Wednesday, June 16, 2010

*♥* "Duhai Kalbu."*♥*

Duhai kalbu..

Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..

Walau pada haqnya..

amat lancar melontarkan kata-kata..

Dalam kepiluan menerima suratan..

Keredhaan yang utuh dibangunkan…

Tertarah juga dek linangan air mata…

Walau jasad sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…

Tapi apalah qudrat seorang hamba..

ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…

Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..

Hakikat insaniah yang lemah…

Merungkai kebenaran…


Ya Allah yang Maha Kuasa..


Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..

Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah

Natijah disebalik kepayahan..

Rahmat disebalik ujian…

Dan nikmat disebalik musibah..

Kugagahi jua perjalanan ini..

Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..

Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..

Ketentuan dan ketetapan…

Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…

Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..

Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..

Keutamaan cinta yang kekal abadi…


dipetik dari: iluvIslam.com

4 comments:

jura hj hamid said...

Sis,

HATI tidak akan sekali2 akan berbohong...cuma kekadang TUHAN ingin menguji kita..supaya kita lebih dekat dan mengingatiNYA...

A.Allah...kewarasan dan kewajaran akan menjadi penyuluh langkah...

luv u.....

* adeqya8284 * said...

My Dear Sis,

HATI memang tak pernah berbohong kak...cuma manusia yang berakal ini adakalanya terlalu taksub pada kata hati..moga HATI kita sentiasa diberi penyuluh dan petunjuk...supaya tak terus sesat dalam nikmat sementara ni...

thanks sis
luv & hugs

jura hj hamid said...

Salam sayang...

I.Allah....
Tuhan tidak akan menganiaya hambaNYA..
Dia cuma ingin menguji dan memberikan NIKMAT disebalik UJIAN itu..
Ya.. moga kita berpaksikan KEWAJARAN..

Miss U So much....
Blurrr up date HRMIS...line kacau...

* adeqya8284 * said...

insyaAllah...

sy dah usaha pada takat kemampuan hamba yang serba naif ni..selebihnya sy redha dan terima segala qada & qadarnya...thanks kak...kak & kwn2 selalu ada di sisi saya...may God bless u all..

*takpe kak blur kejap je tu..utk kemudahan di masa depan..HRMIS memudahkan semua urusan :)


luv & hugs