*akak keje bank ke??*

lamanya tak update blog...
maaf ya... saya kesuntukan masa...
jadual harian sangat pack...sampaikan waktu rehat pun kdg2 sy abaikan ...
hari ni demam...
tak ke mana sebab tu la yg dapat mengadap cik lappy ni...
kalau tak kehulu ke hilir jg la saya jawabnya...huhu...

wanna to share one story...
ehem...ehem...story yg kelakar suam2 kuku la...hi3...

setiap hari rabu...
sememangnya hari rasmi untuk warga PADSPS berbaju korporat...
fesyen baju korporatnya ala2 begini la ...
hi3 jadi model kejap ya ...




*with k.nana sewaktu hari pertama baju korporat dirasmikan*

alkisahnya sejak awal minggu yg lepas encik abah kurang sihat...
so tanggungjawab untuk melawat abang secara rasminya berpindah kepada saya...
hari rabu minggu ni kan hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang...
apa lagi...tak cukup kaki dan tangan la saya jadinya...
kalau selalunya saya melawat abang waktu lunch hour...
tapi hari rabu yang lepas saya terpaksa melawat abang selepas waktu bekerja ...
disebabkan lambakan kerja di pejabat...
dipendekkan cerita...sah2 la saya pergi ke hospital ...
dengan uniform di atas kan...
mana sempat nak balik salin baju...

hi3...redah je la kan...

alkisah...sampai di satu kawasan di area2 bkt mertajam...
terasa haus pula tekak saya ...
sempat landing di sebuah stesyen minyak untuk dapatkan minuman...
waktu saya nk membayar harga minuman...
adik cashier di kaunter menegur ...
"akak baru balik keje ke?"
berbasa basi sy menjawab "a'ah baru balik keje"
sy tgk2 jugak jam ditangan ...
dah 6 petang...mestilah balik keje dik oiiii...*getus dalam hati je la...hi3
tiba2 adik cashier tu bersuara lagi...
"akak keje bank ke? bank mana kak?"
aduyai...terlebih mesra la pulak...sy pulak pandang diri saya atas bawah...
ada mcm rupa org keje bank ke?
hi3...dengan senyuman yg lebar sy menjawab..."takdelah dik...akak keje pejabat agama"
dalam hati rasa nak menambah je "akak ni ustazah dik"
hu3...boleh ke gitu...

moral of the story...dont judge a book by its cover...^^,
ustazah2 hari ni pun perlu moden jg ...
selagi tak membuka aurat tak salah kan? :)
mungkin bg sesetengah pihak...ustazah ini selayaknya bejubah @ berbaju kurung sahaja ...
pada saya tak jugak...
kdg2 ustazah jugak perlu lebih terbuka utk suaikan diri dengan situasi2 semasa...
untuk lebih dekat dgn masyarakat...
untuk lebih selesa bergaul dengan semua golongan masyarakat...
biarlah apa pun tanggapan org luar...
yang penting ...
saya mahu jalankan tugas sebaik dan semampu yang boleh ...:)

oklah...mahu titun...
mata dah lali kesan ubat td...
hi3 sengaja mahu gagahkan diri mengadap cik lappy...
rindu nak berblogging lagi...

*kdg2 terfikir...betul ke diri ni ustazah?...
kena balik muhasabah diri...tepuk dada ...tanya minda...^^,

~regards~
adeqya8284

Comments

maria...kali ni maria pula yg demam...cuaca x menentu jugak kan....ina doakan maria cepat sembuh naa..nanti ina balik sg bakap ina roger maria kay..

t care dear xoxo!!
* adeqya8284 * said…
my dear liena,
yes...cuaca tak menentu...
ditambah pulak dengan kesibukan semasa...encik abah kurang sihat...
so maria kena ambil alih banyak urusan di rumah & di hospital...kesana kesini non stop...
i need a rest dear...huhu...

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::