Monday, April 27, 2009

::Aku Hanya Hamba::

Assalamu'alaikum wrh...Kisah insan mulia....

Kekasih Allah dalam menjalani kehidupan sehariannya...

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah akan menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.


Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) 'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? " Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah.. . mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak." Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya.

Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah. Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya

Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.""





Thursday, April 23, 2009

::Maaf ya...::

Salam,
maaf buat kawan2 semua...
sy nak balas mesej semua kwn2 ..
tp malangnya kesihatan mata saya tak mengizinkan...
ptg td masa chek mata ..saya dtegur..
mata saya terlalu letih...so hopefully takde yang berkecil hati..
i.Allah lepas ni lepas mata saya ok..sy akan follow balik ya...

Sorry guys....

regards::adeqya8284::


Wednesday, April 22, 2009

::Alhamdulillah.......Terima kasih Tuhan...::

Alhamdulillah.......
itu ungkapan yang selayaknya saya lafazkan saat ini....
perjuangan pena sy untuk semester ni akhirnya smpai ke penghujungnya...
thank you Dr George...walaupun soalannya susah...
budi dan tunjuk ajar Dr tak akan kami lupakan...

Selepas lama tak menonton tv..mlm ni sy mula mengadakan operasi menonton semula...
hehe..untuk menghiburkan hati..paling happy tgk gelagat kamera "Angelina" dlm diari
cute sangat....kalau la kamera tu betul2 wujud mesti comel kan..

Kebetulan...mlm ni jugak ada slot motivasi faveret saya..Anjakan Paradigma
sebuah rancangan yang dihoskan oleh Dr Fadhilah Kamsah..
hmm...memang kena dgn situasi sy sdg tanggung sekarang...
"Pemaaf , Memaafkan"
tetamu undangan Dr mlm ni Abby Abadi...
Abby nampak tenang walaupun kdg2 wajahnya tak dapat menutup resah dwajahnya...
alhamdulillah sedikit sebanyak..pintu hati saya dah terbuka...
dan harapnya ia akan lebih terbuka luas untuk saya memaafkan sesiapa sahaja ddunia ini..
antara ayat yang menyentuh hati saya
"Siapa kita yang tidak boleh memaafkan insan lain, sedangkan kita sendiri sentiasa melakukan kesilapan. Kita selalu mengharapkan keampunan Tuhan tetapi kita sendiri jarang membuka hati utk memaafkan kesalahan2 org lain. Jangan harapkan keampunan Tuhan andai diri tak pernah memaafkan org lain"

so di sini....saya dengan hati terbuka telah memaafkan insan2 dsekeliling saya...dan saya juga mengharapkan kemaafan insan2 lain andai ada kekhilafan yang wujud dari kelemahan diri saya...
hidup perlukan pembaharuan...dan perlu sentiasa belajar...belajar tidak semestinya menghadiri sesi khas di dalam kelas, tetapi belajar yang sebenar adalah baiki tingkat kemajuan diri dari pengalaman masa lampau...

dah mcm pakar motivasi lak...hehe..ok la sy kena rehat untuk mulakan tugas esok...

regards ::adeqya8284::



Monday, April 20, 2009

::Hampir ke situ...::

Entry kali ni dah macam tajuk lagu mendua lak... dalam crite duyung....
hampir ke mana???....perjuangan sy sudah hampir smpai ke penghujungnya...
hari ni selesai sudah paper yang ketujuh.... JRW 348 peruncitan...
alhamdulillah...nk kata ok tu..tak la sangat ...
yang pasti sy rasa setiap soalan yang dberi sy ada sertakan jawapan..
to En Bad..thanks a lot 4 the tips...
esok paper akhir english JUE 200 ...Dr George i will try my best...
Dalam meniti waktu2 "memerdekakan" diri ni ade je manusia yg tlg rosakkan mood sy...
sy susah utk marah org..tp dah namanya manusia...
tak banyak sikit pasti ada perasaan amarah tu....
biarla amarah ni reda dulu...
dalam otak berkecamuk td..terlintas nk buka blog ni...tiba2 terbaca entry dr blog sis dina
Takziah ye akak....
moga akak terus tabah hadapi segala ujian tuhan....
setiap ujian itu pasti ada hikmahnya...
hanya Dia yang mengetahui sesuatu yg terbaik utk hambaNya...

ok la malas nk melalut.....hope everything will be fine tomorrow...
nak lelapkan mata ni kejap...
sebelum smbung study utk paper Dr George esok...

::regards::adeqya8284::

Tuesday, April 7, 2009

:::Kringgggggggggggggggggg................:::::

Bunyi apakah itu?
loceng rehat?loceng balik sekolah?....hehe...no...no
the answer is loceng kecemasan di blok H13 tingkat 8....
Alkisah...semalam dapat jer bantal saya terus tidur lena....
agaknya sebab letih angkat brg ms siang hrnya..heehee..alasan...

tetibe je..jam 4 pg....terdengar satu deringan yg amat panjang dan kuat.......
Kringgggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg..........
yang pasti itu bukan bunyi hp saya...
saya terjaga dan tercari2...mcam bunyi loceng kecemasan kebakaran...
KEBAKARAN????
mula2 mcm mamai jugak..tp saya beranikan diri buka pintu bilik jenguk keluar...
takde org..biar betul!
saya sorang je ke yg dengar...
saya tgk roomate saya sedang lena diulit mimpi...
aduss....ketakutan mula melanda....
sy kejutkan roomate saya....

saya tanya: "akak dgr tak bunyi loceng kecemasan tu?"
roomate saya jawab: "a'ah loceng kebakaran la..." pastu dia tido balik...aiyork!!....

saya pun bangun sekali lagi....buka pintu tunggu kat luar bilik....
lepas 2 minit masih takde yang keluar.....

saya buntu.....akhirnya saya ambil satu keputusan.....
saya tutup pintu bilik....tarik selimut..
ambil bantal peluk saya and tutup telinga....

hehehee....

Alhamdulillah pg td takde yang rentung...
*kalau rentung cmner nk menaip dlm blog ni kan..
hehehe...
pagi tadi dlm toilet..jiran2 bilik saya menyapa....
"ade dgr bunyi loceng kebakaran tak?"
Saya dn roomate ghenyih jer.....and saya jawab
"dgr kak..tp saya bangun takde sapa pun keluar bilik"
hehee...riuh sebentar toilet pg td...masing2 kata
teruk betul kan kita2 ni...kalau terbakar betul2 mau naya semua...hehe....

moral of the story::Jangan abaikan bunyi loceng kecemasan yang tak best tu....
untuk keselamatan jiwa dan raga anda....

*saje post entry nak bg ilang ngantuk mengadap buku BM....hehe

regards::adeqya8284::



Monday, April 6, 2009

::Kembali ke Kampus::

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...
yang tak lancarnye..darah dalam urat2 badan saya ni...
Naik semput jugak mengangkat barang ke tingkat lapan hostel nih...
Ape pun syukur la..sebab tak yah ngadap jammed dekat briged hari2...
Next step....
nak rehat jap sebelum buka buku balik....=)


*sangat best sebab bilik nih ade wireless...
yg tak bestnyer...tak tahu sempat ke tidak utk update blog nih....hehehe

regards::adeqya8284::

Sunday, April 5, 2009

:::KeZutaNnnn:::

Konsert ke 4 AF7,
2 org pelajar lagi tersingkir..Zizi dan Rubisa..
Hmm ..ada sedikit kemusykilan sedikit di sini atas penyingkiran Zizi...
rasanya dia konsisten...tp apakan daya rezeki tak memihak kpdnya...
Tentang Rubisa rasanya dia perlu dkeluarkan..
sebabnya walaupun persembahannya bagus..

dalam akademi dia tak byk beri tumpuan..
asyik nangis terkenangkan anaknya je...

so better dia tumpukan perhatian pd anaknya kan...
ape pun ..dah lumrah rancangan realiti..pasti ada yg tersingkir...
best performance? sy bg pd Akem, Aril,Isma dan Hafiz....=)
tp terkezut jgk ..bila lps konsert kedudukan pelajar ketara sangat..
Sidi berada d kedudukan teratas..dgn 36%
Ape dah jadi.....????


*Lepas hampir 5 minggu menonton AF musim ketujuh ni..saya baru perasan...
Senyuman Akem mirip senyuman seseorang ...
hehe..siapa dia??? biarlah rahsia...

regards::adeqya8284:::

Saturday, April 4, 2009

::Tag From Kak Muni::


Hopefully it will make u happy Sis....=)

Upload yg anda gemari dan jawab soklan dibawah;





Kenapa anda suke gambar ini?

Istimewanya gambar ni..ini adalah kad besday saya tahun lepas dari seorang teman yang bernama Fatin Nadzirah...=)..it was so cute n this card betul2 menggambarkan friendship kami..
i love it!

Bila kali terakhir mkn pizza?

minggu lepas.....baru sgt lagi..=)

Lagu terakhir yg anda dengar?

Terlanjur Cinta::Rossa feat Pansha (ungu)..alahai best bangat lagu ni....
*sape nak lagu ni bg email..nanti sy send..hehee...

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?

tgk ulangan konsert AF7 minggu ketiga...minggu lepas tak sempat tgk sebab tertido..hehe cumelnye Akim nyanyi lagu Allahyarham Sudir...

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

Banyak nama panggilan yang sy suka and most of it digunapakai hehe....

Ya@adeqya:Nama manja dalam family..ngeh..ngeh....=)
Maria:Nama panggilan teman2 rapat and family...
Kak Marie:Nama ni cetusan seorang junior yang bernama Sukainah...(sy tak akan lupakan peel pelik budak ni hehe)...dan nama ni selalu jd panggilan kwn2 lelaki d SMKA dulu..
Shima:Nama ni jarang digunapakai..seingat saya hanya 3 org yang menggunakannya....iaitu..Ustaz Johari waktu di SMKA, Ustaz Aziz waktu di KUSZA dan sekarang Ketua Penolong Pengarah sy En Suhaimi pulak yg panggil sy dgn nama ni...
Makcik:Panggilan ni dah tentunya dari tentera2 kecil kesayangan saya...=)

Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!

1.Kak Dina
2. Haslina
3. Faiz
4. Eimah
5. Nabihah
6. Fahmi

Siapa no 1 pada anda;

Rakan Blog yang selalu bagi komen yang membina...thanks Kak Dina...=)

Org no 3 ada hubungan dgn sape?

Hubungan??hehe dah tentulah dengan tunangnya...adik angkat saya ni dah berpunya...
istimewanya dia..pandai tulis khat..cantik sangat tulisannya...

Kata sesuatu berkenaan org no 5;

Slumber, sempoi dan amat comel sekali....=)

Bagaimana dgn org no 4?

Classmate PERINTIS yang amat peramah..dah jadi isteri org pun...=) miss u Imah...

Siapa org no 2?

Teman baik saya sejak zaman sekolah lagi...she's very special...
rasanya teman sy ni single lagi..*promote ina sikit..hehe..
sape2 yg bekenan boleh hantar application form..=)

Bagi pesanan pd org no 6;

Adik bila nak balik Malaysia???..akak tunggu kenduri ko..=)

::I'm back!!::

I'm back!!selepas lama tak berblog...
sy kembali utk memeriahkan laman maya ni...
dalam tempoh saya menyepi ...mcm2 terjadi...
Adatkan..hidup kita pasti ada masanya dilambung gelora ...
Ibarat putaran roda..kdg2 kita di atas, dan kdg2 kita dbawah....
Walau ape pun yg jadi...now i know...Allah still love me..
Alhamdulillah...semuanya makin tenang..thanks God..


Angah..thanks sudi pinjamkan bahu tatkala ya perlukannnya....
Atan...sorry..kakak dah buat apa yg termampu tp mungkin tak ada rezeki dsitu...
I.Allah..moga2 ada sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita rancangkan...
Abang..i'm sorry ...i just need my brother back...
kalau arwah mak masih ada.. mesti dia akan sedih dgn keadaan ni...

Abah & mama..ya mohon ampun dan maaf..atas ape saja yg dah jadi...
i just want my family back...

To all bloggers ....
thanks 4 this special friendship..
doakan saya dpermudahkan untuk exam kali ni....
mohon maaf kalau ada entry yang mengguris hati...


singgah sekejap untuk meringankan minda...
regards::adeqya8284::