*♥* Syurga Cinta *♥*

S.Y.U.R.G.A C.I.N.T.A
di mana letaknya syurga dalam cinta???...
apa makna bahagia???...

ada pelbagai tafsiran...
ada pelbagai makna ...
dan ada pelbagai maksud yang tersirat di sebalik perkataan itu...

sejak akhir2 ni...saya jadi binggung...
bingung mengendalikan kes2 NCR yang diluar jangkaan...
dan yang paling ketara...kes poligami yang meningkat 100% statistiknya ...
selepas aidilfitri yg lepas...
saya jarang ambil kes kaunseling...
tanggungjawab untuk nikahcerai&ruju'(NCR) lebih rumit rasanya...
perlukan penelitian, siasatan...
dan kadang2 terpaksa merentas sempadan negeri atau negara lain ...
utk laksanakannya...

pernah satu ketika...beberapa minggu yg lepas...
...ketika kami dilanda banyak kes poligami tanpa kebenaran...
saya berbincang dgn bos tentang satu isu yang saya sendiri pening memikirkannya...
bos saya menyoal...
"kenapa ya...org perempuan ni suka kejar hak milik org...
dan yg si lelaki pula sanggup utk buat apa saja ...
tanpa fikir baik buruk tindakan utk r/tangga & anak2"
saya senyum...saya pandang pd bos...
"ustaz ...kdg2 kita tak tahu rencana diaorg...fenomena hari ini...
saya lebih takut dgn sifat kaum saya yang t'lebih agresif berbanding dgn "miang lelaki"
bos saya pandang saya..."kenapa ustzah ckp mcm tu?" soalnya...
"kalau tak...tak jadi la aktiviti rampas merampas ni... yang bujang dgn cara bujang...
yang bertunang dgn cara bertunang...dan yg dah berkahwin dgn cara berkahwinnya...
masing-masing pertahankan tindakan betul mereka berlandaskan C.I.N.TA...
bukan syariat atau hukum yg Allah dah gariskan utk hambanya..
bertepuk sebelah tangan tak berbunyi kan?...same goes to this question"

banyak siasatan perlu dibuat atas kes2 begini...
rumit dan sangat perlukan penelitian...
pernah terfikir...
apa yang akan terjadi...kalau CINTA si perampas ini...dirampas pula oleh org lain?
CINTA manusia tak kekal...dan kita tak perlu tamak...
realiti yang sering pihak kami hadapi...
cinta rampas merampas ini tak akan bahagia...
bahagiakah kalau ada pihak yang derita diatas kebahagiaan anda?
bahagia dunia...akhirat sana???...
pasti masih ada yang terhutang seandainya tidak diselesaikan di dunia ini...

yang digariskan HALAL tetap HALAL...
dan yang digariskan HARAM tetap HARAM...
fenomena hari ni terbalik jadinya ...
yang HALAL ditinggalkan....dan yang HARAM itu pula yang dicari....
fikirkanlah...andai hari ni...anda mengambil hak insan lain...
satu hari nanti tak mustahil ianya akan terbalas jua~dan tak mustahil 3 kali ganda peritnya...
same goes to man who said we can be fair to our WIFES or GIRLFRIENDS...
andai benar boleh adil...ikat hubungan itu secara terangan & sah...
tak perlu berselindung di sebalik kebaikan yang anda tabur pada wanita2 yang dahagakan
CINTA duniawi kalian...


fikir2kanlah...
ramai wanita-wanita hari ini dizalimi oleh kaum mereka sendiri...
dan ingatlah wahai para PENZALIM...
kalian perlu sentiasa bimbangkan doa orang yang kalian zalimi.
akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi...
lalu membalasnya kepada si penzalim. Sabda Nabi:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi,sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

*maaf andai entry ini terlebih emosi...
saya kira air mata saya dah banyak jatuh dalam membantu nasib kaum saya yg dizalimi...
dan ada ketikanya satu perkara bertaut di fikiran saya....
*terasa mahu seperti membujang selamanya*
lelaki & wanita hari ni kebanyakkannya hidup berajakan NAFSU ...
dan berhijabkan CINTA PALSU...

peringatan:
entry ini sekadar untuk renungan dan tidak ditujukan kepada mana2pihak...
andai ada yang terasa saya mohon maaf...sekadar untuk renungan ...
muhasabah diri yang sama2 daif dalam mengejar cinta Ilahi...

fikir2kan...

regards
~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::