tentang d.i.a
berhajat nak menulis entry ni sejak hari ahad lagi...
malangnya hajat tu tak kesampaian ...
nak coretkan sedikit cerita tentang d.i.a ...
untuk renungan saya ...supaya ia menjadi ingatan saya ...
dan akan dipahatkan di hati ini sampai bila-bila...
ahad lepas ...
seperti biasa saya bertugas di hospital sungai bakap
untuk program PPKI & PPS
dulu masa mula-mula saya dilantik sebagai fasilitator utk prog ini...
saya tak suka ...
bertugas di hari cuti bukanlah satu perkara yang menyeronokkan >_<...
maha suci Allah...
Dia menemukan saya dengan sesuatu yang indah
pada perkara yang sy tidak suka...
hati mula terpaut...
dan saya lalui satu demi satu detik bermakna ...
untuk saya jadikan pedoman & panduan kehidupan....
kembali kepada cerita tentang d.i.a ...
dia yang saya maksudkan ...
adalah seorang wanita mulia ...yang berusia 57 tahun ...
makcik melah (bukan nama sebenar), berasal dari slimriver perak
telah terlantar di wad hampir sebulan...
kerana kaki kanannya dipotong akibat diabetes...
apabila merujuk rekod perubatan pada jururawat ...
saya mendapat maklumat
makcik ini juga mempunyai masalah psikiatri...
selalunya masalah ini wujud dari tekanan-tekanan kehidupan
yang tidak dikawal dengan sempurna ...
terdetik untuk mendekatinya ...
alhamdulillah saya & k.zah
terima respon yang baik drpd makcik melah ...
awalnya agak susah untuk saya fahami bahasa makcik melah...
senang saya gambarkan ...
ayat makcik melah ini seperti nenek-nenek tua yang telah nyanyuk ...
ayat yang agak tunggang langgang tapi bahasa hatinya sampai pada hati saya...
dia merintih bila mengenangkan nasib diri yang dipinggirkan anak-anak...
setiap kali menyebut nama anak-anak...
air mata ibu tua ini jatuh menyembah bumi ...
siapa pun makcik melah ketika usia mudanya ...
hakikat yang tertulis dia tetap seorang ibu ...
yang tak terputus hubungannya dengan anak-anak
walaupun ajal menjemputnya kelak...
melihat keadaan makcik melah ...
ia mengingatkan saya pada encik abah...
*mood swing rindu abah datang lagi huk3....
dulu saya punya opah *emak abah
yang punya karektor dan keadaan yang sama seperti makcik melah...
bezanya ...
opah saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh anak, menantu serta cucu2nya...
arwah opah hidup dalam keadaan tertekan
selepas atuk meninggal dunia ...
mungkin disebabkan terlalu sayangkan atuk ...
opah seolah-olah hilang sebahagian daripada kehidupannya ...
dan melalui fasa 'nyanyuk' sehingga tidak mampu untuk menguruskan dirinya ...
saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat sabar
ketika menempuh fasa kesukaran dalam menjaga opah
sehingga akhir hayatnya ...
abah walaupun tak menjaga opah sepenuhnya ...
saya kira pengorbanan abah sangat besar di mata saya ...
seorang anak lelaki yang tak pernah lupa makanan kegemaran ibunya ...
seorang anak lelaki yang tak kekok mencuci najis ibunya ...
seorang anak lelaki yang tak pernah menghampakan hajat ibunya
dan dia adalah lelaki teragung di hati saya ...
cerita makcik melah saya pahatkan di hati ...
untuk pengajaran & pedoman ...
last but not least ...
heroherodihatisaya
* rinduabah *
Comments