*stress bertimpa-timpa*

mohon kekuatan agar diri ini terus mampu untuk menempuhi segalanya ...
pagi ni ...
bos saya collapse selepas mesyuarat tilawah peringkat zon kali kedua di komtar...

bos sy sememangnya punya rekod penyakit jantung ...
kemungkinan selepas beberapa siri kerja yang bersambung2 tanpa henti ...
bos kembali lemah harini

saya telah aturkan 2 mesyuarat untuk qaryah esok hari...
bila keadaan dah jadi begini ...
terpaksa tunda segala mesyuarat sehingga ke satu tarikh
yang selesa untuk semua pihak...


saya juga mohon kekuatan ...
minggu depan siang malam kudrat kami diperlukan untuk 2 majlis yg berasingan
jumaat malam tilawah al-quran peringkat zon diadakan ...
sabtu dan ahad ...
saya & team akan sambung bertugas untuk kursus praperkahwinan ...

selesai tilawah peringkat zon ...
bos dah suarakan untuk mesyuarat karnival masjid peringkat daerah ...
insyaAllah thn ni...karnival akan berlansung pada mei 2012...
dan pada bulan jun program akan disambung
dengan seminar keluarga harmoni
yang bajetnya akan turun pada bila2 masa sahaja dr sekarang....

ya Allah mohon kekuatan fizikal dan juga mental ...
yang tersenarai hanyalah sekelumit dr masalah kehidupan ...
tak termasuk masalah peribadi lagi ...
ya Allah Engkau Maha Mengetahui ...kudrat dan kemampuan yang kumiliki....

~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::