*♥*LaGenDa BuDaK SeTaN *♥*

dalam sibuk memenuhi jemputan kenduri kahwin di sana -sini...
rindu rasanya nak menonton wayang...
nak rileks2kan minda...
entah kenapa jari saya ringan sahaja pagi tadi...
buat reservation di website GSC untuk petang ni...

alhamdulillah selesai semua jemputan...
saya & tini sampai tepat pada masanya untuk ambil tiket yang dah dibooking...
hehe...lega rasanya...sebab tak payah nk beratur panjang...

preview filem: Lagenda Budak Setan
pendokong watak: farid kamil, lisa surihani, que haidar, raja farah, nubhan AF6 & fazura...

apa yang boleh saya ceritakan tentang preview filem ni...
sinematografinya ...sangat cantik...
penuh seni & pemandangan yang sangat indah...
tak sempat tgk lokasi pengambarannya dimana ...
tapi sy kira lokasinya mcm di hutan belum, perak...

pendokong watak utama kasyah*farid kamil & ayu*lisa surihani
sangat menjiwai watak...
airmata kasyah dalam filem ni buatkan banyak hati sebak saya kira...
nampak kesungguhan farid kamil menjiwai watak...
jalan ceritanya???
hehe...saya sarankan tgklah sendiri...
terlalu panjang untuk diceritakan....

cuma dari filem ni...
saya boleh simpulkan...

dengan CINTA,
manusia berubah dari yang BURUK menjadi yang lebih BAIK
*ref to watak kasyah~farid kamil

dengan CINTA,
manusia REBAH dan terpaksa AKUR pada kehendak
*ref to watak ayu~lisa surihani

dan dengan CINTA
manusia berDENDAM & tak mampu untuk kawal AMARAH
*ref to watak azmi~que haidar

menCINTAi juga tak semestinya diCINTAi
kerana CINTA itu terlalu indah untuk diungkapkan...
ianya anugerah....bukan hanya satu ungkapan perasaan...
*ref to watak kit~fazura

filem ni membuatkan saya mencari makna CINTA...
panjang lagi perjalanannya...
kerana CINTA yang ada dalam hati ....semakin pudar rasanya...
cukuplah CINTA yang ada hanya untuk Dia...Maha Pencipta...

hmmm...dah terlebih jiwang karat la pulak...
jari mahu berhenti menari...
ape pun saya beri 4 bintang untuk filem ni...
walau ianya dah buat saya beberapa kali sebak huhu ...
enjoy dengan trailer filem di bawah ni ya...

p/s: telah menukar koleksi muzik saya...:)
dedikasi untuk insan2 yang saya sayang...penguat jiwa & hati
♥mum♥dad♥

regards
~adeqya8284~

Comments

jura hj hamid said…
Salam sis,

SEMOGA AKAN BERTEMU CINTA SEJATI seorg LELAKI BUDIMAN....

nanti nak g tgok le cite ni....
* adeqya8284 * said…
My Dear Sis,
InsyaAllah...kita sama2 doa ya kak...moga satu hari saya bertemu jua dengan insan itu...hari ni lunyai rasanya ...sepagi saya kena kendalikan 5 kes...sampai satu tahap...tak berhenti2 mcm doktor periksa pesakit la pulak...pukul 1.30 baru boleh rehat...
Ya Allah berika saya kekuatan...
satu review yang sangat menarik, dan satu kupasan isu cinta yg hebat! syabas lovie maria ^^
* adeqya8284 * said…
thanks dear,

cerita yang menarik ...isu cinta yang bagus...nanti ina tonton ya...:)
ina sudah tonton cerita itu hehe (^__^)v!!!
* adeqya8284 * said…
ahaks... >_< nice kan???...sgt suka sinematografinya...i like (^__^)v!!!

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...