Monday, June 14, 2010

*♥* "mak, ayah restuilah kami..."*♥*

tajuk entry di atas tidak ada kaitan dengan diri sy ...
ianya hanyalah luahan hati salah seorang client sy pg td...

pagi tadi sy didatangi "A"(bukan nama sebenar) dan beberapa org ahli keluarganya...

apa perasaan anda bila perkahwinan anda tidak direstui ibubapa & keluarga...
hanya kerana anda adalah isteri kedua dan berpoligami?
apa perasaan anda apabila disisih keluarga sendiri?
keluarga lebih mempercayai bomoh...
dan sanggup menjaja aurat si anak kpd bomoh ...
semata2 utk menghilangkan sihir yg kononnya dihantar oleh suami...

hanya dengan satu kesalahan...yg tak boleh diMAAFkan...
"A" berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan wali...
sebelum berkahwin,
"A" tlh cuba untuk memohon restu & menjelaskan keadaan bakal suami kpd keluarga ...
namun keluarga menolak hanya dengan alasan...
"A" bakal mengahwini suami orang...
ahli keluarga sendiri sanggup menggelarkan "A" "pesakit mental"
walaupun "A" adalah golongan profesional dalam penjawat awam...
tidak dinafikan..."A" kelihatan sangat tertekan...
ketika sesi rundingcara bersama ahli keluarga di dalam bilik saya ...
"A" hanya mendiamkan diri...tanpa sepatah kata...

melihatkan suasana perbincangan semakin tegang...
saya mohon utk bercakap secara peribadi dgn "A"
saya kira ianya lebih mudah untuk saya selami hati insan yg sdg dlm tekanan ini...
segalanya tersingkap satu demi satu...
"A" yang hadirnya sebagai si pendiam di depan ayah & ahli keluarganya ...
menceritakan segala rentetan peristiwa yg telah menimpanya...
nampak riak "A'' bercerita penuh emosi dan tidak menipu...
saya yakin "A" banyak menyimpan rahsia dan tidak berkongsi dgn org lain...
alhamdulillah...
sy telah berjaya menarik "A" utk menceritakan segala masalahnya kepada saya...
amanah "A" akan saya pegang...
sehingga ke satu masa yang kira sy perlu menjadi org ke3 dalam masalah ini...

sy perlukan masa untuk menganalisis kes ini...
sy kira sy perlu adakan kaunseling susulan kepada keluarga "A" ...
untuk merungkaikan kekusutan di dalam keluarga ini...
Ya Allah berikan saya kekuatan untuk membela pihak yang teraniaya...
saya kira saya bukan mahu mencari salah siapa...
cuma mahu mencari punca kesalahan yang telah menyentap kebahagiaan keluarga ini...
~moga dipermudahkan segala urusan ini~

terfikir sejenak...............
*kdg2 masalah sendiri pun tak mampu saya rungkaikan...
namun demi tugas dan amanah...saya lakukan jua...
tiba2 rasa mahu kosongkan hati...
mahu maafkan semua org & mahu mohon maaf pd insan yg sy kenali...
**adakah sy akan dimaafkan**


::salah 1 daripada 5 kes sy hr ini::

regards
~adeqya8284~

6 comments:

jura hj hamid said...

Salam Sis,

Berilah kemaafan kepada musuh-musuh anda sebelum
anda TIDUR ......sekiranya saya salah seorang musuh
anda berikan kemaafan kepada saya. Kiranya ada
adalah musuh saya, SAYA TELAH MAAFKAN ANDA........

Sayang selalu....

* adeqya8284 * said...

Kak,
i.Allah...rasanya walau seremuk mana hati ni ...saya dah maafkan semua org...cuma terfikir dosa saya dengan org lain...dah dimaafkan atau belum...moga ada kemaafan dari insan2 lain...

*luv & hug*

kosen4 said...

Kesian kat "A" bertemu dengan bakal suami yang tak berani berhadapan dengan bakal mertua.Bagaimana suami "A" boleh membantu isterinya selepas mati sedangkan waktu hidupnya dah kantoii...
Redha isteri pada suami, Redha suami pada ibu & mertua...

* adeqya8284 * said...

Kosen,
maaf ada sedikit cerita yg tertinggal...bakal suami "A" dah bertemu dengan keluarga "A" namun dia dicemuh sebab dia dah beristeri...masalah ni complicated sikit sebab ada masalah dalaman...itulah amanah "A" yang saya pegang sebab keluarganya sendiri pun tak tahu masalah dalaman yang dialami...kita sama2 doa moga kekusutan ni dapat dileraikan dengan baik dan tenang ...

Lina^ Chan said...

insyaAllah, kalo kita dah maafkan orang, dengan doa dan harapan kita agar dimaafkan oleh orang lain,nescaya kita juga akan dimaafkan..insyaAllah...Allah x mensia-sia hati yg ikhlas ^^

* adeqya8284 * said...

My dear liena,

i.Allah...susah kan nak bersihkan HATI dengan kemaafan...satu anggota yang kita tak nampak tapi besar kesannya pada tiap tindakan kita...i.Allah..hanya Allah yang tahu niat HATI kita yang sebenar dalam mengawal segala kemungkinan...thanks dear..

luv & hugs