gegar vaganza vs gegak gempita

cuti sekolah datang lagiiiiiii!!!!!!!

ok maka dengan itu bermula lah jadual tahunan saya dengan kanak-kanak kenit neh...

selagi saya belum ambil...
selagi tu juga la diaorang menceceh nak balik umah wan...

dah sampai rumah wan...

maka macam-macam la ragam & aktiviti yang timbul ..
ni aktiviti kanak-kanak kenit malam hujung minggu baru ni


 kacau opah yg tgh tgk tv 
*nak tarik perhatian opah dengan pakai helmet terbalik...aduyaiiiii

adoi la adik...
ini ragam dia bila permintaan dia tak ditunaikan
kalau serah tv dekat dia ...
dah comfirm2 la kami kena mengadap kartun 24 jam...
opah dengan wan nk tgk konsert gegar vaganza
* makcik pun tumpang sama sebenarnya ...hi3
bila permintaan dia tak dilayan mcm tu la jdinya
habis satu rumah kena kencah..
dok pujuk opah sebenarnya tu nak pergi pesta...
tapi opah cuba tukar plan ajak pergi tempat lain ... hi3...
ape2 je la dik oiii
yang penting bahagia...

ini lah rutin saya dari diaorang kecik lagi...

masuk je school holiday mesti budak-budak ni kena culik dengan saya ... hi3
alhamdulillah ini pengerat kasih sayang kami sebenarnnya...
gegak gempita macamana pun budak2 ni la penghibur keluarga...

terkenang saya pada  satu kes pagi td...

datang sepasang suami isteri yang telah nekad untuk berpisah...
bila ditanya pada persetujuan kedua-duanya
saya agak terkejut dengan keputusan si ibu...
Si ibu nekad untuk menyerahkan hak penjagaan anak-anaknya kepada suami
bila ditanya kenapa mahu serah anak-anak pada suami
beliau nyatakan beliau mahu suami bertanggungjawab ke atas nafkah anak-anak 
speechless...
selalunya si ibu akan pertahankan haknya untuk memelihara dan menjaga anak-anak
ye la  kan ibu yang melahirkan,
ibu yang menjaga
dan ibu yang tanggung jerit perit selama mengandungkan si anak selama 9 bulan..
masakan si ibu dengan mudahnya mahu melepaskan si anak kpd pihak lain...
hati saya tersentuh
terbit rasa kasihan pada anak...
apalah nasib mereka bila 'diperdagangkan' si ibu atas alasan dendam pd si suami...

sempat saya berpesan pada si ibu...

fikirkan kembali masa depan anak,
fikirkan kembali kebajikan dan perasaan anak,
tiap-tiap anak itu telah tertulis rezekinya ...
sebagai ibu kita bertanggungjawab atas segalanya tentang kebajikan anak...

moga Allah lindungi nasib anak-anak client saya td...

moga ada jalan penyelesaian terbaik ...
untuk keluarga tersebut...

menceceh ober-ober pulak mak jemah hari ni! hikhik


ok happy scholl holiday!


regards

~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...