* bersangka baiklah dengan ujianNya *

sehari dua ni penat mengemas rumah yang bersepah-sepah ...
since kerja-kerja renovate rumah dijalankan ...
dah hampir sebulan jugak la kami 3 beranak bergotong royong :p
takpe siapkan awal2 ...
nanti dah masuk bulan puasa tak la kelam kabut sangat kan...
lepas raya dah kena buat persiapan untuk abah & mama bertolak ke tanah suci ...
lepas abah & mama balik dr mekah nanti ...
baru la buat persiapan untuk majlis adik nanti ...

alhamdulillah ...nampak gaya abah dah mula positif & boleh terima pilihan adik 
jarak perbezaan umur 9 tahun tak jadi halangan bg diaorang ...
syukur bila abah dah mula restu ...sy kira adik tak perlu risau lagi ...
positif dengan jodoh ketentuanNya ... :)

kelmarin seorang teman saya datang dan merujuk
tentang satu sms dr suaminya kepada dia ...
si suami ada menyatakan hasrat untuk membawa haluan masing-masing 
selepas berlaku sedikit perselisihan faham diantara mereka...
ada sedikit rasa terkilan di hati saya ...
bila mendengar berita sedih tu ...
saya kira saya bakal dengar berita yg menggembirakan lepas majlis mereka berlansung 
malangnya lain pula yang terjadi ...
saya doakan agar sahabat saya dianugerahkan kesabaran yang tinggi  
dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga ...
moga ada hikmah disebalik konflik yang menyapa ...
dan saya nantikan berita baik dari sahabat saya ini ...

entahlah ...
kadang2 kata ayahanda-ayahanda saya ada betulnya ...
mereka selalu risaukan saya ...
sebab takut saya tak akan kahwin 
kerana selalu dengar masalah-masalah r/tangga org lain
saya tak menidakkan penyataan mereka ...
apa yang mampu saya buat ...hanya doa ...
moga Allah kuatkan hati saya ...
dan temukan saya dengan insan yang telah ditakdirkan jodohnya dengan saya ...
dalam kehidupan ni saya bukan mencari yang sempurna 
cuma mencari insan yang boleh melengkapi antara satu sama lain ...

teringat saya pada pesan seorang sahabat saya 2 minggu lepas ...
perkara yang sama diutarakan ...soal kahwin & pilih pasangan 
sebagai sahabat baik dia selalu bertanya 
selalu ingatkan saya supaya tidak terlalu cerewet & memilih dalam mencari pasangan ...
tersenyum sendiri bila ingatkan nasihatkan sahabat saya seorang itu ...

H.A.T.I ...
andai tiba masanya untuk kau dimiliki ...
ku relakan....
dengan harapan ...
kutemui sekeping lagi hati ...yang mampu membimbing ...
hati yang naif ini ...
* tuhan jagakan 'dia' *

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::