* Allahuakbar....*

Alhamdulillah ...
syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut lebaran kali ni ...
pejam celik pejam celik ...
dah masuk hari raya ke lapan hari ni ...
pantas kan masa berjalan ...

Saya sendiri tak terlalu merasai bahang aidilfitri kali ni 
kerana otak masih terpahat pada kes yang terjadi sebelum aidilfitri tempohari ...
sepanjang hari raya ...
saya sentiasa siapkan minda untuk menghadapi perkara2
yang mungkin tak diingini berlaku ...

jelas ada juga sedikit tempias ...
jumaat lepas saya & team terpaksa bersilat utk siapkan report kpd pihak atasan...
pecah peluh juga dibuatnya membelek dokumen2 lama untuk dirujuk...

saya mula bertugas seawal hari rabu ...
khamis saya bercuti utk hadiri kenduri seorang sahabat di alor setar ...
jumaat saya kembali bertugas dalam keadaan yang sangat cacamarba 
apa taknya... sedari khamis mlm jumaat lagi ...
saya dihujani panggilan telefon & mesej bertalu2...
dari satu dua pihak 
yang bertanyakan ttg perkembangan kes yang berlaku sebelum aidilfitri tempohari...

hari jumaat juga agak kelam kabut bila kami diberitakan 
kes yang masih dalam proses ni
telah dipropagandakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab
di malaysiakini...
hanya Allah je yang tahu ...bila membaca komen2 dari pihak2 luar di media tersebut
kami dah bersedia sebenarnya bila sehari selepas kejadian berlaku 
terdapat beberapa akhabar bukan berbahasa melayu...
juga cuba mensensasikan berita ini di front page mereka... 
sebelum aidilfitri keadaan masih terkawal dan kurang membimbangkan ...
tapi situasi selepas aidilfitri ni agak menakutkan ...
kerana isu ini boleh menjadi isu perkauman ...
berdasarkan maklumat2 lama yang diperolehi dan juga dokumen2 
kami yang bertugas didaerah berkolaborasi dengan ibu pejabat utk kemukakan 
bukti2 yang kukuh untuk mempertahankan isu ini...
dan kurang 2 jam menyusul satu lagi artikel dari pihak atasan di malaysiakini
(klik malaysiakini utk baca aritkel yang dimaksudkan)

secara peribadi saya serahkan isu ini kepada pihak yang berkuasa ...
sebagai penjawat awam saya telah cuba untuk menjalankan tanggungjawab saya sehabis baik...
biarlah apa yang orang lain nak komen atau katakan ...
apa yang saya tahu ...
saya bekerja kerana Allah ...
mencari rezeki dan menggalas tanggungjawab dan amanah juga kerana Allah 

innaAllahama'na...
Ya Allah permudahkan urusan kami dalam merentasi ujianMu ini ...
sahabat-sahabat ...
Doakan saya & team tabah dalam mengharungi ujian ini ...
Islam itu indah dan tidak pernah membebani umatnya...
Ya Allah titipkan hidayah pada hati insan2 yang berkenaan ...
Engkau berikan kami kekuatan untuk mempertahankan kesucian agamaMu ...

*encik abah & puan mama dah dapat tarikh untuk berlepas ke tanah suci...
how fast time flies ...owh...episod "home alone" bakal bermula tak lama lagi ...sob...sob 

~regards~
adeqya8284

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::