* ada NUR di wajahnya *

hari ni saya & team PADSPS berziarah lagi ke hospital...
kali ni bukan kes single parents ...
tapi menziarahi seorang saudara baru
yang telah dibuang keluarga selepas dia memeluk agama Islam...

tenang melangkah masuk ke wad 3...
saya, kak zah & kak ayu tercari2 empunya nama uncle ali (bukan nama sebenar)...
uncle ali berusia sekitar 50-an
dan telah dirawat di hospital berkenaan sejak ogos 2012...

sesampainya kami di wad tersebut
kami bertemu dengan ketua jururawat terlebih dahulu
usai mendapatkan serba sedikit maklumat
kami mendekati uncle ali
bersama sedikit buah tangan yang sempat dibeli tghari tadi

ada cahaya tenang di wajahnya ...
dirinya bersih walaupun baru pulih daripada penyakit stroke yang menyerang
tutur katanya sangat menyenangkan ...
berbual2 dengan uncle ali
menjadikan saya sebak seketika...

di mulutnya tak lekang perkataan Alhamdulillah
dan dipertengahan perbualan kami
selepas beliau menceritakan tentang dirinya yg dibuang keluarga
dia mengungkapkan ...
"kemana pun saya pergi...saya tak akan cakap kosong dengan orang lain
dalam hati saya hanya ada Allah "
"Allahuakbar ..."
hidayah terindah yang saya pernah temui ...

indahnya takdirMu ya Allah
Hidayah itu milikmu
dan Engkau berhak meletakkannya kepada sesiapa yang Engkau kehendaki

secara peribadinya saya malu dengan diri sendiri
malu bila mengenangkan diri ini yang mudah  kecewa
dan mudah berputus harap bila ujian menyapa...
kuatnya uncle ali dalam mengharungi ujian ...
walaupun beliau seorang saudara baru..
bukan seorang yang lahirnya sedia muslim...
beliau lebih kuat dan lebih tabah
dalam mengharungi skrip kehidupan yang telah ditetapkan

hati saya lebih sebak dan tersentuh bila pakcik ali menunjukkan
pamplet solat bagi orang yang sakit yang disimpannya...
"uncle belajar solat ini...dah lupa sikit-sikit nak baca
tapi Al-Fatihah uncle ingat... Qul huallah uncle ingat
subhanallah ...alhamdulillah pun uncle ingat sikit-sikit"

uncle ali ...
moga syurga tempat uncle di pengakhiran nanti ...
saya sentiasa doakan kesejahteraan & kebahagiaan uncle
saya juga berdoa moga uncle dapat jumpa anak perempuan uncle
satu hari nanti...
uncle ada cerita tadi ...
anak uncle pandai mengaji Al-Quran
dia selalu menang dalam pertandingan AlQuran yang dia sertai
dari mata uncle saya tahu
uncle rindu anak gadis uncle ...
dan saya dapat rasakan ...
doa anak uncle sentiasa ada mengiringi kehidupan & kesejahteraan uncle ...

moga hati uncle terus berada di bawah lindungan cintaNya

*esok team ukhwah & team darul hanan akan turun menziarahi uncle ali
saya akan berusaha sedaya upaya untuk sediakan perlindungan terbaik
untuk uncle ...

Ya Allah permudahkan urusan kami ...

amin ...
Ya Rabbal Alamin ....

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::