*♥* Standing in the eyes of the World *♥*

masih tersemat dalam ingatan...
satu masa dahulu...ketika minggu orientasi sidang akademik 2006/2007
2 jun 2006...
lagu ini pernah berkumandang di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia...

saya dan rakan2 menyanyikannya dengan penuh semangat...
diiringi klip video majlis konvokesyen senior2 kami terdahulu...
dan tanpa sedar ada mutiara jernih yang menyapa dan turun ke pipi ini...
airmata yang gugur ...menandakan bermulanya detik perjuangan...
waktu itu terdetik dalam hati...mampukah aku???

alhamdulillah...
berkat doa insan2 tersayang...segalanya telah berakhir dengan jayanya...

insyaAllah tanggal 08082010...
sidang akhir konvokesyen universiti sains malaysia yang ke-42...
saya akan menjejak semula ke Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia...
tetapi bukan lagi sebagai seorang pelajar...
i.Allah sebagai seorang graduan ijazah sarjana muda pengurusan dengan kepujian...
thanks God for this sweet moment...

*jika dahulu saya menghitung hari untuk menghabiskan pengajian...
tetapi hari ini...ada rindu yg bertaut...
rindu pada kenangan di taman ilmu itu...
yang akan sentiasa saya kenang...selangi nyawa masih dikandung jasad....

regards
~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::