* my 2nd anniversary *

Alhamdulillah ...
hari ni genap 2 tahun saya berhijrah dari keluarga pendidikan...
pantas rasanya masa berjalan ...

2 tahun lalu pada tarikh 26 April ini ...
seawal jam 6.30 pagi saya telah menapak ke KOMTAR untuk sesi melapor diri
pergi dengan menaiki bas dari USM ...
waktu tu masih lagi dalam sesi peperiksaan tahun akhir PJJ di USM ...
tak dapat elakkan diri dari kedua-dua tanggungjawab ...
tangunggajawab sebagai penjawat awam dan juga pelajar...
alhamdulillah ...
segalanya berjalan lancar walaupun banyak kezutan yang diterima pd hari pertama...
cerita-ceritit melapor diri ada saya coretkan di sini ...

syukur ...
rasanya saya makin selesa dengan dunia hari ini ...
walaupun setiap hari cabaran datang tanpa diduga ...
saya kira saya & team PADSPS mampu hadapi dengan izinNya ...

thanks God ...
untuk anugerah yang tak ternilai ini ...
apa yang mampu saya gambarkan di sini ...
terlalu banyak transformasi yang saya lalui ...

pengalaman hari pertama bertemu bos yang tak mengalu2kan kehadiran saya ...
sebenarnya telah menjadi pembakar semangat untuk menjadi insan yang lebih cemerlang ...
alhamdulillah...
kalau 2 tahun lepas ...lafaz pertama yang keluar dr mulut seorang pegawai ...
"saya mengharapkan penolong saya adalah lelaki"
dan ayat tersebut diulang sehingga 5-6 kali pada hari pertama saya melapor diri...
waktu tu ... terlalu "down" rasanya ...
seolah-olah kehadiran saya seorang wanita
seperti tak dialu-alukan dalam organisasi ini ...

syukur...
selepas kurang dua tahun saya perform di jabatan baru ini ...
nyata mentaliti pegawai tersebut terhadap hasil kerja peg. wanita tlh banyak berubah...
segalanya saya terima... dan simpan ia kemas dalam ingatan...
only God knows ...suka dan duka yang saya tempuh ...
saya kira untuk tahun pertama banyak perkara duka yang menyapa ...
dan alhamdulillah perlahan-lahan ...berkat doa semua saya mula belajar ...
dan letakkan segalanya di tangan takdir ...
alhamdulillah ...
nyata lakaran takdir itu amat indah awalaupun pahit untuk ditelan...
tak berniat untuk berbangga ... hanya sekadar untuk memotivasi diri...
supaya berusaha dengan lebih gigih
dalam menghasilkan kerja-kerja yang lebih bermutu dan berkualiti...

Thanks Allah ...
bukan pujian yang saya pinta ...
hanya sekadar mahu mengangkat martabat agama di mata masyarakat...
kalau dulu ramai yang mempertikaikan apa peranan pejabat agama utk masyarakat...
hari ni sedikit sebanyak rumors tesebut berjaya kami sangkal ...
banyak tanggungjawab kami sebenarnya ...
bukan hanya sekadar
memberi kebenaran berkahwin, mendaftar pernikahan, perceraian dan ruju', sahaja...
sangat meluas dan kami sepatutnya lebih dekat dan akrab dengan masyarakat ...
moga dipermudahkan segala urusan-urusan kami dalam melaksanakan tugas
disamping melaksanakan fardhu ain secara amnya ...

Alhamdulillah... syukur
walaupun telah lalui beberapa siri perkara yang tidak dijangka ...
saya ambil segalanya sebagai pengalaman walaupun 'sakit' adalah hadiahnya ...
ujian sakit dengan penyakit-penyakit mistik ...
membuatkan saya banyak bermuhasabah...
gangguan ketika saya mengendalikan kes murtad,
sakitnya hanya Allah yang tahu ...
ibarat tidur di atas bara api selama seminggu ...amat menyakitkan
gangguan ketika saya mengendalikan kes kaunseling ...
yang melibatkan saka client dan saka keluarga ...
menjadikan saya sakit hampir setahun...
sakit yang berperang dengan diri sendiri ...
bayangkan malam-malam anda diselubungi dengan ketakutan & kesakitan ...
seluruh badan kebas & sakit ...ibarat seperti ditusuk kaca dan duri yang tajam...
hanya mampu menangis tanpa boleh minta bantuan orang lain ...
tak ada perkataan yang mampu saya ungkapkan ...untuk describe sakitnya ...
syukur segalanya telah berakhir...
dengan bantuan dari seorang staff yang juga pengamal perubatan islam ...
saya kini sembuh sepenuhnya ...
cerita saya sakit sehingga dikafankan ...ada tercoret di sini ...

syukur ya Allah ...
hijrahMu ini sebenarnya amat indah ...
26 April juga adalah tarikh lahir salah seorang sahabat yang pernah mewarnai hidup saya ...
selamat hari lahir buat insan yang berkenaan ...
semoga terus memanfaatkan umur yang diberi ...
dan semoga mejnadi mukmin yang dirahmati dan disayangi Allah selalu ...

* entry ini ditulis 2 hari awal dari tarikh 26 April ...
saya gunakan format auto publish ...
untuk appearkan entry ini pada tarikh yang dah disetup...
harap2 setting saya menjadi kali ni ...
26 April saya ada kuliah fiqh bersama Sahibussamahah Dato' Mufti ...
takut tak berkesempatan nak menulis ... ^^,*
* untuk my dear cousin diba ....
he3 ...ini lah tarikh yang maria tunggu2 tempohari ...
panjang alkisahnya ^^,*

Alhamdulillah ...alhamdulillah ...syukur ya Allah ...

~regards~
adeqya8284

Comments

nazrah said…
Kuatnya dugaan kamu Maria dalam menangani penyakit Mistik itu..
* adeqya8284 * said…
nazrah...
doakan saya terus kuat untuk tempuh dugaan2 mendatang ...insyaAllah :)

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...