.: maafkan saya :.
hati sedang berwalang sebenarnya ...
teruk sangat bunyinya kan ...entah la ... sejak minggu lepas ...
macam2 perkara yang singgah di minda ni...
urusan kerja biasa la ...
asalnya malas nak berat2kan otak ni...
tapi makin dibiarkan saya rasa makin banyak pulak bebanan yang sy tanggung ...
awal minggu ni ...
saya cuba untuk buka buku baru dalam dunia karier saya ...
selepas menerima beberapa teguran dari pihak jabatan
saya akur yang kadang2 saya terlebih buat kerja ...
saya akur yang kadang2 saya terlebih buat kerja ...
kalau ikutkan waran perjawatan ...
saya hanya ditugaskan untuk unit rundingcara / khidmat nasihat sahaja ...
ini bermakna
segala kerja-kerja NCR, qaryah, pentadbiran dan dakwah saya blh tolak ke tepi...
segala kerja-kerja NCR, qaryah, pentadbiran dan dakwah saya blh tolak ke tepi...
malangnya bila saya cuba apply kelmarin ...banyak pula ujian yang tak dijangka ...
kelmarin saya mula kembali ambil kes2 kaunseling di pejabat ...
sebelum ni
saya hanya backup utk kaunseling remaja dan kes-kes ke mahkamah sahaja ...
saya hanya backup utk kaunseling remaja dan kes-kes ke mahkamah sahaja ...
so untuk bertulkan keadaan saya kembali kpd tugas sy sebenar ...
berat rasanya kepala ni untuk apply semula skil2 yang dah lama x diasah ...
separuh hari saya dengan 3 kes disambung dengan satu kes
saudara baru yang pengislamannya tidak didaftarkan ...
selepas disiasat ...kesilapan pendaftaran itu adalah kesilapan staff saya ...
kecewanya dengan sikap staff berkenaan ...
ini bukan kesilapan kali pertamanya dan ini juga bukan satu kesilapan kecil
kali ni saya tak dapat untuk backup lagi kesilapan yg dilakukan
tanpa rela hati saya terpaksa buat report pada bos untuk jaga kebajikan semua...
dari petang membawa ke malam ...
bos tak puas hati
dan dia minta saya fikirkan solusi dan tindakan yg patut diambil keatas staff berkenaan
ikutkan saya, saya masih boleh maafkan dengan syarat saya tak mahu
staff berkenaan handle unit ukhwah lagi ...
saya masih boleh terima staff berkenaan cuma perlu tukarkan beliau ke unit lain ...
pagi ni ...bos pula mengutarakan pendapatnya
dan nampaknya hujahnya lebih kuat dari saya ...
tindakan dari bos ...dia akan tukarkan staff tersebut ...
rasa bersalah mula menebal dalam benak hati ni ...
maafkan saya ...
kuasa bukan di tangan saya ...
tak mampu untuk menyangkal lagi ...
ya Allah buangkan rasa bersalah ini...hati tak tenang ....
Comments