I love u encik abah!!!!

Terpanggil untuk berjimba-jimba dengan cik belog malam ni...
Hati meronta-ronta nak meluahkan apa yang terbuku di dada...


Perasaan ni membuak-buak untuk menulis dari siang tadi...
Apakan daya...
waktu kerja yang pack dengan seaneka kerja buatkan saya lupa kejap hasrat yg terbuku di hati...

Siang tadi saya kembali mengendalikan kes khidmat nasihat
setelah sekian lama saya merehatkan minda...
Alhamdulillah saya kira sy masih belum lupa skill rundingcara
Cuma mungkin sedikit kekok dalam tutur bicara memujuk client

Sekitar jam 11 pagi saya terima panggilan telefon dr seorang rakan,
Beliau memaklumkan yg ibu beliau akan hadir ke pejabat untuk sesi khidmat nasihat,

Alhamdulillah ...
Seperti yang dijanjikan ibu rakan saya datang ke pejabat ...
Beliau datang dalam keadaan yg sugul dan mata yg kemerahan...
Saya biarkan beliau bercerita dan meluahkan segala isi hati yang terbuku sekian lama

Alhamdulillah selepas hampir 10 minit beliau kembali tenang
Ada sebak di hati saya walaupun hakikatnya saya tak boleh bersimpati pd klien
Berhadapan dengan seorang wanita cekal
Yang sanggup bertahan selama hampir 30 tahun
Beliau sanggup menerima apa sahaja tekanan drpada suami atas alasan 'sayang '
Beliau seolah2 sudah lali dengan pukulan, cacian, penipuan dari pihak suami...
Allahuakbar...

Tak tergambar dengan minda saya,
Bagaimana rupa seorang bapa yang baran dan kaki pukul kepada anak-anak dan isterinya.

Terus teringatkan encik abah...
Syukur ya Allah...
Tak terhitung nikmat yang Allah beri pada saya...
Hingga hari ini... dah masuk 30 tahun saya bernafas di muka bumi ini...
Saya rasa beruntung, rasa sangat bertuah kerana mempunyai abah yang cukup baik dan penyayang...

Yes... saya anak abah...

Dari kecil... sejak arwah emak ada lagi...
Saya akui saya lebih rapat dengan abah...
Dan sampai sekarang umur saya dah masuk 30 tahun
Bangun pagi nk pergi kerja masih abah yang siapkan breakfast
melampau kan... 
bukan saya tak nak masak sendiri
tapi nanti mentara guru bising sebab tak ikut taste dia!..hihi

Saya tak tahu apa lagi yang saya boleh describe tentang abah...
Abah lelaki paling baik yang saya kenal di dunia ni,
Abah saya bukan seorang kaki gaduh,
Abah saya bukan seorang kaki pukul,
Abah saya bukan seorang kaki leter,
Abah saya seorang yang penyayang,
Abah saya seorang yang pandai memasak, 
Abah saya seorang yang cerewet, (yes i need him sbb saya manusia yg simple)
Dan abah saya segala-galanya... he is perfect for me

saya bersyukur walau belum bertemu pasangan hidup,
tetapi lelaki utama dalam hati saya seorang yang penyayang,
bertanggungjawab dan mampu mendidik saya untuk menjadi insan yang baik untuk masyarakat
Tq abah...
sbb besarkan Ya, angah, abang & adik dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan
seumur hidup 30 tahun ni saya tak pernah tengok abah dan emak bergaduh depan kami anak2...

terima kasih emak... terima kasih abah

I love u both! so much!

*lately kerap rindukan arwah mak...
tidur malam kerap bertemankan air mata...
tak tahu kenapa... mungkin sebab arwah juga rindukan saya...
Al-Fatihah untuk emak... moga emak tenang di sana...

 encik abah bersama anak, menantu dan cucu-cucu kesayangan :)

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::