* manusia ...fitrahnya sukar diduga *

bukan mahu mengeluh...bukan mahu iri hati...
tapi saya pelik & hairan dengan sikap2 manusia hari ni ...
perkara yang sepatutnya di "care" atas sebab kemanusiaan dibiarkan begitu saja...
perkara yang remeh ...yang tak sepatutnya diambil berat ...
dijaga rapi atas sebab2 kepentingan peribadi ...

2 kisah yang terjadi dalam tempoh 3 minggu yg terdekat...

kisah pertama...membabitkan staff biasa...
yg mempunyai seorang anak kecil berusia 5 bln...
yg diserang sawan krn berlaku pendarahan di kepala ...
2 minggu anak tersebut ditahan di wad ICU ...
dan kini anak tersebut terus ditahan selama seminggu lagi di wad biasa ...
untuk rawatan lanjut oleh pihak doktor ...
selama 3 minggu anak kecil tersebut ditahan di sebuah hospital di utara tanah air...
tak siapa pun yang kisah akan kebajikan anak kecil tersebut ...
sy tunggu permohonan dr pihak staff2 lain untuk adakan lawatan kebajikan...
kerana 3 minggu kebelakangan ini ...
jadual saya agak padat dengan aktiviti kaunseling kelompok bersama organisasi luar ...
penantian saya sia-sia ...
krn dlm tempoh 3 minggu tersebut ...
tak siapa pun yg volunteer utk adakan lawatan kebajikan atas alasan "jauh"...
minggu ini ...
selepas selesai beberapa kes2 yang agak berat...
sy & k.zah cuba luangkan masa utk anak kecil yg sedang berjuang melawan penyakitnya
di hospital sultanah bahiyah a.setar ...
luluh rasa hati...melihat perjuangan si kecil Affaf ...
rasa kesal terbit di hati ini ...
kerana tak sempat luangkan masa utk anak kecil ini pd waktu2 kritikalnya...
sy igt lagi perbualan sy dengan ustaz hashim waktu mula2 sy dikhabarkan ttg sakit Affaf...
"takpa maria sy faham kalau maria x dpt dtg...
cukup sekadar maria & kawan2 kirimkan doa dari jauh utk anak sy" tenang dan redha ...
itu nada suara si ayah yg kuat mengiringi perjuangan puteri kecilnya...
melihat sendiri perjuangan Affaf...tak sedar ada airmata yg mengalir membasahi pipi sy...
bayangkan bayi montel...putih gebu yang bermata bulat...(she's very pretty)
merengek2 menangis ...dengan tiub makanan di hidung dan tiub ubat di kaki...
kedua tangan Affaf penuh dengan kesan lebam akibat suntikan ubat melalui jarum...
serius ...hati saya kalah...luluh dengan perjuangan puteri kecil ini...

kisah kedua ...
cerita yg sangat2 membuatkan saya kesal dgn sikap segelintir manusia ...
kepulangan seorang "bos" ke tanah air slps musim haji meniti di mulut semua staff...
sy tak kisah untuk mereka pergi berziarah asalkan tidak mengganggu waktu pejabat ...
atau pergi pd waktu pej secara bergilir-gilir kerana jarak rumah bos agak jauh dgn pejabat...
malangnya ...ada pulak segelintir insan yang sengaja mahu uji kesabaran sy...
keluar pada waktu pejabat ke rumah bos tanpa izin pegawai yg ada di pejabat ...
sedangkan mereka tahu pada hari yang sama ...ramai staff yang MC & bercuti ...
apa yang ada pada ziarah org yang sihat?
bezanya dia adalah"bos" yang boleh diangkat atas beberapa kepentingan peribadi....

saya sangat kesal dengan apa yg terjadi pada 2 situasi ini...
benar kata kak zah & min...
org bawahan ...yg x ada pangkat...sesetengahnya mereka ditimpa kesusahan...
akan terus ditindas... tanpa ada rasa belas dr insan2 lain...
org atasan...biar seburuk mana pun mereka ...akan tetap diangkat akan ttp diagung2kan ...
atas dasar mereka "bos"
ingatlah ...pangkat...harta dunia ...tak menjamin kita di akhirat sana....

fikir2kan...
Ya Allah jauhkan ku dr sifat2 mazmumahMu...pelihara hati ini Ya Allah ...
semoga kasih sayangMu terus melimpah dalam hati hambaMu yg kerdil ini...

amin....


* Hosp. Sulatanah Bahiyah...yang meninggalkan seribu satu kisah untuk baby Affaf...
moga cepat sembuh ya sayang... *

~mood muhasabah diri~

Comments

Popular posts from this blog

.:Gemuk:vs:Montel:vs:Chubby:.

* ketika cinta bertasbih .............................*

::Happy Birthday ::