* sabar...sabar ...*

rasanya tak ada ungkapan lain yang mampu sy ungkapkan sekarang
selain drpd s.a.b.a.r ...
Allahuakbar ...
risau rasanya ...
takut2 tak mampu nak kawal api kemarahan ni ...

entahlah masih dibelenggu rasa marah bila privacy saya diceroboh ...

saya bukan saja suka2 nak dengar masalah orang ...
saya bekerja untuk mendengar masalah orang ...
dan membantu mengikut dasar undang2 yang digubal
dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi...

masalahnya sekarang ...


bila ada sebelah pihak tak berpuas hati 

dengan keputusan yg tlh ditetapkan undang2 
mereka cuba pula untuk menjatuhkan privacy org lain 
yang tak ada kena mengena lansung dengan masalah mereka 

senang cerita ...

yang bermasalah adalah mereka' 
tapi dikaitkan pulak dengan keadaan sy 
yang masih berstatus 'bujang' 
aduyai ...

saya terima satu mesej daripada seorang client ...

katanya bekas isterinya 
tak mahu berbincang dengan saya tentang hak penjagaan anak
atas alasan saya belum berkahwin 

rasanya bekas isteri client saya tu 

dah terlupa sejarah hidupnya setahun yang lalu 
waktu dia memberontak 
mahu failkan permohonan perceraian di mahkamah ...
manusia yang seorang ni la berjam-jam 
mendengar cerita airmatanya ...
saya masih ingat lagi mereka bergaduh berjam-jam di dalam bilik saya 
dari jam 11 pg hingga jam 2 petang ...
rasanya berkilo2 kot masalah mereka yang saya tanggung ...
Allahuakbar ini la yang dikatakan manusia ...

sememangnya saya masih bujang ...


tapi itu bukan satu masalah yang sepatutnya mereka fikirkan ...

saya bercakap soal hukum 
dan saya bercakap atas dasar peruntukan undang-undang ...
pelikkan ...
diri sendiri yang bermasalah ...
tiba2 nak dikaitkan pulak dengan kehidupan orang lain...
saya 'bujang' bukannya saya menimbulkan masalah pada org lain...
saya sara diri saya sendiri ...saya ada kehidupan saya sendiri ...
dan saya tak ganggu mana2 individu lain pun ...

rasa mcm bekas isteri client saya tu mcm ortodoks je... 

setahu saya di Malaysia ni ada dikalangan kaunselor keluarga 
yang terdiri daripada golongan ibu tunggal...
jadi tak mustahillah satu hari nanti 
ada kaunselor keluarga yang masih bujang 
untuk handle masalah-masalah kekeluargaan ...

Ya Allah beri saya kekuatan untuk menempuh minggu baru esok ...

risau rasanya ...
takut2 saya tak mampu untuk kawal amarah
yang dah mula terbit ...
inilah namanya cabaran kan ...
Ya Allah tabahkan hati ini untuk menerima ujian kecilmu ini ...

Amin ...


tabah...tabah...tabah!!!


regards

~adeqya8284~



Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::