Posts

Showing posts from May, 2012

.: outstation again :.

okies ... selesai seminggu yang pack dengan meeting, kursus dan kelas... esok saya cuti...nak raikan majlis akad nikah sahabat baik saya tini.  lusa 2/6 penuh dengan jadual kenduri kendara ... then 3/6 saya akan bertolak ke Johor Baharu ...outstation again! kali ni hampir seminggu saya akan berada di selatan tanahair 3-9 Jun ...  untuk mengiringi qari dan qariah negeri pulau pinang yang bakal bertanding di peringkat kebangsaan  serius 1st experience... dan dalam ramai2 tak jangka pulak saya yang terpilih .... alhamdulillah ... jadual penuh belum dapat lagi ...apa yang dah dimaklumkan  Majlis akan berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.  Doakan perjalanan pergi dan balik saya selamat ... hopefully semuanya berjalan lancar  ahad tu saya perlu bertolak seawal 6.30 pagi dr rumah sebb flight pukul 8.55 pg Doakan juga kejayaan kontinjen negeri pulau pinang   dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringka...

.: maafkan saya :.

hati sedang berwalang sebenarnya ... teruk sangat bunyinya kan ...entah la ... sejak minggu lepas ... macam2 perkara yang singgah di minda ni... urusan kerja biasa la ... asalnya malas nak berat2kan otak ni... tapi makin dibiarkan saya rasa makin banyak pulak bebanan yang sy tanggung ... awal minggu ni ... saya cuba untuk buka buku baru dalam dunia karier saya ... selepas menerima beberapa teguran dari pihak jabatan saya akur yang kadang2 saya terlebih buat kerja ... kalau ikutkan waran perjawatan ... saya hanya ditugaskan untuk unit rundingcara / khidmat nasihat sahaja ... ini bermakna segala kerja-kerja NCR, qaryah, pentadbiran dan dakwah saya blh tolak ke tepi... malangnya bila saya cuba apply kelmarin ...banyak pula ujian yang tak dijangka ... kelmarin saya mula kembali ambil kes2 kaunseling di pejabat ... sebelum ni saya hanya backup utk kaunseling remaja dan kes-kes ke mahkamah sahaja ... so untuk bertulkan keadaan saya kembali kpd tugas sy...

: pelik ??? :

minggu ni banyak sangat surat cinta yang turun dari jabatan .... macam-macam mesyuarat, macam-macam kursus, macam-macam majlis... dalam banyak2 surat saya tertarik dengan satu mesyuarat.... tajuk mesyuarat tak la menakutkan sangat ... Mesy Fasilitator Prog Pembangunan Keluarga Islam & Prog Pembangunan Sosial  atau shortnamenya Mesyuarat Fasilitator PPKI & PPS dua program ni dah jadi program tahunan sy... bezanya hanya modul yang diketengahkan dalam setiap sessi... tahun lepas 3 kali saya terlibat dgn program ini... 2 kali untuk modul remaja & sekali untuk modul ibu tunggal  waktu handle modul ibu tunggal terasa juga la keberatannya... but alhamdulillah its great experience ... bila berjumpa & lead mini dicussion with ibu2 tunggal yang muda ... saya kira mereka sangat kuat dalam menempuh kehidupan bersama anak-anak... untuk mesyuarat kali ni suspen juga la ... modul apa pulak la yang diketengahkan kali ni ... belek punya belek ...

.: sesekali diuji :.

Image
Lepas berjaya lalui fasa audit oleh SIRIM tempohari... takdirNya Allah uji saya dengan satu perkara yang sangat saya tak jangka... terdetik juga rasa bersalah ... sebab sepanjang saya struggle siapkan kerja-kerja untuk audit... masa saya di rumah dengan keluarga sangat kurang ... masa untuk encik abah & puan mama pun semakin pendek ... so tak banyak perkembangan kesihatan abah yang saya capture... minggu lepas... hari rabu malam khamis... awalnya saya dah nampak keadaan abah agak lemah ... bila saya tegur dan ajak abah ke klinik ...abah menolak ... dengan keadaan saya yang masih bersaki baki letih ... saya pun tertidur seawal jam 10 mlm ... lebih kurang 2 jam selepas tu dengar ada ketukan pintu dari luar bilik ... dalam keadaan yg agak 'mamai' saya bangun & nampak mama depan pintu bilik ... tengok jam baru pukul 12... mama beritahu abah dah makin lemah ... tak boleh tidur & susah nak bernafas... ...

.: alhamdulillah :.

tak ada perkataan lain yang mampu saya ungkapkan tika ini melainkan  Alhamdulillah ...Alhamdulillah dan Alhamdulillah :) thanks Allah ... segala urusan audit SIRIM untuk persijilan ISO & Syariah Complience berjalan dengan lancarnya kelmarin ... happy...sangat2 happy ^^,* tak terungkap dengan kata-kata  taklimat penutup dari auditor kelmarin  menjadi satu penanda aras untuk kami mempertingkatkan lagi mutu kerja  di PADSPS... satu ayat yang sangat indah keluar dari mulut auditor semalam ... " saya suka dengan teamwork kamu semua... very good " dan untuk kesekian kalinya ... saya kira saya perlu berterima kasih dengan semua team pejabat ... dari Tuan PTA Ustaz Shafiee, pembantu saya ustaz Rahim, ustaz Azaki, Hj Shidi Juruaudio merangkap technichian pejabat Abd Ninzam... All mummies PADSPS kak zah, kak nisa', kak ayu, kak nana & kak azma ... terima kasih atas sokongan ... sanggup datang hari2 cuti walaupun terpaksa heret tentera...