* redhalah ...dengan ujian itu *

catatan hari jumaat yang berkat...
alhamdulillah hari yg tenang ...

seperti biasa...sy melakukan rutin harian ...
menjalan tugas di pejabat...
dan hari yg agak bersemangat kerana ianya penghujung minggu :)

waktu pagi di pejabat saya sekadar menyemak kes2 sepanjang minggu...
dan mengemaskini semua kes sepanjang bulan jun
alhamdulillah...
tenang sedikit hati ni bila lihat ada 2-3 kes yg dah selesai
namun masih banyak kes yang perlu sy bantu...
moga kes2 ini akan berakhir dengan perdamaian...

menjelang petang...
usai solat zohor...saya terima panggilan dari teman di PKG Bayan lepas...
malangnya sy tak dapat angkat panggilan tersebut ...
kerana client sdg menunggu di dalam bilik rundingacara...
selesai sesi kaunseling...saya dapati banyak misscall dari teman2 di PKG...
hati saya terdetik...ada kecemasankah?
saya buat panggilan semula pada nombor2 yg tertera di diskrin hp...
nyata...
ada berita2 yang menyentap hati...

melalui k.ira...
sy dikhabarkan tentang pemergian bapa kepada en.syukur...
PTP unit ICT BTPNPP ...
k.ira juga sampaikan 2 berita sedih yg telah menimpa dua org teman saya..
anak k.yathee...pembantu tadbir di BTPNPP
telah jatuh dihempap almari...dan mengalami kecederaan yang kritikal...
anak bongsu kak yathee...
retak tempurung kepala dan mengalami pendarahan yang banyak...
sehingga pg td sy dikhabarkan..anak k.yathee masih berada di wad ICU ...
di salah sebuah hospital swasta di penang...
selain anak k.yathee...
kami juga terima berita sedih tentang anak kepada k.mariya PKG nibong tebal...
anak kelima k.mariya disahkan mengidap kanser darah ...
dan sedang menjalani rawatan di hospital pulau pinang...

ya Allah...besar ujianMu buat teman2 ku...
tenangkan hati2 mereka...
anugerahkan mereka kekuatan untuk melalui ujianMu ini Rabbi...

buat k.yathee & k.mariya...
kalian antara ibu tabah yang saya kenali...
redhalah dengan ujian ini...
moga ada hikmah di sebalik ujian yang maha hebat ini...
doa dari kami teman2 ...akan sentiasa mengiringi kesabaran kalian...

regards
~adeqya8284~
*mood muhasabah diri

Comments

* adeqya8284 * said…
dalam tenang Allah menguji...
ujianNya tanda peringatan...
tanda kita disayang...
jura hj hamid said…
Salam,

Syukur...
Ayahnda Cikgu Shukur telah selamat disemadikan jam 11.00 pagi td.

Anak Yatie e... telah stabil, akak call yatie pg tadi..

Anak mariya akan dipindahkan ke GH penang esok..

Ujian datang dan pergi...
* adeqya8284 * said…
kak,
moga teman2 kita sabar
dengan ujian yg tlh ditakdirkan ...

i.Allah...
kita sama2 doakan...
moga adik2 kecil ni terus sihat..
& kembali sembuh i.Allah...

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...