*♥* ceritera penghulu segala hari *♥*

Alhamdulillah...kelmarin penghulu segala hari yg indah...
walau banyak ujian yg datang menerpa...

awal pg kelmarin ...
sebelum menjejak ke office sy siapkan hidangan spagethi untuk teman2 di pejabat...
dah lama berjanji nak masakkan...baru kelmarin ada kelapangan...
dan kebetulan kantin pejabat masih belum buka dan masih beraya...hehe
malang tak berbau...sebahagian sos spagethi tumpah dlm kereta...huhu
kuantiti sos yg saya buat agak banyak...
so maybe bekas sos tu tak balance bila diletakkan dlam kereta...
nasib baik sikit je yg tumpah...huhu
alhamdulillah lepas sesi tazkirah pg kelmarin semua menjamu selera...:)
seronok bila makan ramai2 ni ...yg x best pun boleh jd best kan...
yg mencuit hatinya bila ada yg bertanya...
maria yg masak ke? maria pandai masak ke?
huhu...mahu je saya jawab...
org perempuan kalau tak boleh memasak tu satu kerugian...
setinggi mana belajar pun ke ceruk dapur jugak tempatnya :)

itu cerita pagi hari...
cerita tghari...
saya meneman k.zah pergi menempah kad majlis perkahwinan adiknya...
keluar dr kedai menempah kad kahwin tu...satu lagi xciden berlaku...
sian cik greenish...biarpun dia kereta baru...dah 3 kali xcident...
aduyai...nak kena mandi bunga lagi jawabnya ni...
nasib baik hanya xcident kecil...takde yg kemek2....huhu
2 kali cik greenish dilanggar...
tp kelmarin cik greenish pulak yg tercium motorsikal org...huhu :(

lps habis keje ...mcm biasa kelmarin hari jumaat ...
sure ada date dgn tini ke p.mlm parit buntar...hehe
bukan beli apa pun saja menjamu mata...
balik dr p.mlm saya dihidangkan dengan satu ciptaan Allah yg sangat indah...
pelangi senja...teruja...sangat cantik..subhanallah...
kebiasaannya pelangi yg kita lihat berbentuk 1/4 bulatan saja kan...
tp kelmarin sy dihidangkan dgn pelangi senja separa bulatan...
nak ambil gambar penuh tak boleh ...pelangi tu terlalu besar...hp saya kecik je...
tp bila 2 gambar dr arah yg berbeza dicantumkan saya kira ia masih boleh kelihatan...
lihatlah....



cantikkan ciptaan Allah...
melihat pelangi senja nan indah hilang duka lara sepanjang hari...
dalam hati mengharap...moga hari2 mendatang jua lebih indah dan lebih baik...

subhanaAllah

regards
~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::