incik abah


Alhamdulillah ...
segalanya berjalan lancar dengan kehendakNya ...
kelmarin incik abah menerima rawatan pakar saraf
akibat salah satu daripada urat pinggang ke lututnya yang bertindih dengan tulang ...
doktor pakar beri 2 pilihan
samada operation atau injection ...
antara 2 pilihan ni ...doktor lebih berat ke arah injection disebabkan
ianya lebih mudah...
dan tak mendatangkan kesan yang agak lama kepada pesakit ...

hari selasa abah jumpa pakar ...
hari rabu terus abah set appointment utk buat injection tu...
melompat kejap saya dibuatnya ...
sebab kalau ikut jadual saya ada mesyuarat  hari rabu tu
hati risau & berbelah bahagi sebenarnya sebab doktor maklumkan ...
abah akan diberi ubat tidur sepanjang injection ...
dan kesannya abah tak boleh memandu selepas injection tu
disebabkan hati saya ni tak la sekuat mana  ...
risau tu banyak daripada tenang ...so saya ambil keputusan untuk EL
bukan apa...takut jasad je yang masuk meeting ...
hati ada di hospital ...

Alhamdulillah ...
selepas terima rawatan lebih kurang 10 jam di hospital ...
nampak gayanya kesihatan incik abah dah semakin pulih ...
syukur ...alhamdulillah

ramadhan tahun ni tak banyak update saya di blog ...
banyak sangat keje yang nak dibereskan ...
harap sangat dapat siapkan semua keje semua sebelum raya ...
serius stress...selagi keje tak siap!!!...

Ya Allah permudahkan segala urusanku ...

* selamat menyelusuri 10 malam teakhir ramadhan ...
moga kita dapat bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ^^,*

~adeqya8284~




Comments

Umie a'iesya said…
Kak Mary, moga kak mary cepat sehat ya..amin!!!!

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::