*♥* how to be a good young lady boss *♥*

macam poyo je kan tajuk entry dia atas...
tp inilah realiti kehidupan...
saya masih berada dalam keadaan "nervous" ...
dan masih berada dalam tempoh percubaan untuk menyesuaikan diri di pejabat baru...
hari pertama dan kedua tak berlaku perkara2 yang pelik...
masuk hari ketiga...
saya terpaksa handle kes kaunseling yang pertama...
walaupun pada asalnya sy mohon untuk handle kes pd bulan depan...
tetapi keadaan client yg ramai menjadikan saya "bidan terjun" untuk buka fail kes...
terkejut...terkedu dan terkesima...
kerana masih belum biasa dgn prosedur pengendalian kes kaunseling kekeluargaan...
alhamdulillah hari ni...walaupun tak ditemani k.zah .
sy dah mampu untuk buat keputusan dan handle kes-kes untuk hari ni...

dan sejak kelmarin juga...dah ada staff2 yang dah mula bersuara dan bertanya...
"takpe ke kami panggil maria nama je? ke nak kami panggil cik ke...ustazah ke"
huahua....belum bersedia rasanya...
sy lebih selesa untuk berdamping dgn staff2...sebagai "kawan"
memandangkan sy adalah staff kedua termuda di dalam pejabat ni...
jadi sy hormati pengalaman mereka ...
dan dalam masa yang sama sy juga perlukan kerjasama
dari mereka untuk laksanakan tanggungjawab saya...
alhamdulillah ...sy lihat perkembangan yg positif...

banyak yg saya sy perlu belajar...dalam pentadbiran dan suasana pejabat...
hr ni sy berguru dgn "tok guru nizam" untuk kendalikan sistem e-munakahat...
*sistem daftar nikah & cerai secara online kerajaan negeri pulau pinang...
amat la merapu bekerja dgn si nizam ni...
sekali pandang mcm budak2...tp sebenarnya dah jd bapak kepada budak ..hehe
saya akui..walau diberi bilik kerja sendiri...
saya lebih suka bekerja di bahagian pentadbiran untuk kenal dengan semua staff
dan tahu perkembangan di kaunter...
kecuali untuk sesi pengendalian kes2 kaunseling...
saya perlu membawa pasangan masuk ke dalam bilik...
untuk sesi kaunseling dan perbincangan...

inilah suasana baru yg sy perlu lalui...
alhamdulillah hingga hr ni ...semuanya berjalan lancar...
moga hari2 mendatang akan memberikan saya lebih pengalaman
untuk menjadikan diri saya lebih matang, yakin & ceria :)...

mahu stop membebel...hehe

::regards::
~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...