::Perginya Insan Bernama Maisarah.......::


Dalam saya melayan mabuk ubat....yang terpaksa sy ambil sebab sakit tekak yang agak teruk...
tiba-tiba sy terima satu mesej dari teman ketika di KUSZA dulu,
Syarifah Adibah...

Diba khabarkan tentang pemergian sorang teman kuliah kami,
Maisarah Masruro...

Tangan saya terus mengeletar....jantung saya berdegup kencang....
Sarah......
rasanya mcm baru je lagi sy terima kad undangan perkahwinan dari
Sarah & Shafiq

Shafiq, suami Sarah juga teman kuliah PERINTIS cuma kami berlainan kelas...
Khabar yang saya terima petang tadi..
Sarah dan Shafiq kemalangan jalanraya....
pasangan ni dalam perjalanan dari Sg.Besar, Selangor ke Manjung, Perak
Sarah meninggal dunia...Shafiq pula ditempatkan di ICU Hospital Teluk Intan, dia dalam keadaan koma...
Khabar yang sy br terima malam ini...
Arwah Sarah akan dikebumikan di Sg Besar...di kampung halamannya..


Sarah...Moga Sarah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman....
Sarah sentiasa dalam ingatan kami....
teman2 PERINTIS (Diploma Pengajian Islam - Pentadbiran Islam 02-05)

Al-Fatihah......

*Saya masih terkejut ......tapi dalam masa yang sama saya terfikir....
Ya Allah.....sesungguhNya dariMu kami datang dan kepadaMu kami kembali....
sampai masa.....saya juga akan mengikut jejak Sarah...
cuma masa, detik dan ketikaNya sahaja yang masih rahsia......
bilakah detiknya?????......
WaAllahualam.......

Comments

eimah said…
btoi maria mcm br je kte kuar dr kusza....smlm dpt tau nset pn t'jatuh dr tangan....tuhan lbh syg'k sarah....mudahan die ditempatkan org yg b'iman amin
* adeqya8284 * said…
Eimah,
kita doakan moga Sarah aman di sana ya...Terbayang lagi suasana kelas PERINTIS B..I miss it...

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

Ya Allah permudahkan...