.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

Special topic today....gemuk:montel:chubby....berbeza dari segi ejaan...tp maksudnya lebih kurang sama kan.....sy terpanggil untuk bicara tentang topik ini lps chat dgn eena semalam....

Dalam dunia ni, Allah ciptakan macam-macam bentuk dan rupa manusia...
pada pandangan manusia pastinya ada yang cantik, ada yang x cantik, ada yang 'sedang2' saja...
biasa la kan.....takrifan manusia pastinya tak sama..
One thing ...yang selalu bermain di dalam fikiran saya...
saya tak blh dan tak mampu untuk paksa org lain suka atau senang berkawan dengan saya...
kalau org yang berkawan dgn saya menilai dari fizikal pastinya ...
saya akan terkeluar drpada list mereka
ye la..tak cantik, montel sejak dr kecil...*haha alasan untuk malas jaga badan..
saya sedar perkara ni sejak dari dulu lagi....tp saya pegang pada janji Allah
setiap ciptaanNya punya kelebihan masing2....
kelebihan dan kekurangan yang tak nampak dgn mata kasar manusia

Sy sendiri sejak dari kecil menjadi bahan ketawa dan usikan di dalam keluarga...
mcm2 gelaran yg dberi*secret*tak boleh dinyatakan di sini hehe....
dulu masa kecik2 kalau sedih diejek..sy akn menangis sorang2...
maklum la adik beradik tak ramai ...dgn kakak pun tak berapa "ngam" dulu-dulu,
so saya lbh suka menyendiri..
dlm saya menyendiri rupanya saya tak sedar..di situ saya belajar utk berfikir& lbh matang
dlm kata lain sy blh memotivasi dan memujuk diri sendiri..agak pelik kan...
tapi itu realiti...dan hasilnya hari ni..saya lebih senang untuk pujuk diri sendiri kalau berada dalam kesedihan...bukan tak perlukan insan lain disisi..tp sy rasa sy boleh berdikari...
adakalanya saya msh perlukan teman jg...tapi tak bergantung 100%...
Kalau difikir2kan balik org gemuk ni ada kelebihannya ...br semalam sy dengar siri motivasi bersama Dato' Dr Fadhilah Kamsah....
Bicara soal personaliti dan fizikal, topik yang menarik..buat sy lalai seketika bila mendngarnya...
Antara perkara-perkara yg masih sy igt :

Ciri-ciri fizikal ::jenis rambut dan sifat-sifat

rambut lurus / tegak ::penyayang tp kuat cemburu
rambut berombak / kerinting ::penyayang / berfikiran terbuka
( kata Dr Fadhilah, Rasulullah punya rambut yg berombak *waAllahualam)

ciri-ciri fizikal ::bentuk muka dan sifat-sifat
berwajah bulat:: org ini lebih yakin dalam percakapan
berwajah bujur sireh::org ini pemalu dan kurang keyakinan

ciri-ciri fizikal ::bentuk badan dan sifat-sifat
org yang berbadan besar@bentuk badan bulat::pemurah / penyayang
org yg kurus @berbadan kecil::penyayang, berjimat-cermat&adakalanya membawa kpd bakhil

ini hanya sekadar pemerhatian daripada beberapa kajian yang telah dilakukan,
Jangan percaya 100% nanti jatuh khurafat, cuma boleh djadikan panduan
secara realitinya juga perkara ni tak 100% berlaku tp kebanyakan kes adalah benar..

Nah, dari ciri2 ni saya rasa...perkara2 positif memihak kepada org2 yang comel macam saya...
*lagi masuk bakul angkat sendri.. =) hehe...
Anugerah Allah..mcm yg saya kata td..setiap org pasti ada kelebihannya..
so pada rakan2 yang comel2 seperti saya...jgn takut dan gentar pada suara2 lain...
pegang pada iman dan juga ilmu..selagi itu jd pegangan, kita tak akan bersendiri...
Pastinya setiap manusia juga punya kelemahan...kita cuba perbaiki kelemahan pada takat daya dan kemampuan kita..
b'dasarkan pd pengalaman,
sy sendiri bekas pemain bola jaring Dperingkat sekolah rendah dan kolej..
cuma sekarang kena kurangkan sedikit aktiviti lasak dsebabkan kecederaan2 yg pernah dialami...patah kaki la..terkoyak otot la..hehe..noty gal...
lihat saya masih jadi penyumbang kepada kejayaan pihak lain...
yg penting semangat perjuangan mesti ada dan jgn mudah mengalah..
gagal sekali tak bermakna gagal selamanya...

* Saya nk dgr komen dr Sis Dina...dan kwn2 yg lain kalau boleh...bukan ape untuk memotivasikan diri ...tak salah kan =)

setakat ni saja utk kali ni...maaf ya kalau melalut..
p/s *eena..jgn risau ya walau apa pun yg jadi...sayangi diri anda..kerana ianya anugerah paling berharga dari Dia...=)

regards::adeqya8284::

Comments

maria dear,

thanks sangat atas motivasi yg maria coretkan dlm post maria kali ni..maria buka perspektif baru pada ina..zalim betul org yg kutuk golongan comel2 ni ya..sebab mereka tak sedar yg itu juga kurniaan tuhan..mmg kita boleh control badan kita..tapi mcm mana pulak dgn yg lain yg mmg tak berdaya nk buat apa2 lagi..dah mcm2 cuba tapi tak berjaya?? ina cukup x suka org yg suka hina2 bentuk fizikal manusia lain..selain x hormat sensitiviti,kutuk bentuk fizikal kurniaan Tuhan ni mmg berdosa..wallahua'lam..

so again, thanks maria dear for the motivational post this time. i really appreciated a lot =D.

love n hugs
Anonymous said…
betul tu..mulut manusia mmg tak boleh tutup, lagi2 kalau bab menegur fizikal seseorang..org yg kurus pun ditegur,yg xkurus pn ditegur..Allah dah jadikan manusia dah seelok seadanya. kalau semuanya sempurna, dah takde apa yg tinggal, cuma kosong.=)
nEeChAn said…
salam, maria..

that was so true..akk sokong 100%.. manusia ni xpernahnya puas. ada ja yg xkena kt hati mrk. gemuk slh, kurus sgt pun xkena.. mcm akk slalu dicop 'kenit' n 'cikeding'. mula2 sedih jgk org panggil mcm tu. tp lama kelamaan, dh xkisah, dh lali dgn suma tu. yg pentingnya, kita sihat walafiat kn maria..

so Maria, no worries ok.. ceria selalu..
Na Shari said…
Maria dearie,
Gemuk atau kurus, cantik atau hodoh, tinggi atau rendah, hitam atau putih...kita semua makhluk Tuhan yang berhak hidup di muka bumi ni. Ada sebab Allah menjadikan semua makhluknya berbeza. Semua tu sebenarnya berdasarkan luaran je. Paling penting, apa yang ada dalam hati kita. Cuba fikirkan balik, kadang2 ada pasangan yang sangat kontra fizikalnya...yang sorang gemuk, yang sorang kurus. Yg sorang tinggi, yg sorang rendah...tapi tetap bahagia. Contoh terdekat, akak dan suami. Akak gemuk, dia kurus...Tapi suami akak tetap katakan bahawa akak adalah anugerah terindah yang Tuhan bagi untuk dia...Kenapa? Kerana dia memandang akak dgn mata hatinya...
kesimpulannya di sini...ada hikmah di sebalik semua kejadian Tuhan. Terpulang pada kita untuk mentafsir dan mensyukuri...
* adeqya8284 * said…
thanks a lot utk semua ...=)

Eena,
Sama2 la kita memotivasikan diri =) bagi maria kita semua manusia yg istimewa..punya kelebihan & kekurangan masing2 so jgn sedih2

*hidup mesti ceria=)

Bihah,
thanks sis, btul tu..akak ada kwn yg sggup berhabisan duit utk beli susu yg boleh gemukkan badan..hehe.kdg2 akak melawak gak ngan dia..amik lemak akak jer...heheh =)kurus pun salah, gemuk pun salah..hehe

K.muni,
betul kata akak, nanti bila dah lenguh mulut diaorg mengata tahu la diaorg senyap kan..hehe..mulut org..kita tak leh tutup..biarkan..asalkan diaorg bahagia..hehe

Sis Dina,
Thanks akak, saya percaya jodoh, ajal, maut dtangan tuhan...dlm berkwn sy ikut kata hati..tak pernah pandang luaran seseorg tu..yg pnting hatinya ikhlas dan boleh terima diri kita seadanya...itu tunjang diri yang akan dbawa smpai mati...mcm akak pun istimewa..dmata anak2 dtaska akak...pasti mereka amat sygkan akak...=)
Anonymous said…
Drug Use Forecasting Said [url=http://aneveningforautism.org/]lasix cost[/url] Horses that bleed from the nose more than three times are not allowed to race in the future for their protection. http://aneveningforautism.org/ - purchase lasix
Anonymous said…
Medication Bipolar Expensive http://ugafootballbook.com/ - cheap terbinafine It is available in both over the counter as well as stronger prescription forms. [url=http://ugafootballbook.com/]lamisil drug[/url]

Popular posts from this blog

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...