* maaf dari mulut seorang ayah...
berakhir sudah kisah Rindu Bertamu di Abu Dhabi...
rasa macam sekejap je drama ni di TV...
saya yakin...
episod akhir harini banyak mengundang airmata penonton...
dalam episod harini ...
ada scene yang benar2 meruntun hati saya...
babak haji ilham memohon maaf pada firdaus ...
sangat2 menyentuh hati ...
mendengar lafaz maaf dari seorang ayah kepada seorang anak...
mengingatkan saya pada satu kisah silam...
terkenang kisah 13 tahun yang lalu ...
bilamana saya dengan abah sedang berkonflik
ketika abah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi ...
saya dengan ego seorang anak...
abah dengan ego seorang bapa
yang mahu menegakkan haknya untuk mencari mencari pengganti arwah mak...
dalam kekalutan Allah izinkan jua abah & mama bersatu
darah muda kan masa tu....suka sgt nak memberontak...
darah muda kan masa tu....suka sgt nak memberontak...
waktu itu saya lebih suka habiskan masa di asrama ...
lakukan aktiviti ko-kurikulum di sekolah untuk lupakan kekalutan di rumah...
konon2nya bawa hati yg duka lara la kan
waktu tu saya buntu ....
hati saya tak mampu untuk terima mama seadanya sebagai pengganti emak
sememangnya ...
emak tiada pengganti...
tapi mama bukanlah seorang ibu tiri yg teruk seperti yg dibayangkan...
mama seorang yang baik...
tak pernah marah kami, tak pernah keluarkan kata2 yg kurang enak pd kami
masih terpahat dalam ingatan saya...
majlis pohon restu pelajar2 SPM SMKANT tahun 2001...
detik yang akan saya pahat dalam minda hingga akhir hayat...
untuk kali pertamanya ...
abah melafazkan maaf pada saya...
kerana mengheret kami anak2 ke dalam satu konflik
ketika abah memilih mama sebagai teman hidup...
tidak cukup dengan satu lafaz...
abah kirimkan satu kad khas untuk saya...
dalam kad tersebut abah tulis harapan abah untuk lihat kejayaan saya ...
dan sekali lagi abah mencoret perkataan maaf untuk saya
atas segala kesilapan2 lalu yang telah dilakukan....
saat saya membaca kad yang diberikan...
wujud rasa bersalah dalam diri...
dan rasa bersalah itu masih menebal dalam diri...
dari saat itu, detik itu
saya berjanji pada diri saya sendiri
untuk tidak mahu mendengar lagi lafaz maaf dari seorang ayah buat seorang anak...
siapa saya tanpa abah...
episod akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi hari ni
mengingatkan saya pada kenangan dulu...
insyaAllah saya masih berpegang pada janji itu...
saya tak mahu lagi mendengar lafaz maaf dari mulut abah...
kerana abah hero di hati saya
kerana abah hero di hati saya
ya sayang abah ....
#30 April ni birthday abah yang ke 64...
moga abah dianugerahkan kesihatan yang baik
dan umur yang barakah ...amin....
~regards~
adeqya8284
Comments