Tuesday, September 16, 2008

::Ciri-ciri Ibu Sejati::




Ibu... ibu...
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu... ibu...
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu... ibu...
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu....

Pernah dengar bait bait lagu di atas? Lagu ini telah dinyanyikan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dikarang sekitar tahun 1953.
Kita sering mendengar lagu ini tiap kali datangnya Hari Ibu pada setiap tahun. Usaha seorang ibu membesarkan anak daripada tapak kakinya sebesar dua jari sehingga anak menginjak dewasa tidak terbalas jasanya. Alangkah bertuah si ibu apabila anak yang berjaya tidak pernah meminggirkan ibunya. Lebih bertuah lagi, jika si anak itu bukan saja menjadi anak berjasa kepada orang tua bahkan kepada bangsa dan agama.


Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi. Dengan kasih sayang inilah yang membuatkan seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi seorang ibu yang baik. Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, berikut adalah antara ciri-ciri yang lazimnya ada pada ibu-ibu yang memiliki sifat keibuan sejati

1. Kasih sayangnya menyerlah

Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi juga didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya. Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat. Anak itu milik Allah, amanah yang dipinjamkan kepada kita maka sewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

2. Prihatin dan ambil berat

Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan ambil tahu tentang diri anaknya. 'Ibu saya sampai sekarang, bila jumpa dia akan tanya, kamu dah solat ke belum,' kata Hj. Mohd Hanim Mohd Tahir, seorang pakar motivasi.

3. Halus perasaan

Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar 'bahasa badan' anaknya. Ibu juga dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak beritahu.

4. Suka beri nasihat

Sifat seorang ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anak-anaknya. Dalam kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu terhadap anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan. Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.

5. Sangat sabar dan berlapang dada

Daripada wajah seorang ibu, sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan. 'Mak saya bila anak-anaknya datang, dia layan semuanya dengan wajah dan senyum yang manis,' cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusia akhir 70-an. 'Tak pernah dia tunjuk rasa tak senang atau marah. Walhal bukan tidak ada antara kami yang pernah mengecilkan hatinya. Bagi saya, itulah ibu sejati.'

6. Lembut tapi tegas

Wataknya 'adjustable' . Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.

7. Suka meraikan

Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak. Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. . Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.

8. Tidak pilih kasih

Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain terhadap anak-anak sendiri, sifat menyama-ratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak orang lain. 'Anak orang lain macam anak dia juga,' ungkap seorang kawan ketika bercerita tentang seorang makcik yang pernah ditemuinya. Menerusi kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru, atau membentuk 'anak-anak' di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.

Hadis pilihan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, 'Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian

1. Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


2. Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.

3. Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.


4. Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya, 'Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.' (Riwayat Abu Daud & Hakim) Hadith Nabi s.a.w.: Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim. ' Hadith riwayat al-Tirmizi

Monday, September 15, 2008

::My Sweet Ramadhan ::

Tiba2 je....memori terimbau...
awal Ramadhan ini aku mengharapkan sesuatu yang indah berlaku...
alhamdulillah..benar2 berlaku...memori terindah ..
kenangan zaman sekolah dulu tiba2 terbayang di depan mata...so sweett..
masa kecik2..SKSB..1 Melur, 2Melur, 3 Melur
Darjah 4 dah pandai sket...hehe 4 Anggerik, 5 Anggerik, 6 Anggerik..pastu tgh thn msk kelas top..
hehe top ke..msk le kejap kelas 6 cemerlang...
Pastu masuk SMKA...time ni dah jd sederhana je..sbb main2 byk...hehe
Best la teringat zaman noty sekolah rendah dulu...
guys...kenangan tu akan kekal terpatri dlm ingatan ni...
ms tu kwn ngan sape erk...team netball
comel::neija::salmi::noraini::erni::...masa ni x berapa close dgn fatin, ila n ada sebab diaorg budak baek.....hehehe
yg boys kaki pengacau pun ramai....
akmal::azrul ( we call him mail piat) hehe::udin...mamat ni ada jumpa thn lps..
tak berubah..hehe
Guys apepun...kenangan dgn korang takkan dilupa....
Tiba2 Ramadhan kali ni jd manis....
semanis kenangan bersama kalian.....

Tetibe jd minah syahdu syahdan hehe
adeqya::8284::



Saturday, September 13, 2008

::Tiada Yang Sempurna...::

Saturday::13Sept08 asalnya mcm boring je hari ni....tp last2 best jugak ...hehe...tiba2 je mama request nk makan spagheti utk berbuka td...terkejut..sebab x plan pun..sekadar tolong abah masak lauk pauk utk bersahur nanti...lps check2 stok..spagheti dh hbs..tp bg memenuhi selera mama aku buatkan jugak mama makaroni...(hehehe...adik-beradik spagheti jugak kan).Masa masak makaroni tu teringat Ina...hehe..mcmana u buat spagheti kt hostel erk...mesti best kan...bila dfikir2kan balik...mak tiri dulu2 garang kan..hehe..sekarang dah lain kan...mak tiri pun mcm kwn2 yg penting kita kena positif dgn ape je yg kita hadapi...this week..jiwa agak kacau..huhu..tp harap2 everything will be fine...dsebabkan satu dua benda aku x boleh handle jiwa ni....thanks fatin...lps ckp dgn U td..rasa ok sikit...n mlm ni harap dapat siapkan sikit tugasan2 yg kena hantar sebelum raya..Td lps berbuka sempat dgr ceramah motivasi dr Dr. Fadzilah Kamsah..best tajuknya..Tiada Yang Sempurna..betul..kalau semua sempurna..kita x mengharap pada Allah..sesungguhnya kita hanya insan yg kerdil dan perlu sedar siapa kita sebenarnya....td mcm ada byk je yg nk tulis...tetiba je idea hilang hehe..ok la..nk sambung buat ass...^_^

Adeqya::8284

Tuesday, September 9, 2008

::Have a Nice Day ^_^::

MyCuteGraphics.com - Cute Glitter Graphics
Always remember to forget
The things that made you sad
But never forget to remember
The things that made you glad.
Always remember to forget
the troubles that have passed away.
But never forget
to remember the blessings that come each day.
adeqya::8284

Sunday, September 7, 2008

::I Got The Message::


Alhamdulillah...rasanya lps beberapa lama menunggu dan tertanya2 ...rasanya semalam i got the signal...Thanks God...sekurang2nya aku redha dan tak tersepit lagi dengan perasaan tu..awal pg td..sambil santai2 buat keberapa kalinya ntah...aku tgk criter Laila Isabella..cerita tu sempoi..komedi ringan tp sarat dgn mesej.."Hidup Perlu Berani Terima Kenyataan" yes...itu yang perlu aku pegang..apa jua yang terjadi pasti ada hikmahnya..hidup ini penuh dengan rahsia Tuhan..Apa pun yg terjadi..aku perlu teruskan hidup....jadi diri sendiri...coz..setiap manusia ada kelebihanya...^_^

adeqya::8284::

Saturday, September 6, 2008

::Balada Seorang Gadis Kecil::

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa kekejaman manusia
Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti munir
Akan menjadi korban
Peperangan.......

Pengalaman Masuk Studio

::me::k.nisa::k.su::k.ina::k.wati


This week betul2 pack sampai tak sedar dh masuk 5 hari berpuasa..Balada Seorang Gadis Kecil, lagu ni la yg akan kami nyanyikan depan pengarah next week..harap2 semuanya ok..gambar di atas...hehe..sesi melepaskan penat dlm studio lepas kami rakam suara utk backup persembahan isnin nanti...penat giler...patut la artis2 berehat masa bulan puasa...suara pun cm nk tak nk keluar je..susah erk rupanya nk rakam lagu ni..kena panaskan suara la...cari key yg sesuai la..dah rasa mcm masuk AF lak hehe...sesekali fikir bulan puasa lak kene buat keje2 camni..confius jugak mula2 tu...tp nk buat mcmana dah tugas...(sebab arahan big bos) so..kena positif la...to k.nisa,k.jura,k.wati,k.su,k.ina n penyanyi2 lelaki yg lain..good luck utk persembahan isnin ni..harap kita dapat buat yang terbaekkk.....
::adeqya8284:;