: pelik ??? :

minggu ni banyak sangat surat cinta yang turun dari jabatan ....
macam-macam mesyuarat, macam-macam kursus, macam-macam majlis...

dalam banyak2 surat saya tertarik dengan satu mesyuarat....
tajuk mesyuarat tak la menakutkan sangat ...
Mesy Fasilitator Prog Pembangunan Keluarga Islam & Prog Pembangunan Sosial 
atau shortnamenya Mesyuarat Fasilitator PPKI & PPS
dua program ni dah jadi program tahunan sy...
bezanya hanya modul yang diketengahkan dalam setiap sessi...
tahun lepas 3 kali saya terlibat dgn program ini...
2 kali untuk modul remaja & sekali untuk modul ibu tunggal 

waktu handle modul ibu tunggal terasa juga la keberatannya...
but alhamdulillah its great experience ...
bila berjumpa & lead mini dicussion with ibu2 tunggal yang muda ...
saya kira mereka sangat kuat dalam menempuh kehidupan bersama anak-anak...

untuk mesyuarat kali ni suspen juga la ...
modul apa pulak la yang diketengahkan kali ni ...
belek punya belek surat tiba2 terkejut sekejap... modul ibu hamil???
mak aiiii....
tengok senarai fasi kali ni ...
ada 4 orang fasi bujang ... biar betul...
mcmana la kami yang bujang ni nak bincangkan bab2 kehamilan ni ...
nak gelak ada....susah hati pun ada ...hi3 ...

nampak gayanya kena turun padang dulu la
kena ambil masa utk p sembang dengan kawan2 yang tgh preggy sekarang...
hope task kali ni berjaya la ...terasa naif je untuk handle prog kali ni ...

hmmmm

~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::