*♥* seindah pelangi pagi...*♥*
kisah 30 sept 2010...
mengikut jadual tugas saya perlu ke komtar
utk satu mesy bersama biro pengaduan awam, jabatan perdana menteri...
seawal jam 7 pagi saya mula menjejak ke kawasan pulau...
walaupun mesyuarat dijadualkan jam 9.00 pagi...
alhamdulillah cuaca baik walaupun hujan renyai2 mengiringi perjalanan saya pg itu...
awalnya keadaan sy gementar utk menghadiri mesy ini...
pertama kali menghadiri mesy dgn kakitangan biro pengaduan awam...
namun alhamdulillah...segalanya dipermudahkan dan...
sesuatu yg tidak saya jangka telah berlaku...
setibanya saya diatas jambatan pulau pinang...
saya dihadiahkan dengan ciptaan tuhan yg sangat indah...
PELANGI PAGI...
cantik... indah...dan terlalu istimewa...
pelangi pertama menyapa saya sebaik saja saya tiba di atas jambatan...
selepas itu...
hadir pula pelangi kedua sewaktu saya menyusuri jalan keluar ke georgetown...
dan untuk kesekian kalinya ...
pelangi ketiga pula muncul sebaik sahaja saya merentasi jelutong express highway...
tiba-tiba muncul satu perasaan...
bahagianya bila saya disapa 3 pelangi pagi yang indah ...
minda saya terus teringatkan seseorang...
kak jura...
peminat pelangi yang tak pernah jemu memuji kecantikan dan keindahannya...
betul kak...
pelangi tu membahagiakan...mengasyikkan dan ianya sangat indah...
kak,
moga pelangi yang indah tu hadir di dalam hidup kita selalu ya...
walaupun zahirnya tidak kekal...
namun kecantikan, keindahan dan kebahagiaan yg dibawa bersama ...
akan sentiasa terpahat di dalam minda kita...
*pic ~pelangi pertama yg menyapa*
lots of luv
~adeqya8284~
Comments