukar untuk dijangka ...
so kena lebih berhati-hati dan perlu bijak handle situasi....
saya kira saya kini agak "lancang" dan agak "baran"
which is saya tak suka sifat2 tu ...
saya cuba untuk kawal...tp kadangkala terlajak juga bila keadaan memaksa...
since umur dah meningkat ni ...saya akan cuba control insyaAllah...

kalau tak control...
rasanya umur tak mencecah 40 dah kena serang high attack kot...hu3

Ya Allah ...
syukur atas nikmat cinta & anugerahMu...
jadikan
sabar sebagai tunjang hidupku ...
redha sebagai pegangan hidupku ...
dan didik hati ini ...untuk terus menyayangi...semua makhluk ciptaanMu

diri ini hidup atas belas ihsan, cinta, rahmat & kasih sayangMu...
sayangi insan2 yang menyayangiku...seperti mana mereka menyayangi diri ini Ya Allah...



regards
(^^,*
adeqya8284

Tuesday, February 7, 2012

* sangat comel! *

bosannya mata tak mengantuk & tak boleh tidur...
ni semua gara2 tertidur siang td...hu3
bosan punya pasal lalu saya pun belek2lah youtube ...
lps hbs tgk siri upin & ipin ...tetiba terjumpa videoclip yg comel ni!...

he3 baru perasan ...
muka alif satar ni mirip abang sepupu saya ...abang amir...
tp abang amir mukanya serius ...muka alif satar sangat cool & happy jer
ape2 je lah kan...
yg penting saya suka lagu ni sebab catchy dan sangat comel...
*tiada kena mengena dgn lirik ya sbb saya bukan lelaki!....
he3....



layanzzzzz ^^,*

~adeqya8284~

Thursday, February 2, 2012

*gemersik kalbu!*

dalam banyak2 siri gemersik kalbu...
baru hari rasanya saya tgk secara sepenuhnya ...

ok la... best la jugak ...
sebelum ni asyik baca status kawan2 di fb je ttg drama ni ...
dulu masa 'nora elena' ramai yg gilakan seth tan ...*termasuk la saya...he3>_<
lps seth tan...minat si zikir pulak dlm 'tentang dhia'
ni musim 'gemersik kalbu' ...pakat2 terpikat pulak dgn si sufian...adoyai ...dunia2...

entahlah...

bila dinilai semula drama2 sebegini ...
ada jg kesan buruknya pd masyarakat...
saya agak terkujat bila tgk scene raihana mohon cerai pd sufian td...
agak bercanggah dgn hukum agama Islam kan ...
boleh ke seorang isteri minta cerai tanpa sebarang sbb yg mendesak?

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda :
"Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya TANPA ADA SEBARANG SEBAB

YANG MENDESAK , maka haramlah baginya ( wanita itu ) mencium bau syurga"

*Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad r
h*


jelas terang lagi nyata kan...
watak raihana boleh mngelirukan wanita2 di luar sana ...
nikah, cerai, ruju' ni bukan perkara main2 ...
walaupun hanya main tulis2 atas kertas ...adakalanya ianya boleh mengundang padah ...
mcm kes saya baru2 ni ...main tulis2 nk b'cerai dalam satu surat...
penyudahnya ...tuan hakim jemput masuk ke kamar utk dibicarakan ...
tak pasal2 je kan...hu3...

bila tgk kesungguhan sufian ...adakalanya saya kagum ...
boleh ye seorang hamba Allah
berkorban semata2 untuk seorang insan yg amat dicintainya...

saya kira saya tak mampu untuk lakukan begitu ...
berusaha segigih itu untuk mencintai insan yang tidak lansung mencintai kita...
bukan satu perkara yg mudah...
tak dinafikan ...

rasa cinta tu amat ajaib sebenarnya ...
pelik...susah untuk diungkapkan...
saya sendiri melaluinya...dan masih tertanya2...kenapa dlm ramai2 manusia ...
saya boleh ada rasa cinta dengan seorg insan ini...
bukan dengan insan2 lain yang dekat dan rapat dengan sy...

susah untuk gambarkan ...
saya akui...berlaku banyak kali kegagalan ...bila teringatkan cinta lama...
saya cuba untuk 'delete' segala memory...tp x mungkin sepenuhnya
masakan boleh kita menghalang takdir Allah kan untuk lupakan segalanya ...

sometimes single is ok...
macam yg saya lalui sekarang ...
baru2 ni ada seorang makcik tegur & berbual dgn saya ...
"ustazah dh berapa org anak?".....
jawapan saya??? ..................................???
takkan nk menipu org tua kan ...saya katakan yang benar ttg diri saya ...
apa feedback makcik tu?
"susah kan sekarang ustzah...kawin suka sama suka pun boleh bercerai berai
orang dulu kalau nk pilih menantu tanya...anak hang dah habih quran tak lg?
orang la ni kalau nak cr menantu bukan tanya soalan tu...
dia tanya ...anak hang keja apa? gaji banyak mana?
yang tu dulu la yg depa depa dok kalut tanya ...penyudahnya mcm dok ada la ..."

saya senyum mendengar celoteh makcik yang berbual dgn saya ...:)
itu realitinya ...

sama-sama kita muhasabah diri...
mahukan yang soleh kena siapkan dulu diri untuk jd seorang yg solehah...
kalau nak yang solehah ...kena siapkan diri dulu untuk jd ketua yg soleh ^^,*

bulan cinta dan kasih sayang datang lagi...
ini bermakna ...umur saya juga bakal menginjak ke angka 28 thn ni ...
tak mahu merencana soal jodoh sebagai wadah utama ...
andai benar jodoh itu telah tiba masanya ...saya akan terima dan redha dgn ketentuanNya ...
mahu fikir soal pelaburan untuk 'di sana ' nanti...
banyak lagi amal yang perlu dibaiki...
mati tak kenal usia ...tak kenal tempat kini...

Ya Allah jadikan usiaku ini ...
sesuatu yang berharga ...untuk pelaburan di sana nanti...amin....