Monday, August 25, 2008

::Didicazli::Dambaan Cinta:: Like This Song ^_^


Didicazli - Dambaan Cinta (OST Cinta Si Rempit)


Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini

Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini


Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami

Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri


Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami

Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri


Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan

Mungkin satu hari Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya


Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan

Mungkin satu hari Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Monday, August 18, 2008

::Family Day at Hujung Batu, Batu Feringhi::

Ahli mesyuarat meja...hehe

Muka happy k.nisa yg menang microwave:: Memang lucky^_^::


Maria::K.Nisa

trio::KakSu, Kak Nisa and Me ^_^

Family day 10 August at Pantai Hujung Batu, Batu Feringhi..best!..lps family day dekat pantai merdeka...ni kali kedua aku involved..ye la family day lain depa buat time exam..
best!! and sangat2 happening..walaupun thn ni tak berapa bertuah sgt..sekadar dpat hamper hehe....tp tumpang gembira coz k.nisa dpt microwave untuk lucky draw..memang LUCKY lah!!..ahaks...plan asal nk g ngan abah n ma..tp last2 g ngan mama jura...haha..
Tak join game pun sekadar bertugas....sebagai AJK pendaftaran... (kena datang awal....huhu)
Ape pun congrats BAKES, BTPNPP...4 this happening time.....
masa menulis blog ni perasaan bercampur baur...sedih, marah, risau....semua ada...tp kena senyum juga....sebab senyum tu penawar duka...
tak mau melalut lagi...Adios

Adeqya::8284::
18082008

Sunday, August 3, 2008

::*Ahlan Wasahlan Ya Syaaban*::

Pantasnya masa berjalan dah masuk bulan Syaaban...maknanya Ramadhan pun bakal menjelma tak lama lagi..rasa mcm br je sambut aidilfitri yang lepas...dah nk puasa balik...ahlan wasahlan ya Syaaban ....bulan yang dirahmati Allah....Moga syaaban kali ni lebih baik dari yang lepas...

"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tapi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah.. Kalau lah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a

.....Hidup perlu dteruskan walau ada seribu satu dugaan yang dtg melanda....

Regards::adeqya8284::
12.04 am






Friday, August 1, 2008

::Ayat-Ayat Cinta Part 3::




Finally, semalam sempat jugak habiskan novel ni...secara ringkasnya ...konflik dalam novel ni memang berlandaskan CINTA. Apa taknya ..bila 4 gadis terpikat dengan seorang pemuda dan pelbagai perkara dilakukan bagi memenangi hati si jejaka..lps baca keseluruhan novel ni 4 me gadis yang paling suci hatinya adalah Maria...bukan sebab nama kami sama ...tapi sebab terlalu mulia hatinya walaupun dlm novel ni Maria adalah penganut agama kristian...tapi setiap inci perbuatannya masih terbatas....suci hatinya lebih suci dari seorang perempuan muslimah...dan akhirnya dengan hidayah Allah Maria meninggal dengan lafaz keramat shahadah dan didalam keadaan berwudu'......




Watak-watak dalam ayat-ayat cinta:




Nurul: Gadis Jawa yang belajar di Al-Azhar dan beliau merupakan pemimpin pelajar Indonesia...gadis yang rapat dgn Fahri dan memendam rasa cintanya sehinggakan sanggup menolak lamaran lelaki2 lain..malangnya Nurul lambat meluahkan rasa cintanya pada Fahri...Walaupun kecewa akhirnya Nurul menerima lamaran teman senegaranya sebagai teman sehidup semati....




Noura: Gadis malang ini berasal dari Mesir dan telah diselamatkan oleh Fahri dari kekejaman bapanya sendiri...Malangnya ..selepas mengetahui Fahri telah berkahwin, Noura bertindak dengan membuat fitnah yang dirinya telah diperkosa oleh Fahri...sehingga mengheret Fahri ke dalam penjara...akhirnya Noura mengaku yang tindakan tersebut adalah semata-mata untuk membalas dendam apabila dia merasakan cintanya tidak dibalas oleh Fahri...




Aisha: Secantik namanya, gadis yang berjaya memiliki hati Fahri ini mewarisi harta kekayaan keluarganya yang berasal dari Turki...perkahwinannya dengan Fahri berlaku dalam waktu yang terlalu singkat walaupun mereka pernah saling mengenali antara satu sama lain...Ungkapan cinta Aisha buat Fahri dialunkan menerusi bait-bait puisi indah dari Fatin Hamama....Aisha juga adalah isteri yang taat dan setia walaupun Fahri telah diheret ke penjara atas kesalahan memperkosa Noura...Kasih sayang Aisha juga diuji apabila beliau sanggup bermadu dgn Maria yang memerlukan semngat cinta dari Fahri untuk meneruskan hidup...




Maria : Gadis kristian yang tinggal berjiran dengan Fahri...dalam diam Maria membenihkan rasa cintanya terhadap Fahri walaupun mereka berlainan agama...Gadis ini terlalu istimewa kerana walaupun bukan seorang muslimah beliau fasih menghafal surah Maryam yang dikaguminya...Selepas mengetahui Fahri telah berkahwin..Maria hilang arah tuju hidup dan akhirnya jatuh sakit...bagi Maria hidupnya tidak bermakna tanpa cinta Fahri..namun cintanya itu terbalas sebelum kepergiaannya mengadap Ilahi apabila Fahri menikahinya dengan persetujuan Aisha.....Maria menghembuskan nafas terkahir selepas sempat berwuhu' dan mengucap kalimah syahadah.....Maha suci Allah...dengan hidayahNya ...segalanya mampu terjadi walaupun dihujung nyawa....




Fahri: Jejaka Indonesia yang digilai 4 perempuan yang dikaguminya..namun Aisha merupakan gadis pertama yang memberanikan diri melafazkan cinta kepadanya ...Budi pekerti yang tinggi serta sifat cintakan ilmu yang dimilikinya telah menambat hati gadis-gadis lain untuk mendampinginya...Fahri yang berjiran dengan keluarga Maria amat kagum dengan keluarga Kristian itu kerana walaupun berlaian anutan mereka tetap berbuat baik keatas jiran tetangga....Fahri terjerat dengan cinta2 dari 4 gadis yang selalu menjadi teman baiknya ..namun Fahri bersikap setia selepas melafazkan akad keatas Aisha...namun beliau tidak mampu menolak cinta Maria..kerana cintanya terlalu dalam dan mendapat restu dari Aisha...






panjangnya coretan hari ni......tapi inilah namanya satu kepuasan....bila kita betul2 menghayati satu-satu karya..rasanya tak rugi miliki novel ni sebab terlalu banyak ilmu di dalamnya.....bila selesai baca novel ni...aku bangga..sebab....Maria dalam novel ni tertalu suci dan tulus hatinya...

Dulu pernah timbul perasaan cemburu dalam hati bila kutahu nama Maria tiada maksud..tetapi hari ini aku kagum dengan semangat Maria dalam novel ni...bukan hanya kerana nama ..Maria didalam novel ini dilahirkan kristian namun masih mampu mencari kunci bagi pintu2 syurga yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran...ya Allah sisipkan sedikit semangat CINTA Maria buat diriku...kerana biarlah lafaz terakhir yang keluar dari mulutku nanti adalah keramat syahadahMu...........




Regards::adeqya8284::