Monday, December 31, 2012

berlabuhnya tirai 2012

esok sehari lagi kita akan berada dalam tahun 2012 ...
insyaAllah andai dipanjangkan umur oleh Allah
makin bertambah umur kita ...
makin singkat perjalanan hidup di dunia ...

terima kasih Allah atas anugerah 28 tahun kehidupan di muka bumi ni...
seperti tahun-tahun terdahulu ...
tahun ini juga punya momen istimewa buat diri saya ...
one of the best momen...
majlis meraikan bff  merangkap ustaz selebriti kesayangan ramai ...
@ mini gathering batch 97-01 SMKANT
walaupun majlis tu jauh nun di bangi sana
alhamdulillah ramai juga yang datang memeriahkan majlis ...
don & husna ...
kami sentiasa doakan kebahagiaan kalian ...
selamat bercinta hingga ke syurga bro ^^,*


okt- nov 2012 jg adalah antara waktu2 indah dalam hidup sy
bilamana abah & mama telah dijemput sebagai tetamu Allah ...
Alhamdulillah syukur Ya Allah ...
indahnya takdirMu buat abah & mama
selepas beberapa ujian & rintangan yang menyapa setahun dua ni
tahun ini adalah rezeki & rahmat buat abah & mama
and I wish ...
saya juga mengimpikan perkara yang sama
mahu jadi tetamu Allah satu hari nanti ...


di penghujung 2012 ini juga saya terima satu perkhabaran gembira 
my bff 
fatin & husband dah dapat transfer balik ke penang ...
dan alhamdulillah specific location untuk my bff ni adalah SPS
syukur my friend is back ...^^,* 
gumbira rasa hati bila makin ramai kembali ke penang 

2012 banyak mencoretkan suka duka dalam kerjaya saya ...
banyak pengalaman yang saya timba...
dari pengalaman turun site ke pemindahan tapak perkuburan 
sehinggalah pengalaman mengutip sisa tulang mayat yang dibakar...
Alhamdulillah 2012 juga adalah satu sejarah juga dalam diri saya 
bilamana jabatan kami telah berjaya 
mendapat pengiktirafan dari pihak SIRIM 
untuk persijilan Syariah Compliance ...
nice experience walaupun ianya menuntut pengorbanan yang besar ...

tentang diri 
saya kira tak banyak perkara yang berubah 
untuk 2013, 
saya masih berkira-kira 
untuk memilih universiti yang mahu menerima saya 
utk pengajian di peringkat sarjana 
insyaAllah doakan segalanya berjalan lancar :) 

tentang kehidupan ...
saya akan terus berdoa ...
untuk minta Allah bukakan hati saya menerima insan lain selain 'dia'
adakala rasa mahu rebah ...
dan adakala jg saya selalu menyalahkan diri sendiri 
bila berbicara soal hati
"mencintai itu tak bermaksud kita memiliki" ...
itu ayat yang saya selalu ungkapkan bila mahu memujuk hati...
saya masih mampu bertahan andai tak bertemu 4 mata dengan 'dia' 
yang lemahnya kalau ada satu pertemuan... Allahuakbar
tak mampu untuk kaki ini berdiri rasanya ...

Ya Allah titipkan sesuatu yang baik untukku dan dirinya ...
bahagiakan diriku dan Engkau bahagiakan dirinya ...
hapuskan rasa cinta ini ...
seandainya diri ini bukan miliknya ...
Ya Allah bahagiakan kami pada jalan yang Engkau redhai...
kerana hanya doa yang mampu ku titipkan untuknya
Ya Allah tak mampu untuk pegang hatinya untuk jadi milikku ...
cuma satu yang kupinta ...
titipkan segala kebaikan untuk dirinya ...
kerana dia pernah menjadi sahabat baikku walau seketika cuma ...

penat menjawab soalan keluarga tahun ni ...
paling penat bila menjawab soalan tentera2 kenit saya ...
dulu2 hanya usik2 ..."bila makcik nak kawin? 
sekarang dah pandai guna ayat bunga-bunga...
"makcik... adik teringin la nak ada pakcik"... ha3 adoyai
sometimes their words make me smile ...
tapi kadangkala hati ni kalah juga ...

entahlah... 
moga 2013 lebih baik untuk saya ...
mencari cinta insan...
syaratNya saya perlu dekat untuk mencintai Dia...
doakan saya kuat untuk menempuh segala ujianNya 
saya yakin dengan ketetapanNya ...
Ya Allah lindungiku dari fitnah duniawi...
dan Engkau lindungi juga seluruh ahli keluargaku 
dari sebarang bencana mahupun musibah yg merbahaya ...
murahkan rezeki kami ...
dan Engkau jadikan kami sebahagian daripada hamba2Mu 
yang soleh dan solehah 
amin ...

* terlajak panjang coretan mlm ni 
nak buang perkara-perkara yang negatif dalam minda 
mahu mencari perkara positif dalam tiap ciptaanNya di muka bumi ini ...
amin....

regards
~adeqya8284~

Saturday, December 22, 2012

* alahai cik squirrell *

penghulu segala hari yang agak ribut minggu ni ...
ribut hanya kerana seekor haiwan comel yang bernama cik squirrel

alkisahnya minggu ni kak zah bercuti ...
so takde la kawan yang nak meronggeng2 bershopping dengan saya kan 
disebabkan banyak kertas kerja yang nak disiapkan 
saya ambil keputusan untuk duduk ofis jer ...

sangat buang tebiat tau dok sorang2 dlm ofis ...ha3
ikut hati nak je pi buang masa menyopping sorang3 
ditambah pulak bonus baru masuk kan
hi3 gatal je tangan kiri ni...
alhamdulillah nafsu menyopping tu masih mampu dikawal lg ...hi3

berbalik kepada cerita dok sorang2 ...
tengah2 saya buat kerja ...
terdengar bunyi yang sayup2 dalam pejabat tu
dum...dumm...dummm...
alahai benda alah apa lah kan yang nak mengusik 
saya jenguk luar bilik tak nampak apa2 ...
selang 5 minit bunyi lagi 
kali ni nampak kelibat benda hitam lalu bawah meja ...
apa lagi meloncat la kan ...
dah la saya pakai jubah kalau la benda alah tu masuk dalam kain 
mau pengsan saya jadinya kot ...
nampak dari jauh benda alah yang berlari tu adalah cik squirrell 
@ tupai comel yang kembang ekornya ...
ha3 kembang juga tengkuk saya bila tengok ekor dia yg kembang
geli kot ... hik3

dalam takut2 tu beranikan juga diri halau cik tupai tu keluar dr bilik sy ...
tak lama lepas tu sekitar jam 2.30 ptg juruaudio saya masuk pejabat
ha3 apa lagi mengadu la dgn en.ninzam...
tau apa dia buat ...
dia halau tupai tu masuk dalam bilik saya ...
then dia tawaf sebilik untuk tangkap tupai tu ...
hasilnya ...

nah!!!!!!


inilah si penjenayah cilik yang cuba ganggu saya kelmarin
hik3 
rasakan kena dok bawah bakul sampah ...
kacau org lagi kan...

time nak balik 
waktu ninzam nak ambil cik tupai ni masuk dalam kotak 
saya dengan tak takutnya dok dalam bilik siapkan saki baki kerja ...
nak tau apa yang jadi...
lepas ninzam angkat bakul tu 
cik tupai gigit tangan ninzam dan dia terus terlepas cik tupai tu keluar ...
wuaaaarggggghhhhhhhh 

hilang kot suara saya sekejap menjerit kelmarin 
tindakan refleks 
saya terus melompat angkat kaki ke atas laci pedastel ...
ampun.... putus nyawa dengan budak kecik sekor ni ...
ninzam pecah perut tengok aksi saya ...
hampes betul!!!
siap perli lagi ...
melompat tu mesti lupa kaki patah yang sakit tu kan???
adoyaiii

itu la alkisah jumaat kami kelmarin 
alahai cik squirrel jgn datang dah ye ...
rasa mcm nk putus nyawa kot menjerit kelmarin  
wuaaaaaaaaaaaa


regards 
~adeqya8284~

Thursday, December 20, 2012

tabahlah duhai hati...

minggu yang agak kelam kabut ...
mood masih bercampur baur

saya perlu ambil masa untuk suaikan diri 
dengan suasana kerja yang semakin stuck!
Allahuakbar ...

minggu ni bermula minggu baru
saya perlu handle semula unit qaryah sendirian ...
pening kejap dengan beberapa isu yang timbul 
untuk pemilihan j/kuasa qaryah ...
sangkanya dah reda 
rupanya masih ada perbincangan & siasatan yang dijalankan...

saya cuba jaga emosi minggu ni...
tak nak marah2 orang lagi 
sebab 2 ubat penenang saya dah takde ...
penyudahnya ...
bila terlalu menyimpan amarah...
air mata juga yg keluar ...
Ya Allah mohon perlindungan hati ini dari terus mencari salah org lain ...
penat rasanya bila bercakap soal kerja ni...

balik umah pun rasa serabut je ...
cannot maria ...cannot maria 
tak boleh marah...marah ...

kelmarin saya terima panggilan dari hospital sungai bakap
ada laporan kelahiran dari 'single parent'
menziarahi baby yang baru lahir sangat mengujakan saya...
I love the smell of baby...
sangat menenangkan ...
tp bila mengenangkan nasib baby girl yang tak ber'ayah' tu 
sebak pulak rasanya ...
berbual dengan ibu baby tersebut 
menjadikan saya takut dengan ujian & peringatan dariNya ...
makin ramai baby tak sah taraf yang lahir hari ni...
bila saya tanya tentang ayah baby 
si ibu muda tadi menjawab ...
"ayah baby tu tahu baby dah lahir ...tapi dia tak nak kawin dengan saya ..."

i have no words for that statement
kadang-kadang keadaan2 beginilah 
yang boleh menimbulkan rasa benci saya pada kaum adam  ...

Ya Allah 
makin pupus golongan Adam yg layak bergelar "imam" kepada hawa...
belum hilang trauma saya pada 'lelaki' 
dengan apa yang pernah terjadi dulu...
sekarang saya diuji lagi dengan keadaan2 begini ...
harap hati mampu bertenang dan tabah lalui segalanya ...

regards 
~adeqya8284~

Sunday, December 16, 2012

::cerita kenyir part 1::

sunday blues ...
harini baru berkesempatan 
nak upload gambar-gambar di kenyir tempohari
baru lepas meng'edit' gambar-gambar tersebut...
jom ...biar gambar berbicara ...
let me tell one by one pic :) ...

  
trio comel acu ...
munawwarah:mardhiyyah:ahmad
3 hari dikenyir ...
 mereka teman saya untuk setiap aktiviti rekreasi


saya suka pic ni 
even nampak macam pic mak dengan anak-anak kan
 ...ha3
great moment with 3 little angle...thanks Allah!

trio tripple M
Mardhiyyah:Mariyyah Munawwah:Maria
3 sepupu yang berbeza umur tapi satu kepala...
thanks kakak & kak nyah ...
kalian selalu buat akak happy :)


pic layan blues ...
tasik kenyir yang indah & tenang ...
tak putus memuji keindahan tuhan bila kita meng'explore' alamnya kan 
tenang dan sangat mendamaikan 

opppssss...he3
agenda makan harus tak ditinggalkan ...
ini antara aktiviti  lepas kami tinggalkan tasik kenyir 
jalan-jalan ke kuala terengganu 
acu bawa kami melewati taman ilmu saya dahulu
jalan-jalan ke gong badak 
melewati universiti sultan zainal abidin UniSZA
atau lebih dikenali sebagai KUSZA dahulu 
membawa kami kepada juadah tepi pantai ini 
....yummyyyy seefood again ...

sempat melewati gigi pantai tok jembal ...
seriously rindu teman-teman KUSZA...
berada disini bukanlah satu perkara yang mudah 
kerana secara automatiknya 
ia mengingatkan saya kepada teman-teman yang telah pergi ...
allahyarhamah maisarah : ruzana : zahidatulakmam
moga kalian tenang di sana ...
kenangan bersama kalian di KUSZA 
tak akan terpadam dari ingatan ini hingga akhir hayat ...
Ya Allah tempatkan mereka bersama golongan para solehin...
Al-Fatihah...

regards 
~adeqya8284~

* nota untuk daud *

entry pertama selepas balik dari bercuti di kenyir...
dah seminggu saya balik ...
baru hari ni sempat mengarang entry baru di sini ...
melalui minggu yang mencabar, 
bukanlah satu perkara yang mudah
suka & duka yang mendatang itu sebenarnya ujian kan...
apa yang penting kita redha dengan setiap ketetapan yang tertulis ... 

entry ini ditulis khas ...
untuk salah seorang adik saya dari keluarga PADSPS
yg telah berjaya menapak ke satu tahap yg lebih baik 
untuk masa depannya...
tahniah daud, 
moga terus berjaya bersama kerjaya baru, di negeri di bawah bayu...

saya yakin...
berat hati seluruh keluarga PADSPS 
untuk melepaskan adinda seorang ni 
apakan daya demi kejayaan & masa depan yang lebih baik...
doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu dik...

terasa kehilangan... 
bila seorang ahli keluarga yang baik & periang ni pergi...
lepas ni takde dah orang yang nak usik2 kami di pejabat lagi ....
terima kasih dik...
kerana sudi menceriakan hari-hari kami di PADSPS...
walau hakikatnya daud sempat bersama kami lebih kurang
5 bulan ja...
harap daud akan kenang segala pengalaman bersama kami di sini

akak harap ...
pengalaman singkat di PADSPS selama 5 bulan ni
sedikit sebanyak dapat membantu daud 
dalam menempuh dunia yang lebih mencabar di sabah nanti...
dua karier yang berbeza...
tapi method perjuangannya masih sama....
akak percaya 
orang yang baik macam daud akan dipermudahkan segala urusan
walau dalam apa jua keadaan sekalipun...
kami tumpang gembira atas kejayaan daud...
jadi guru & role model yang terbaik untuk anak-anak murid ya...
tak boleh nakal-nakal sangat dah ...kena matured sikit ... :) hi3

last but not least ...
akak nak berterima kasih juga pada daud kerana selama ni 
banyak bantu akak dalam mengendalikan urusan-urusan qaryah di daerah...
lepas daud pergi akak rasa hilang sebelah tangan ...
bukan sekadar hilang pembantu...
tapi ada sedikit rasa hilang semangat dalam diri utk teruskan perjuangan ni...
harapnya semangat ni akan kembali pulih
walaupun dah takde orang yang nak tenangkan akak di pejabat nanti :)

selamat maju jaya di tempat baru ya dik...
moga Allah permudahkan urusan daud di perantauan nanti...
doa kami sentiasa ada 
mengiringi kejayaan, keselamatan dan kebahagiaan daud di sana ...

May Allah Bless u bro...

regards
ur sis
~adeqya8284~

Tuesday, November 27, 2012

*no words*

monday fever again!!!
kelmarin masa menaip entry di blog ni...
hari saya masih lagi tenang ...
membawa ke petang, boleh demam kot dengan mcm2 cerita...

kelmarin saya terima satu kertas siasatan berkenaan kes rogol...
again collaboration with police...
seumur hidup tak pernah saya baca laporan pengesahan DNA 
wua3...sebiji perkataan pun takde bahasa ibunda...
laporan DNA tu in english totally...
merangkak juga kejap sementelah nak faham cerita ceritit kes tu...
lepas menilik dan memahami segala isi kandungan kertas tersebut ...
mengucap sekejap...
rasa mcm nk pitam pun ada ...
kes tersebut dibuka oleh bapa mangsa
bagi mengenalpasti bapa kepada bayi yang dikandung oleh anak perempuannya ...
dalam sisatan ...
9 orang lelaki diambil sampel DNA...
dan ternyata ...
salah seorang daripada 9 orang lelaki tersebut adalah bapa kepada bayi yang telah dilahirkan ...
astagfirullahalazim ...

termenung saya seketika ...
ke mana arah remaja melayu harini???...
dispesifikkan lagi di mana letaknya remaja Islam kita akan datang???
Allahuakbar ...
terdetik rasa risau di hati bila mengenangkan perkara ini...
saya juga punya young generation...
walaupun bukan anak-anak saya sendiri...
my niece... they are still my young generation... 

bayangkan kalau masalah maksiat&sosial ini semakin berleluasa...
di mana letaknya pemimpin negara kita akan datang ...
setiap hari ...
dalam saya menjalankan tugas ...
sempat jg saya meneliti latarbelakang client-client yg berurusan di pejabat ni...
maaf kalau saya katakan ...
70% dari kalangan client yang bermasalah 
adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah
dan kurang didikan agamanya ...

di sini saya bukan mahu merendahkan golongan2 tertentu ...
tapi saya kira orang Melayu terutamanya orang Islam kita 
boleh maju sekiranya kita rajin dan mahu menimba ilmu ...
cuba kita lihat 
keletah anak-anak muda di sekolah mahupun di shopping complex sekarang ...
terlalu besar jurang diantara remaja melayu dan remaja yang bukan melayu...
entahlah risau...sangat-sangat risau...

dalam saya cuba memahami laporan DNA kelmarin ...
saya cuba bayangkan gadis belasan tahun 
telah mengadakan hubungan dengan 9 orang lelaki...
sehingga beliau terpaksa menjalani ujian DNA bagi mengenalpasti 
bapa kepada bayi beliau ...nauzubillah ...
apa hikmahnya seks selepas perkahwinan???
kenapa Islam menggalakkan perkahwinan di usia muda???
inilah sebabnya ...
disebabkan berajakan nafsu...
bukan sahaja maruah diri tergadai 
banyak lagi pihak yang menjadi mangsa keadaan ...
yang saya kasihan adalah pada anak tidak sah taraf yang dilahirkan...
dia tak bersalah ...
tapi dia 'mengusung' kesalahan ibubapanya hingga akhir hayatnya
anak-anak muda remaja...
fikir-fikirkanlah... kemana jua kau pergi, apa jua yang kau lakukan...
peganglah pada 'bin@binti' yang dibawa...

*Ya Allah lindungi hati ini daripada berajakan nafsu
lindungi anak-anak muslim hari ini...
termasuk semua generasi-generasi ku hari ini dan akan datang...
pelihara kami ya Allah...
sesungguhnya kami sering alpa dengan nikmat pemberianMu

*mood sugul untuk siapkan laporan kes ni :((

regards 
~adeqya8284~



Monday, November 26, 2012

*moga dipermudahkan segala urusan ....*

alahai mood ...
datanglah balik ...
kemana la hilangnya mood saya seminggu dua ni ...
serius ada perasaan tak best yang menyelinap di hati...

saya tahu saya tak sepatutnya bertindak sedemikian...
(hanya saya yang tahu apa perkaranya)
tapi saya terpaksa...
rasa seperti maruah ini dipermainkan ja walaupun 
perkara tu rasanya kecil saja...
Ya Allah permudahkan urusanku ...
moga kekalutan ini kembali tenang ...
saya hormati dia seperti tuan guru...
dan saya harap saya akan hormati dia selamanya sebegitu ...

ok tutup cerita yang tak best tu ...
minggu ni ramai konco-konco saya bercuti ...
kak zah bercuti ke Krabi ...esok balik la ...hi3 
adik saya si daud sambung cuti konvo + interview sampai hari rabu ...
(ntah-ntah tak lama dah daud di PADSPS ni ...sbb dgr2 panggilan guru j-qaf hujung bulan ni)
takpelah untuk kebaikan dia, 
sbg kakak sy doakan semoga dia terus berjaya kelak  :)

minggu depan turn saya pulak ye on cuti seminggu :) 
insyaAllah moga dipermudahkan segala urusan...
1-3 disember saya, abah, mama dan budak kenit kenot akan ke seremban 
untuk majlis kenduri azam, anak pakngah ...
3 hb balik dr seremban abah akan drop saya di bangi 
untuk join pulak acu ke Kenyir ...
kali kedua ke pantai timur tahun ni...
hopefully dapatlah mencari ketenangan di sana...
saya rindukan desiran air yang punya seribu satu keunikan ...
asalnya plan nak ke langkawi...
tapi bila fikir2kan balik kerap sangat ke langkawi ...
dah la langkawi tu tempat lagenda dulu-dulu kala
baik la cuba lupakan kejap desiran ombak laut langkawi ...
nak beralih arah ke deruan air tasik buatan manusia pulak ...
moga dipermudahkan urusan kami di sana nanti ...
4-7 disember... kenyir i'm coming....
amekkaw....cuti la sepuasnya ...
(yang saya tak puas hati time saya cuti, bos pun apply cuti jugak...hadoiiiii!)
ape-ape jelah asalkan masing-masing bahagia :) 


*harapnyabukanlahindahgambardarirupa*
kenyir i'm coming

regards 
~adeqya8284~

Sunday, November 18, 2012

congrats bro!

bila bermula ja musim cuti skoolah ...
maknanya bermula juga musim kenduri kendara 
untuk meraikan majlis perkahwinan ...
kereta saya sekarang dah mcm kedai hadiah bergerak...
actually..
saya suka untuk belikan hadiah  
sebaik saja saya terima jemputan perkahwinan 
dari kawan2 atau saudara mara....
dah beli awal...mana la tak penuh bonet kereta kan ...:)

bukan apa ...
takut last minute lupa ...
kalut kot jadinya >_<...
so untuk keselesaan baik saya shopping awal2 :) 

congrats lukman! 
adik saya paling sempoi dan rajin...
kami satu jawatan tapi lukman bertugas ibu pejabat 
di bahagian undang-undang keluarga islam ...
sejak sebulan lepas lagi dah dia warning...
tarikh saya kenduri sila kosongkan dari apa2 aktiviti...
tak datang siap! ...hi3 
alhamdulillah selesai dengan meriah & tenang majlis kelmarin ...
lepas ni hilang la lagi sorang adik yang suka tolong & menyakat saya...
dengar2 perancangan lukman nak berhijrah ke kl lepas kahwin ni ...
semoga kekal ke akhir hayat 
dan selamat bercinta hingga ke syurga ya dik :) ... 



*lukman harisafandi & shazlina yang diraikan*

Saturday, November 17, 2012

* coretan tahun baru *


Allhamdulillah ...
masih berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke tahun baru 1434H
setahun demi setahun berlalu ...
dan dimana 'hijrah' kita hari ini?
masa berlalu tak menunggu kita walau sedetik ...
Allahuakbar ...pantasnya masa meninggalkan kita...

tahun ini...
bertambah lagi setahun usia kita kan ...
syukur ya Allah atas nikmat umur dan kehidupan yang terindah ini...
menginjak setahun lagi usia ...
mendekatkan lagi diri saya 
kepada usia yang bermula dengan angka '3'
tahun ini genap 29 tahun saya menikmati kehidupan di muka bumi ini ...
masih banyak perkara yang saya belum lakukan dan terokai...

sehari ke sehari melewati kehidupan anugerah Ilahi ...
menjadikan saya bersyukur 
kerana dilahirkan sebagai umat Islam ...
yang dianugerahkan Iman dan punya satu pegangan....
yang berpaksikan kepada Islam...
Allahuakbar ...
Ya Allah segala puji hanya buatMu ...
Tuhan Sekalian Alam ...

terima kasih Ya Allah atas setiap anugerah nikmat & ujianMu ...
menerima segala ketetapan sebagai qada dan qadar tuhan...
adakalanya ia menjadikan kehidupan saya lebih tenang ...
dan belajar untuk menerima sesuatu kekurangan ...

masih panjang liku yang perlu saya lalui ...
masih banyak ranjau yang perlu saya tempuhi ...
andai ia diizinkan Dia yang Maha Esa ...

Ya Allah semoga tahun ni memberi satu sinar baru 
di dalam kehidupanku ... 
Engkau ampuni segala dosa dan kesilapanku ...
dan Engkau rahmati perjalanan serta perjuanganku 
dalam mempertahankan agamamu di muka bumi ini ...

PadaMu Ya Allah aku bersujud ...
memohon keampunan dan kerahmatan ...
untuk ku lalui perjalanan hidup dengan lebih bahagia dan tenang 
disamping keluarga dan insan-insan yang kusayang ...

Berdoa untuk sesuatu yang lebih baik...
mahu berazam untuk melengkapkan fasa kehidupan ...
andai rezeki & ketetapanNya benar untukku ...
Ya Allah bukakan pintu rezekiku, jodoh yang terbaik untukku ...
dan Engkau lindungilah aku dari pintu2 fitnah yang membelenggu ...
amin Ya Rabbal alamin...



regards ~adeqya8284~


Sunday, November 11, 2012

* sabar...sabar ...*

rasanya tak ada ungkapan lain yang mampu sy ungkapkan sekarang
selain drpd s.a.b.a.r ...
Allahuakbar ...
risau rasanya ...
takut2 tak mampu nak kawal api kemarahan ni ...

entahlah masih dibelenggu rasa marah bila privacy saya diceroboh ...

saya bukan saja suka2 nak dengar masalah orang ...
saya bekerja untuk mendengar masalah orang ...
dan membantu mengikut dasar undang2 yang digubal
dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi...

masalahnya sekarang ...


bila ada sebelah pihak tak berpuas hati 

dengan keputusan yg tlh ditetapkan undang2 
mereka cuba pula untuk menjatuhkan privacy org lain 
yang tak ada kena mengena lansung dengan masalah mereka 

senang cerita ...

yang bermasalah adalah mereka' 
tapi dikaitkan pulak dengan keadaan sy 
yang masih berstatus 'bujang' 
aduyai ...

saya terima satu mesej daripada seorang client ...

katanya bekas isterinya 
tak mahu berbincang dengan saya tentang hak penjagaan anak
atas alasan saya belum berkahwin 

rasanya bekas isteri client saya tu 

dah terlupa sejarah hidupnya setahun yang lalu 
waktu dia memberontak 
mahu failkan permohonan perceraian di mahkamah ...
manusia yang seorang ni la berjam-jam 
mendengar cerita airmatanya ...
saya masih ingat lagi mereka bergaduh berjam-jam di dalam bilik saya 
dari jam 11 pg hingga jam 2 petang ...
rasanya berkilo2 kot masalah mereka yang saya tanggung ...
Allahuakbar ini la yang dikatakan manusia ...

sememangnya saya masih bujang ...


tapi itu bukan satu masalah yang sepatutnya mereka fikirkan ...

saya bercakap soal hukum 
dan saya bercakap atas dasar peruntukan undang-undang ...
pelikkan ...
diri sendiri yang bermasalah ...
tiba2 nak dikaitkan pulak dengan kehidupan orang lain...
saya 'bujang' bukannya saya menimbulkan masalah pada org lain...
saya sara diri saya sendiri ...saya ada kehidupan saya sendiri ...
dan saya tak ganggu mana2 individu lain pun ...

rasa mcm bekas isteri client saya tu mcm ortodoks je... 

setahu saya di Malaysia ni ada dikalangan kaunselor keluarga 
yang terdiri daripada golongan ibu tunggal...
jadi tak mustahillah satu hari nanti 
ada kaunselor keluarga yang masih bujang 
untuk handle masalah-masalah kekeluargaan ...

Ya Allah beri saya kekuatan untuk menempuh minggu baru esok ...

risau rasanya ...
takut2 saya tak mampu untuk kawal amarah
yang dah mula terbit ...
inilah namanya cabaran kan ...
Ya Allah tabahkan hati ini untuk menerima ujian kecilmu ini ...

Amin ...


tabah...tabah...tabah!!!


regards

~adeqya8284~



Tuesday, November 6, 2012

* they are safely arrived! *

Alhamdulillah they are safely arrived!


04November2012 : KLIA : 0945pm 

syukur alhamdulillah...
Allah  permudahkan perjalanan pergi & balik kami ...
thanks paklang & maklang yang sudi turun dari JB 
thanks juga untuk acu & maksu  
sbb tumpangkan kami sementara menunggu abah & mama di KLIA 
and thanks for the great nasi arab >_< 
thanks kepada semua yang sentiasa ada bersama kami...
syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar ...

just want to drop a short notes saja sebenarnya 
saya sendiri masih pening2 lalat walaupun dah berehat seharian kelmarin
nama je cuti ...tp phone still tak cuti kan ...:s hu3 ...
selepas bercuti sehari kelmarin...
pagi ni setengah hari berbengkel pulak di JHEAIPP 
then balik semula ke pejabat untuk teruskan saki-baki kerja 

lepas balik keje td 
sempat belek2 kamera yang saya bekalkan pada mama & abah 
nak berkongsi satu dua pic yang amat indah di pandangan saya ...




nice rite?


subhanallah ...amazing ...
Ya Allah sampaikan kami ke tanah suci ini 
satu hari nanti insyaallah ... :)

regards 
~adeqya8284~


Monday, October 29, 2012

* kalut *

monday fever comes again! 
saya sangat tak suka dengan isnin ...
naknye isnin yang bersambung dengan hari2 cuti umum...

hari ni bos saya cuti...
pembantu kanan saya cuti...
pembantu tadbir saya cuti...
sorang pegawai kaunseling saya mc, 
sorang lagi pegawai kaunseling saya keluar masuk hospital sebab husbandnya sakit...

tinggallah saya terkontang kanting
dengan beberapa orang staff lain dari bah. pentadbiran & undang2...
adoooooyaiiiiii....
macam2 cerita yang jadi...macam2 kes yang timbul...

awal2 pagi lagi dah kena handle kes kaunseling ...
biasa dah ...habis je musim perayaan sure kes naik dgn mendadak...
dah mangli!

pagi ni kes salah faham ada, 
kes rebut anak ada,
kes bini-bini perkasa pun ada...

kes bini-bini perkasa ni betul2 buat saya pening ...
tak pasal2 kena masuk balai polis lagi ...
boleh pulak madu-madu seorang lelaki ni bergaduh di balai polis 
menyerang ibu kepada madu yang sorang lagi ...
pendek cerita, isteri pertama & isteri kedua bergabung ...
serang ibu isteri ketiga ...
nak meletup kepala ni rasanya ...
dah mengalahkan gangster lagak madu2 tu ...
rasa macam nak terbalik dunia masa di balai tadi ...
Allah je yang tahu tahap sabar saya hari ni ...

kadang-kadang saya sedar ...
dalam mengharungi payah mengendalikan isu sosial masyarakat hari ni 
saya kerapkali mengeluh
dan melepaskan rasa ketidakpuasan hati saya pada org lain 
atau medium-medium lain *contohnya blog ni la kan....

maafkan saya!

saya hanya insan biasa yang tak mampu untuk menanggung semua masalah2 anda...
saya mencoret di sini hanya sekadar ingin meluahkan 
tanpa mendedahkan identiti sebenar pelaku...
jika difikirkan dengan akal yang waras ...
mampukan otak saya ni menampung 200++ kes kaunseling untuk setahun, 
beratus-ratus kes perkahwinan dan 
kes-kes lain yang melibatkan saudara baru dsb lagi...

ya Allah kuatkan imanku...
tetapkan hati ini dalam menempuh ruangan & jalan yang berliku ...
amin...

giler kentang menempuh isnin minggu ni!!!...

tak suke tak suke tak suke!!!!!

Wednesday, October 24, 2012

tentang d.i.a

berhajat nak menulis entry ni sejak hari ahad lagi... 
malangnya hajat tu tak kesampaian ...
nak coretkan sedikit cerita tentang d.i.a ...
untuk renungan saya ...supaya ia menjadi ingatan saya ...
dan akan dipahatkan di hati ini sampai bila-bila...

ahad lepas ...
seperti biasa saya bertugas di hospital sungai bakap 
untuk program PPKI & PPS
dulu  masa mula-mula saya dilantik sebagai fasilitator utk prog ini...
saya tak suka ...
bertugas di hari cuti bukanlah satu perkara yang menyeronokkan >_<...

maha suci Allah...
Dia menemukan saya dengan sesuatu yang indah 
pada perkara yang sy tidak suka...
hati mula terpaut...
dan saya lalui satu demi satu detik bermakna ...
untuk saya jadikan pedoman & panduan kehidupan....

kembali kepada cerita tentang d.i.a ...
dia yang saya maksudkan ...
adalah seorang wanita mulia ...yang berusia 57 tahun ...
makcik melah (bukan nama sebenar), berasal dari slimriver perak
telah terlantar di wad hampir sebulan...
kerana kaki kanannya dipotong akibat diabetes...
apabila merujuk rekod perubatan pada jururawat ...
saya mendapat maklumat 
makcik ini juga mempunyai masalah psikiatri...
selalunya masalah ini wujud dari tekanan-tekanan kehidupan 
yang tidak dikawal dengan sempurna ...
terdetik untuk mendekatinya ...
alhamdulillah saya & k.zah 
terima respon yang baik drpd makcik melah ...
awalnya agak susah untuk saya fahami bahasa makcik melah...
senang saya gambarkan ...
ayat makcik melah ini seperti nenek-nenek tua yang telah nyanyuk ...
ayat yang agak tunggang langgang tapi bahasa hatinya sampai pada hati saya...
dia merintih bila mengenangkan nasib diri yang dipinggirkan anak-anak...
setiap kali menyebut nama anak-anak...
air mata ibu tua ini jatuh menyembah bumi  ...
siapa pun makcik melah ketika usia mudanya ...
hakikat yang tertulis dia tetap seorang ibu ...
yang tak terputus hubungannya dengan anak-anak 
walaupun ajal menjemputnya kelak...

melihat keadaan makcik melah ...
ia mengingatkan saya pada encik abah...
*mood swing rindu abah datang lagi huk3....
dulu saya punya opah *emak abah 
yang punya karektor dan keadaan yang sama seperti makcik melah...
bezanya ...
opah saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh anak, menantu serta cucu2nya...
arwah opah hidup dalam keadaan tertekan 
selepas atuk meninggal dunia ...
mungkin disebabkan terlalu sayangkan atuk ...
opah seolah-olah hilang sebahagian daripada kehidupannya ...
dan melalui fasa 'nyanyuk' sehingga tidak mampu untuk menguruskan dirinya ...
saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat sabar 
ketika menempuh fasa kesukaran dalam menjaga opah 
sehingga akhir hayatnya ...
abah walaupun tak menjaga opah sepenuhnya ...
saya kira pengorbanan abah sangat besar di mata saya ...
seorang anak lelaki yang tak pernah lupa makanan kegemaran ibunya ...
seorang anak lelaki yang tak kekok mencuci najis ibunya ...
seorang anak lelaki yang tak pernah menghampakan hajat ibunya 

dan dia adalah lelaki teragung di hati saya ...

cerita makcik melah saya pahatkan di hati ...
untuk pengajaran & pedoman ...

last but not least ...

heroherodihatisaya
* rinduabah *

Friday, October 19, 2012

* after one month *

status terkini : ****************
tak mampu untuk menggambarkannya....
saya kira andai dunia ni ada pilihan 
saya pilih untuk sehari tempohnya lebih dari 24 jam ...

Ya Allah seriously pack ...

lepas abah & mama berlepas ke tanah suci sebulan yang lepas ...
saya akui saya agak kekok untuk uruskan rumah sendirian ...
syukur walaupun terpaksa melalui fasa-fasa yang agak 'tenat' 
saya kira ia satu pengalaman yang sangat indah ...

penghujung september ...

saya terlibat sebagai fasilitator untuk kem gerak remaja siri 1/2012
aktiviti ini kolaborasi bersama Jabatan Pelajaran Negeri P.Pinang ...
bertempat di Anisani Village, sg kecil ilir bandar baharu...
alhamdulillah...
ini kali kedua saya bersama team gerak remaja negeri p.pinang...
25-27 september yang sgt indah untuk dikenang ...
thanks adik2 ...
kalian sangat hebat di mata akak...
adik-adik saya kali ni tergolong drpada 
anak-anak mangsa perceraian ibu bapa...
gugur air mata saya bila mengetahui
ada dikalangan adik2 saya ini terpaksa bekerja 
untuk menyara kehidupan & persekolahan mereka...
adik-adik... akak sentiasa doakan perjalanan hidup adik-adik
dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya...
moga ada ruang untuk akak bertemu lagi dengan adik-adik ya :)


anisanivillage25-27september2012

minggu lepas 12-14 oktober ...

pejabat agama daerah sps 
dengan kerjasama jawatankuasa qaryah sungai chenaam
telah mengadakan satu bengkel keluarga bahagia komuniti ...
untuk semua anak-anak qaryah
3 hari yang padat dengan aktiviti-aktiviti kekeluargaan ...
keluar bertugas seawal jam 8 pagi 
dan balik ke rumah jam 12 tgh malam ke atas ...
*bertugas di hari cuti tu...>_<*


 kampungsungaichenaam12-14oktober2012

selesai bengkel tersebut ...kurang 24 jam ...
saya meneruskan pula perjalanan ke bangi 
untuk berkursus selama 4 hari di ILIM ...
15-18 oktober ....kursus pemantapan pengurusan keluarga ....
*kursus ni sepatutnya utk org2 yang dah berkeluarga tau sbb banyak ilmu 18 sx wua3...
4 hari berkursus yang membahagiakan ...
pantang ada lapang sy buat-buat sesat ke alamanda, 
pantang ada masa senggang...sy  berjalan ke sini sana
dan sebelum balik kelmarin ...
sempat saya menjejak ke seremban 
utk menziarahi salah seorang sahabat lama 
7 jam perjalanan pulang dari seremban ke parit buntar 
*sangat mencabar minda 
disebabkan cuaca yang tak menentu 
saya memandu dalam keadaan yg sangat santai 
walaupun agak penat ...


institutlatihanislammalaysiabangi15-18oktober2012


dan hari ni ...

kembali ke pejabat ... 
amat terkezut dengan surat-surat cinta untuk dating minggu depan ...
minggu raya pun banyak lagi meeting yang diatur ....
pasrah! 

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambaMu ni ....

amin .....