#stress???

hmmm...
dah lama kan tak menulis tentang kehidupan disini...
terpanggil nak berbelog minggu ni walaupun saya hanya ada 3 hari masa di pejabat...
masa yang pack bukan alasan untuk berkongsi sesuatu yang penting dgn insan2 lain...

STRESS???

"Life is too short to stress yourself,
with people who don't even deserve to be an issue in your life"

I like that quote 
terpanggil nak menulis tentang stress selepas satu kejadian yang berlaku kelmarin...
awal minggu kelmarin berlaku lambakan kes...
4 orang PKN terpaksa bertungkus lumus menyelesaikan masalah2 client 
macam2 ragam ada 
saya juga tak terlepas untuk sesi kelmarin sebab semua PKN ada temujanji 
dan semua bilik rundingcara penuh...
so saya ambil keputusan untuk ambil satu kes dr client yang baru datang 

awal sesi keadaan tenang...
walaupun client bercerita tentang masalah keluarganya dengan linangan airmata ...
client saya hilang kekuatan diri apabila suami & anak2 tidak lagi mempercayainya...
pelbagai fitnah terpaksa ditempuhi sendirian tanpa insan2 tersayang

saya cuba untuk beri kekuatan padanya...
ibarat kekuatan dr seorang anak kepada seorang emak ...
Alhamdulillah selepas hampir satu jam meluahkan isi hatinya beliau kembali tenang...
dan tatkala saya hulurkan senaskah al-mathurat untuknya sebelum selesai sesi
sekali lagi airmata beliau berlinang 
pesan saya hanya satu...
tatkala Allah hilangkan insan2 yang kita sayang daripada kita
ingatlah Allah tak pernah pinggirkan kita...
tangisan terakhir client saya agak panjang ...
beliau minta untuk pinjam bahu saya dan akhirnya beliau rebah di sisi saya...

PANIK???

ini kali pertama kejadian client saya pengsan akibat stress terlampau 
Alhamdulillah nasib baik teman pejabat yang juga pengamal perubatan Islam ada di pejabat
ustaz maklumkan client saya tak pengsan cuma beliau berada di bawah pengaruh sihir





Allahuakbar ...
pesan saya pada teman2 ...
jangan pernah musnahkan diri hanya kerana disebabkan kita hilang kasih sayang seorang manusia...
jangan musnahkan hidup kerana suami tidak lagi menyayangi 
jangan pernah untuk sakitkan diri kerana isteri tak lagi mentaati atau curang pada anda
bangunlah...
Allah sentiasa ada untuk kita...
Allah sentiasa menyayangi kita selagi kita mengingati dan mentaatinya...

*Bisikkan pada Dia rasa kasihmu...
Dia tak pernah dan tak akan menolak kasihmu sama sekali....

regards 
~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::