* i.s.n.i.n *

ada apa dengan isnin???
one word to describe ... *busy*
gitulah kan...minggu lepas membawa ke minggu ni ...
bermulalah episod baru dalam hidup untuk bekerja 7 hari seminggu ...

unbelieveble...
letih...sangat2 letih ...
saya cuba kuatkan semangat demi rakan2 setugas...
memandang kesibukan farha & kak annur yang dtg kerja bersama baby...
melihat yasmin yang datang kerja bersama se'bundle' buku...
saya cuba kuatkan semangat ...
walaupun hakikatnya saya letih ...
utk berulang setiap hari ke bandar perda bg mengatur p'jalanan kursus

Ya Allah kuatkan semangat kami ...berikan kami kekuatan untuk terus berbakti
*bangun pagi td terasa mcm nk amik MC jer...hu3...
alhamdulillah perlahan2 dlm susah saya melangkah jua ...
teringat 2-3 kes yg belum dibuat laporan ...risau jdnya ...

pg td...seawal jam 8.30 ...saya didatangi seorang rakan ...
kami kenal sejak umur 7 thn lagi ...hinggalah ke sekolah menengah ...
selepas spm masing2 bw haluan ...
rakan saya ni bijak orgnya ...jd rezekinya lebih dr saya ...
beliau ke matrik dan habiskan pengajian di peringkat ijazah lebih awal drpada saya ...
rezeki masing2 kan...^^,*

di awal pertemuan td...nampaknya dia agak kekok utk sesi rundingcara ...
saya akui agak susah untuk handle kes2 yang melibatkan kenalan sendiri...
saya sendiri ada offer utk serahkan kesnya kpd pembantu saya namun beliau menolak ...
selepas 10 minit alhamdulillah sesi berjaya juga dimulakan ...

bercakap soal takdir ...
dan memujuk hati yang sedang remuk rendam sememangnya susah utk digambarkan...
seperti selalunya ...ayat yang sering diucapkan kepada saya sebelum2 ni ...sama sahaja
"susah maria ...maria belum kahwin ...
maria tak tahu macamana terseksanya hati ni ...susahnya hidup ni ..."
*itu antara ayat2 klise yang selalu ditempiaskan kpd saya ...

betul hakikatnya begitu ...
tapi beliau perlu terima hakikat ini adalah tugas saya ...dan saya perlu bertanggungjawab
keatas setiap kes yang bakal dipanjangkan ke mahkamah ...
ikut hati mahu je saya jawab dengan kata-kata yg sinis juga ...
tp itu bukan etika kaunseling dan rundingcara ...
saya sedar ...
beliau masih tidak percaya...
yang beliau sedang berhadapan dgn kwn lama yg tidak sehebat dirinya...
*siapalah saya kalau hendak dibandingkan dgn dirinya
yang hebat menggondol 7-8 A satu masa dulu kan ...

Allah itu adil ...
Dia akan beri pada yang berusaha ...
dan Dia tarik sedikit demi sedikit anugerahNya pada yang dah mula lalai & melupakannya ...

alhamdulillah ...dalam tenang ..berjaya juga saya merobek benteng egonya ...
bukan mahu cari salah siapa...
tapi sebagai hamba ...selayaknya kita muhasabah ...dan perbaiki diri ...
sebab tiada yang sempurna ...

bukan mudah untuk melepaskan insan yang kita sayang ...
dan tidak mudah juga untuk memegang status 'janda' dalam usia sementah ini ...
tapi saya percaya dirinya dan anak-anak akan lebih bahagia ...
sekiranya melepaskan "kebahagiaan" sementara ini...demi untuk
kebahagiaan masa depan ...
sebagai salah seorang fasi kaunseling kelompok ibu tunggal...
saya sedia membantu beliau dan 2-3 rakan2 lain yang masih dalam dilema ...
dan masih melalui fasa kemurungan selepas perceraian ...

ingatlah ...
selepas turunnya hujan ...pasti Allah akan kurniakan pelangi yang indah ...^^,*
positif untuk masa depan ...insyaAllah bahagia jg akan bersemi indah :)

~regards~
adeqya8284

Comments

tabah dear, indeed ur job tasks are really challenging and so much interesting! =D KALAULAH BOLEH "LIKE" bloggie post ni mcm fb kan? hahah
* adeqya8284 * said…
my dear liena,

sangat rindu nak jumpa kamuuuu....
nk hang out sambil kunyah2 bubble yang boleh menghilangkan stress.. he3...rambut dah banyak gugur dear ..byk sgt memikir...kena cari yun nam hair care lps ni...hik3^^,*

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::