::Ayat-Ayat Cinta Part 3::




Finally, semalam sempat jugak habiskan novel ni...secara ringkasnya ...konflik dalam novel ni memang berlandaskan CINTA. Apa taknya ..bila 4 gadis terpikat dengan seorang pemuda dan pelbagai perkara dilakukan bagi memenangi hati si jejaka..lps baca keseluruhan novel ni 4 me gadis yang paling suci hatinya adalah Maria...bukan sebab nama kami sama ...tapi sebab terlalu mulia hatinya walaupun dlm novel ni Maria adalah penganut agama kristian...tapi setiap inci perbuatannya masih terbatas....suci hatinya lebih suci dari seorang perempuan muslimah...dan akhirnya dengan hidayah Allah Maria meninggal dengan lafaz keramat shahadah dan didalam keadaan berwudu'......




Watak-watak dalam ayat-ayat cinta:




Nurul: Gadis Jawa yang belajar di Al-Azhar dan beliau merupakan pemimpin pelajar Indonesia...gadis yang rapat dgn Fahri dan memendam rasa cintanya sehinggakan sanggup menolak lamaran lelaki2 lain..malangnya Nurul lambat meluahkan rasa cintanya pada Fahri...Walaupun kecewa akhirnya Nurul menerima lamaran teman senegaranya sebagai teman sehidup semati....




Noura: Gadis malang ini berasal dari Mesir dan telah diselamatkan oleh Fahri dari kekejaman bapanya sendiri...Malangnya ..selepas mengetahui Fahri telah berkahwin, Noura bertindak dengan membuat fitnah yang dirinya telah diperkosa oleh Fahri...sehingga mengheret Fahri ke dalam penjara...akhirnya Noura mengaku yang tindakan tersebut adalah semata-mata untuk membalas dendam apabila dia merasakan cintanya tidak dibalas oleh Fahri...




Aisha: Secantik namanya, gadis yang berjaya memiliki hati Fahri ini mewarisi harta kekayaan keluarganya yang berasal dari Turki...perkahwinannya dengan Fahri berlaku dalam waktu yang terlalu singkat walaupun mereka pernah saling mengenali antara satu sama lain...Ungkapan cinta Aisha buat Fahri dialunkan menerusi bait-bait puisi indah dari Fatin Hamama....Aisha juga adalah isteri yang taat dan setia walaupun Fahri telah diheret ke penjara atas kesalahan memperkosa Noura...Kasih sayang Aisha juga diuji apabila beliau sanggup bermadu dgn Maria yang memerlukan semngat cinta dari Fahri untuk meneruskan hidup...




Maria : Gadis kristian yang tinggal berjiran dengan Fahri...dalam diam Maria membenihkan rasa cintanya terhadap Fahri walaupun mereka berlainan agama...Gadis ini terlalu istimewa kerana walaupun bukan seorang muslimah beliau fasih menghafal surah Maryam yang dikaguminya...Selepas mengetahui Fahri telah berkahwin..Maria hilang arah tuju hidup dan akhirnya jatuh sakit...bagi Maria hidupnya tidak bermakna tanpa cinta Fahri..namun cintanya itu terbalas sebelum kepergiaannya mengadap Ilahi apabila Fahri menikahinya dengan persetujuan Aisha.....Maria menghembuskan nafas terkahir selepas sempat berwuhu' dan mengucap kalimah syahadah.....Maha suci Allah...dengan hidayahNya ...segalanya mampu terjadi walaupun dihujung nyawa....




Fahri: Jejaka Indonesia yang digilai 4 perempuan yang dikaguminya..namun Aisha merupakan gadis pertama yang memberanikan diri melafazkan cinta kepadanya ...Budi pekerti yang tinggi serta sifat cintakan ilmu yang dimilikinya telah menambat hati gadis-gadis lain untuk mendampinginya...Fahri yang berjiran dengan keluarga Maria amat kagum dengan keluarga Kristian itu kerana walaupun berlaian anutan mereka tetap berbuat baik keatas jiran tetangga....Fahri terjerat dengan cinta2 dari 4 gadis yang selalu menjadi teman baiknya ..namun Fahri bersikap setia selepas melafazkan akad keatas Aisha...namun beliau tidak mampu menolak cinta Maria..kerana cintanya terlalu dalam dan mendapat restu dari Aisha...






panjangnya coretan hari ni......tapi inilah namanya satu kepuasan....bila kita betul2 menghayati satu-satu karya..rasanya tak rugi miliki novel ni sebab terlalu banyak ilmu di dalamnya.....bila selesai baca novel ni...aku bangga..sebab....Maria dalam novel ni tertalu suci dan tulus hatinya...

Dulu pernah timbul perasaan cemburu dalam hati bila kutahu nama Maria tiada maksud..tetapi hari ini aku kagum dengan semangat Maria dalam novel ni...bukan hanya kerana nama ..Maria didalam novel ini dilahirkan kristian namun masih mampu mencari kunci bagi pintu2 syurga yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran...ya Allah sisipkan sedikit semangat CINTA Maria buat diriku...kerana biarlah lafaz terakhir yang keluar dari mulutku nanti adalah keramat syahadahMu...........




Regards::adeqya8284::



Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::