Posts

Showing posts from 2014

*Ujian itu tanda kasih Allah*

Image
Alhamdulillah... getting better ... masa untuk serahkan kembali hati ini pada yang hakiki... *tabah* saya pujuk hati,  ujian ini tak akan terjadi tanpa izinNya... Allah letakkan ujian itu setara pada kemampuan hambaNya.. jangan bersedih  *La Tahzan! Wahai pemilik hati.. Engkau yang Maha Mengetahui tiap atas apa jua takdir yang diingini... Anugerahkan hikmah diatas setiap ketetapan yang terjadi... Berikan kebaikan diatas ujian ini... Semoga hati-hati kami bertemu dengan cinta hakiki... Cinta yang mendekatkan kami kepadaMu ya Rabbi... Terima kasih Allah atas ujian ini... Anugerahkan kami kekuatan... Anugerahkan kami ketenangan... Anugerahkan kami kebijaksanaan dalam mengendalikan setiap titipan ujian ini... bingkisan indah... bersama Ustazah Isfadiah ketika Konvensyen Kepimpinan Dakwah 2014 yang lalu *tak siapa tahu hujan di hati tika ini *tak siapa tahu gundah di hati saat ini *Terima kasih Allah ...at

Pesan Buat Diri dan “Yang Bertanya”

Hidup tak selalu indah kerana disitulah keindahan hidup. Warna-warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dijangka dan dipinta. Namun ketabahan jualah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Dunia ini sementara begitulah jua dengan ujiannya. Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu dia sentiasa mengujinya. Fahami takdir dan susunlah tadbir. Dikala tidak berdaya, ketika itulah pertolongan sudah semakin hampir. Menulislah dengan airmata dan keringat. Ketika dingin dan hangat. Kita hanya hamba. Berdamailah dengan takdir. Disitu ada ketenangan Itulah janjiNya Tuhan tidak pernah mungkir! Tinta, Hamba yang berdosa.  *PMJ*

gegar vaganza vs gegak gempita

Image
cuti sekolah datang lagiiiiiii!!!!!!! ok maka dengan itu bermula lah jadual tahunan saya dengan kanak-kanak kenit neh... selagi saya belum ambil... selagi tu juga la diaorang menceceh nak balik umah wan... dah sampai rumah wan... maka macam-macam la ragam & aktiviti yang timbul .. ni aktiviti kanak-kanak kenit malam hujung minggu baru ni  kacau opah yg tgh tgk tv  *nak tarik perhatian opah dengan pakai helmet terbalik...aduyaiiiii adoi la adik... ini ragam dia bila permintaan dia tak ditunaikan kalau serah tv dekat dia ... dah comfirm2 la kami kena mengadap kartun 24 jam... opah dengan wan nk tgk konsert gegar vaganza * makcik pun tumpang sama sebenarnya ...hi3 bila permintaan dia tak dilayan mcm tu la jdinya habis satu rumah kena kencah.. dok pujuk opah sebenarnya tu nak pergi pesta... tapi opah cuba tukar plan ajak pergi tempat lain ... hi3... ape2 je la dik oiii yang penting bahagia... ini lah rutin saya dari diaorang kecik lagi... masuk je

Edisi sakit itu datang lagi...

Sejak dua malam lepas... saya dibelenggu sakit yang agak kronik dari bahagian pinggang ke leher... sakitnya mcm period pain tapi dua kali ganda lebih sakitnya... Saya tak tahu daripada mana puncanya sakit ni... rasa mcm nak tercabut nyawa aja... semalam usai solat isya' berpeluh-peluh saya jadinya... air mata saya tumpah tanpa sedar... solat 4 rakaat amat menyeksakan... teramat la sakit saya gagahkan jua setiap pergerakan walaupun perit pg ni datang pejabat pun gagahkan diri sebab kena buat persiapan meeting untuk bos... Lately saya akui... stress saya di tempat kerja bertambah-tambah dengan kehadiran ahli baru di pejabat... saya tak tahu di mana silapnya... terlalu banyak aura negatif yang dibawa ke dalam keluarga saya di pejabat  apa yang saya boleh kongsikan di sini  bukan saya sahaja yang merasai aura negatif beliau... satu tahap dia juga beri tekanan kepada rakan-rakan sekerja yang lain dua minggu lepas ada staff lelaki yang dtg mengadu masalahnya... samp

Ya Allah permudahkan...

Image
 Sesungguhnya sesudah kesulitan, ada kemudahan ( Al-Insyirah :5) ayat azimat yang selalu saya sebut untuk pujuk hati...  satu persatu tugas & tanggungjawab yang dipikul terasa berat... Allahuakbar... ada ketika tak tertanggung bahu ini untuk memikulnya... saya kira dah kering airmata ... segala yang tinggal hanya untuk Dia... hanya untuk Dia...tempat mengadu dan memohon    Ya Allah permudahkan segala urusan kami...  tabahkan hati kami... kuatkan jiwa kami dalam mengharungi segala ujian dan mehnahMu jauhkan kami dari insan-insan keji yang mampu menggugah iman ini  terasa besar tanggungjawab berada di tempat ini ... Allahuakbar  bukan mudah bergelar Daie... terasa kerdil dengan ujian ini ...  Doakan saya ...  rega rds adeqya8284 

My Weekend :)

Image
Alhamdulillah weekend yang happening Hari Sabtu baru ni sy ada janji dengan budak2 kenit... nak bw diaorang pergi swimming di bukit merah clubhouse. see betapa excitednya diaorang ... punya nak mandi manda sampai lupa dunia ... penangan budak kenit bertiga ni habis semua org kena teman diaorang pergi mandi sekali dengan wan & opah kena ikut serta ... layankan ragam cucu-cucu kesayangan apo nak dikato.. hi3 mak jemah turutkan aje :) tgk la gelagat budak2 ni request mintak makcik amik gambaq  *kami nak lompat dlm kolam... ikut suka la anak-anak oiii  hari ahad saya bertugas di hospital... selesai saja kerja di hospital ... ada pulak acara memeriahkan longkang megalanes di prai... alhamdulillah done aktiviti untuk semua kawan-kawan pejabat... yang join 5 orang je... riuh mcm satu pejabat yg turun  hi3... alhamdulillah selesai aktiviti riadah  selesai kerja-kerja minggu ni... *layankan pic2 di megalanes ...

I love u encik abah!!!!

Image
Terpanggil untuk berjimba-jimba dengan cik belog malam ni... Hati meronta-ronta nak meluahkan apa yang terbuku di dada... Perasaan ni membuak-buak untuk menulis dari siang tadi... Apakan daya... waktu kerja yang pack dengan seaneka kerja buatkan saya lupa kejap hasrat yg terbuku di hati... Siang tadi saya kembali mengendalikan kes khidmat nasihat setelah sekian lama saya merehatkan minda... Alhamdulillah saya kira sy masih belum lupa skill rundingcara Cuma mungkin sedikit kekok dalam tutur bicara memujuk client Sekitar jam 11 pagi saya terima panggilan telefon dr seorang rakan, Beliau memaklumkan yg ibu beliau akan hadir ke pejabat untuk sesi khidmat nasihat, Alhamdulillah ... Seperti yang dijanjikan ibu rakan saya datang ke pejabat ... Beliau datang dalam keadaan yg sugul dan mata yg kemerahan... Saya biarkan beliau bercerita dan meluahkan segala isi hati yang terbuku sekian lama Alhamdulillah selepas hampir 10 minit beliau kembali tenang Ada

* New Chapter

Image
Rindu nak berblog sebenarnya... Teramat la rindu untuk menulis... Kalau dulu gigih juga keluar lepak ke cafe semata-mata untuk menulis satu entry Tapi sekarang saya tak punya masa sebegitu lagi... nak bercerita, nak mencoret... dulu blog ni lah segala-galanya... I'm so sorry cik blog... kalaulah saya mampu untuk menguruskan masa dengan baik... mesti blog ni sentiasa aktif kan... bercerita tentang masa, terlalu pantas rasanya masa sekarang berputar... saya sendiri akui kadang-kadang terlepas pandang dengan perkara-perkara penting dalam hidup, secara peribadi saya tak punya masalah bila diberi tugasan yg agak banyak sebab saya memang suka bekerja dan berfikir untuk menyelesaikan tugasan bercerita soal kerja macam-macam perkara yang timbul lately,  alhamdulillah selepas hampir 7 bulan menanggung tugas pegawai tadbir agama daerah finally bos baru datang melapor diri pertengahan bulan september yang lepas welcome to our family ustaz sayuti,  semoga kehadiran ustaz m

*eidul fitri 1435H*

Image
Alhamdulillah ... Masih ditemukan dengan Eidul Fitri untuk kali ini... masih dalam mood raya sebenarnya harini... lama kan tak menulis ... dah kekok sikit nak mengarang ... hi3 Alkisahnya raya tahun ni dlm mood berbelah bahagi saya tak sambung cuti raya... sekadar bercuti dengan cuti yg disediakan  hari raya ketiga saya dah mula bertugas masuk minggu kedua saya dah mula sibuk dengan persiapan audit thn ni lebih tough sebab sayalah auditi dan saya jugalah juruaudit dalaman  so tangan kaki semua naik atas... mana nak siapkan pejabat sendiri ... mana dengan nak pergi audit dalam lagi  stuck kejap! ok tutup cerita pasai audit... letih buat pelaporan last week pon blom abes  ni nak kena menjawab pulak.. pg tadi dah dapat emel pej saya dapat 1 NCR dan 22 OFI ... muehehehehe senak perut mak jemah nak menjawab hokay!!! ok nk belanja gambar2 reunion raya haritu... ceritanya tak plan apa2 pun segalanya datang dr idea ust don kita.. don call hari rabu ... dengan ayat s