* pre maulid yg indah!!! *

minggu yang agak pack & menguji kesabaran...
letih dan sangat menguji minda...

Alhamdulillah dalam kekalutan 
selesai juga 2 mesyuarat penting yg dirancangkan...
mesyuarat pelan struktur masjid bandar tasek mutiara dan 
mesyuarat perancangan pembinaan masjid & maahad tahfiz di jawi golf garden ...
2 mesyuarat yang betul2 tough...
kedua2 pelan pembangunan ini adalah hasil sumbangan persendirian...
membantu menguruskan peruntukan yg besar ini agak menakutkan sy...
segalanya perlu proper & perlukan kerja yg teliti ...
alhamdulillah so far dato' pengarah berpuas hati dengan progress sedia ada...
diharapkan kedua-dua projek ini berjaya hingga ke akhrinya ...

17 januari yg lalu ...
telah diadakan satu majlis bacaan yassin & tahlil 
sempena sambutan maulidurrasul peringkat negeri
di masjid negeri pulau pinang ...

awalnya berat hati sy utk sertai majlis tersebut 
risau tak sempat sampai ke lokasi tersebut 
sebab hari yang sama saya perlu handle 2 sesi mesy...
faham walmaklum aje lah kan penang ni ...
kalau tak menempuh jammed tu tak sah...
alhamdulillah 
dalam kekalutan Allah izinkan jua sy untuk berada dalam majlis yg indah itu ...

nak dijadikan cerita....
waktu selesai meeting di pejabat lg ...
migrain saya dah menjelma ...
awalnya saya risau juga ...
sebab perlu drive sendiri waktu mlm & perlu rushing untuk ke pulau 
dah pegang ubat utk makan...
namun saya tangguhkan sehingga lepas solat maghrib 
disebabkan rushing nak merebut peluang utk berjemaah 
alhamdulillah ...
maghrib yang benar2 indah bg sy mlm itu...
dah lama saya tak bersolat jemaah di masjid negeri ...
saya tahu ada kehadiran imam baru di masjid negeri sejak penghujung thn lepas...
namun ini kali pertama 
saya bersolat jemaah dalam satu majlis rasmi 
yg diimamkan oleh imam baru tersebut...
subhanallah ...
indahnya bait2 lagu yg dialunkan ...
terasa bagai alunan ayat suci Al-Quran yg dibacakan dalam solat malam tersebut 
seperti lontaran cerita yang sangat indah disampaikan di telinga ini...
indah!!! sangat2 indah ...tak dapat untuk saya ceritakan keindahannya ...

percaya atau tidak ...
migrain saya terus hilang selepas solat maghrib tersebut ...
Allahuakbar ...maha suci Allah yang sukakan keindahan ...speechless!

usai solat maghrib berjemaah ...
majlis bacaan yassin & tahlil dimulakan 
saya kira malam tersebut memang malam yg betul2 indah buat saya...
dalam ramai2 jemaah wanita...
saya terpandang seorang ibu muda bersama bayinya
(yg berusia lbh kurang 3 bulan)
berada bersama kami di dalam majlis tersebut...
saya lihat sepanjang majlis bacaan yassin & tahlil
ibu muda tersebut memeluk erat bayinya di dalam dakapan...
dan bayinya tidur nyenyak seperti didodoi 
dengan alunan surah yassin & tahlil yang dibacakan secara beramai2 ...
sekali lagi speechless!!!
bayi tersebut tak terjaga walau sekejap pun...
si ibunya pun memeluk erat anaknya 
dalam keadaan selesa tanpa meletakkannya walaupun seminit...
Allahuakbar ... indahnya situasi itu...
apa yg membuatkan saya kagum ...
ibu muda itu nampaknya seperti org biasa ...
dia datang ke masjid dlm keadaan santai 
dengan memakai seluar slack & t-shirt muslimah saja
namun pendekatannya dalam mendidik rohani bayi kecilnya 
sangat2 bagus & berhikmah...

apa yg saya ingin ketengahkan di sini ...
saya sering diberi seribu satu alasan oleh staff2 yang punya anak kecil 
untuk ke majlis2 sebegini...
mereka kerap menolak dan beralasankan 
"susah nak pi...kami ada anak kecil"
namun apa yang Allah tunjukkan pada saya malam itu membuktikan 
anak kecil bukan halangan untuk kaum ibu
untuk bersama2 ke majlis ilmu dan mengimarahkan rumah Allah

percaya atau tidak...
selesai solat isya' sekali lagi saya bertembung dengan ibu dan baby tersebut
rupanya baby tersebut dah terjaga dari tidurnya ... 
waktu ibunya selesai menunaikan solat isya' 

indah.... sangat2 indah .... ^^,* 
Allah bersama orang2 yang ikhlas ingin bertemu denganNya ...
dipermudahkanNya segala urusan ...
dan saya yang melihat situasi tersebut dari awal hingga ke akhirnya ...
tak mampu nak mengungkapkan keindahan tersebut dengan kata2...

Allahuakbar ...Allahuakbar... Allahuakbar ...

#moga baby tersebut jadi permata yang soleh buat kedua ayahbondanya :)

regards
~adeqya8284~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::