* New Chapter

Rindu nak berblog sebenarnya...
Teramat la rindu untuk menulis...
Kalau dulu gigih juga keluar lepak ke cafe semata-mata untuk menulis satu entry
Tapi sekarang saya tak punya masa sebegitu lagi...

nak bercerita, nak mencoret...

dulu blog ni lah segala-galanya...
I'm so sorry cik blog...
kalaulah saya mampu untuk menguruskan masa dengan baik...
mesti blog ni sentiasa aktif kan...

bercerita tentang masa,

terlalu pantas rasanya masa sekarang berputar...
saya sendiri akui kadang-kadang terlepas pandang dengan perkara-perkara penting dalam hidup,
secara peribadi saya tak punya masalah bila diberi tugasan yg agak banyak
sebab saya memang suka bekerja dan berfikir untuk menyelesaikan tugasan

bercerita soal kerja macam-macam perkara yang timbul lately, 

alhamdulillah selepas hampir 7 bulan menanggung tugas pegawai tadbir agama daerah
finally bos baru datang melapor diri pertengahan bulan september yang lepas
welcome to our family ustaz sayuti, 
semoga kehadiran ustaz menceriakan lagi pentadbiran daerah ini
datang seorang keluarnya pulak berdua,
hujung september kami terima pula berita kenaikan pangkat 2 orang staff padsps
tahniah buat ust rahim & ust azaki yang telah dan bakal berhijrah oktober ni
ust rahim bertukar ke head office di penang dan ust azaki akan ke JAKIM, KL
phewww...
dapat satu tangan kembali hilang 2 tangan 
tak cukup dengan tu, 
kami penolong pegawai tadbir agama daerah dikejutkan pula dengan berita reshuffle
khabar angin ttg pertukaran keluar pagi dan petang surat siap ditandatangan dato pengarah 
pagi dikhabarkan pertukaran melibatkan 4 daerah dan finally bila surat keluar 
hanya melibatkan tiga daerah...
Alhamdulillah nama saya terselamat... 
semuanya di luar jangkaan kita sebagai hambaNya...
dan segala yang tertulis tu adalah takdir yang perlu diterima...
Walaupun pertukaran sahabat-sahabat saya ditarik balik atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan 
ianya masih mendatangkan kesan yang agak besar dalam pentadbiran

Cerita hati... 

hanya Allah yang tahu tika ini...
berada di jalan pertengahan antara 2 perkara sememangnya bukan mudah...
sedang pujuk hati dan sedang meminta pada Dia...
agar ada satu jawapan kepastian pada persoalan yang membelenggu ini...
Doakan yang terbaik untuk saya
takdir Allah itu indah buat semua hamba-hambaNya
cuma adakala kita manusia yang lemah ni kurang bersyukur
moga ujian ini menguatkan lagi hati saya untuk berpaut padaNya...

Ya Rahman, Ya Rahim... 

hati yang kerdil ini memohon
tunjukkan jalan yang lurus dan hati yang tenang 
untuk hamba yang kerdil ini menentukan arah perjalanan 
sebuah kehidupan...   


*koleksi terbaru dalam memujuk hati* 



Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::