ujian ramadhan

Ramadhan kian melabuh tirainya ...
terlalu pendek rasanya tempoh Ramadhan tahun ni ...
pejam celik pejam celik ...dah 29 hari kita berpuasa ...
Syawal tahun ni ...insyaAllah akan disambut secara sederhana 
memandangkan abah & mama agak sibuk dengan persiapan untuk ke tanah suci 
sebelum zulhijjah nanti...

Ramadhan tahun ni saya kira amat mencabar minda 
dengan beberapa siri ujian yang tak dijangka ...
adakalanya saya hampir rebah tatkala berhadapan dengan situasi yg tak diduga...
entahla ...
nak cerita salah tak bercerita pun salah ...
apa yang boleh saya katakan ...baru kini saya terasa 
beratnya memikul amanah sebagai penolong peg tadbir agama daerah...
bukan hanya sekadar pada nama, jawatan atau gaji semata2...
malah ianya melibatkan amanah & tanggungjawab pd agama bangsa & negara ... 
minggu akhir ramadhan tahun ini kami dikejutkan dengan satu kes yang sgt2 tak dijangka ...
saya tak dapat ceritakan detail tentang kes yang berlaku...
kerana ianya melibatkan banyak pihak ...
apa yang mampu saya kirimkan disini hanyalah sekeping gambar yang mengandungi seribu satu cerita ...
biarlah hanya foto yang berbicara ...


3 hari kami bergelut mencari jalan utk selesaikan kes ini ...
Ya Allah mohon petunjuk dariMu...terasa diri ini kerdil dalam merencana ...
Ampunilah dosa-dosaku ...kerana adakalanya tak mampu untukku tanggung ujian yg tiba...
bantulah kami ya Allah dalam melakarkan hidayah pada mereka yang ter'alpa'
segalanya milikMu ya Allah ...

~regards~
adeqya8284

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::